Sabtu, 31 Disember 2011

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

Assalamualaikum reader!
Erm...bagi manusia yang bergelar pelajar membaca entry ini, pastinya akan tersenyum dan mungkin juga mula berfikir ...*macamanalah agaknya rupa baucer tu kan?Hahahhaa...Baiklah, kalau bapak student pulak mula bersyukur sebab jimatlah duit untuk bulan depan..Apapun, thanx to PM sebab mengambil berat tentang keperluan golongan pelajar sekarang ni..^^
So, Jom Baca SINI
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Nota Kaki : IPG pun IPT jugak kan?Mudah-mudahanlah..^^ Amin..

Sabtu, 24 Disember 2011

Bukit Tinggi Resort, Pahang

Assalamualaikum...
Erm, hari ni nak cerita pasal kawasan pelancongan yang berjaya dijelajah..Hahhaha...ketawadenganjahatekali!
Abaikan, erm... sepanjang balik dekat Sabah ni memang Lyeen takdak merayau dan menjelajah..hehe..sebab Lyeen rasa tak nak aku menjelajah!Aku nak habiskan masa dengan family aku!Hahaha..Tapi serius, rasa rindu pulak nak jalan-jalan kan?Biasanya kalau Lyeen stay kat umah abang dekat Pahang tu, semua tempat jer kami jalan kan?Dari Perlis samapi Johor kot nak dijelajah..Okey, erm hari tu Lyeen ada cerita pasal segmen cuti-cuti Lyeen sampai boleh muntah dan baca..Dan!!Boleh menimbulkan rasa jealous di setiap diri yang membaca!Hahhahaa


Okey, ni time cuti pertengahan sem tadi..Kitorang pegi Bukit Tinggi ^^




Sure, kat Pahang ni banyak tempat u all boleh jalan...Hehehhee..Erm.., so, jom melawat Pahang okey?

Kisah Cinta Pertama..(Part 2)

Assalamualaikum.....

Sebelum tu, entry ni dikaitkan dengan enty yang INI...Lyeen engko perasan tak bahawasanya cerita kau dah macam novel bersiri?Hahahhaha, takpa Lyeen lagi suka..bukan tujuan nak menghebohakan atau nak bagitahu reader Lyeen yang Lyeen jer ada first love..No....Asatagfirullahalazim....tidak sama sekali, apa yang baik kita jadikan tauladan dan buruk kita buang jauh-jauh ok?

Sambung.....

...Namun, kata orang...langit tidak selalunya cerah...maka Lyeen akan melalui fasa langit berubah menjadi gelap itu sebentar lagi....Hari berganti hari, dan akhirnya mesej itu menjadi bukti bahawa jangan terlalu memasang angan-angan yang tinggi, kelak jatuh diri sendiri yang merasa pedihnya..

"Leen, **** rasa hubungan kita sampai sini je lah, bukan ****tak sayang tapi tak lama lagi **** nak SPM, so **** nak fokus on exam yang datang nanti. Harap Leen faham.."

Dan, saat itu Lyeen sangat-sangat kecewa, kau bayangkan pertama kali bercinta dan tiba-tiba orang yang selama ni kau sayang hilang macam tu?Huh!!And, serius Lyeen tak malu nak bagitahu bahawa Lyeen dah cuba nak pertahankan hubungan kami supaya tak putus macam tu aje, tapi dia tetap nak jugak hubungan tu berakhir..Tapi, dia tetap bagi Lyeen jaminan dan harapan yang sangat tinggi dan berjaya buat Lyeen setuju!

"**** janji lepas je paper terakhir SPM nanti **** mesej Leen ok?kita sambung balik,**** just nak fokus jer study, ok?"

dan Lyeen balas mesej tu dan ketika itu jugak Lyeen tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia...

"Baiklah, Leen tunggu **** okey?Gud Luck...."

Dan, Lyeen terus menanti dan menanti tanpa rasa jemu..Hinggalah satu masa, sepupu Lyeen datang dan Lyeen bagitahu semuanya sebab antara kami tiada rahsia lagi!Dan, apa yang peliknya sepupu Lyeen tetap paksa Lyeen lupakan dan abaikan janji dia tu!No!

"Tidak kak!Mustahil, dia dah janji dan aku akan tunggu dia!"

"Suka hati kaulah, tapi yang penting aku dah bagitahu kau suruh kau lupakan dia!"

Lyeen menanti dan terus menanti lagi dan kini genap tujuh bulan menanti..Yess!Mungkin tidak lama, tapi bagi insan yang menanti, penantian itu sememangnya suatu penyiksaan!Ya, amat siksa dan sepanjang tujuh bulan itu jugak satu mesej pun tidak pernah muncul di kaca telefon Lyeen dna Lyeen nekad tidak akan menggangu dia..Tidak sama sekali, dan sentiasa berharap dia ingat pada janjinya!

Lyeen yang masa tu teman sepupu Lyeen tu sebab dia ambik SPM jugak kan?So, Lyeen teman dia stay kat rumah sepupu yang sorang lagi dekat Taman Semarak dan Lyeen ambil JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2009 masa tu...

27 November 2009
Ya!Tarikh ini! Kertas SPM terakhir yang akan dia jawab..Ya!Sure!

"**** janji lepas je paper terakhir SPM nanti **** mesej Leen ok?kita sambung balik,**** just nak fokus jer study, ok?"

Sekali lagi, mesej itu merupakan janji yang sangat utuh untuk Lyeen terus menanti!

Dan bila tiba, 27 November 2009 itu...Lyeen menanti mesej pertamanya setelah 7 bulan, Lyeen menanti...
Dan apa yang Lyeen dapat ialah.........

Jumaat, 23 Disember 2011

Kisah Cinta Pertama..(Part 1)

Assalamualaikum.....

Entry ni sambungan daripada Entry yang ini.....

......Lyeen kenal dia melalui sepupu terhormat Lyeen yang sangat akrab dengan Lyeen..Okey...sepanjang tempoh kami kenal, memang Lyeen sangat-sangat bahagia, okey siapa tak bahagia bila first time berkasih sayang dan ada orang sayang..rasa diri ni dihargai sangat-sangat kan?Okey..Masa ni dia duk sekolah kat SMK.S*******, Lahad Datu, then beliau berhijrah semula ke Tawau ni dan sekolah di sekolah yang sama dengan sepupu Lyeen tu dan masa dia pindah kat salah sebuah sekolah terkenal kat Tawau ni, dia bakal ambil SPM dan u all mesti tak percaya bahawasanya kami tak pernah jumpa langsung!Kami bercinta hanya melalui bait-bait kata sahaja!And buat pengetahuan anda, Lyeen masa tu tak main FB apatah lagi nak blogging ni..So, Lyeen tak nampak muka dia hanya mampu mendengar ciri-ciri yang diutarakan oleh sepupu kesayangan Lyeen..
Dan, jawapan dari Lyeen..Okey!Dia memang PERFECT!!
Mr.Perfect!

Okey, bila dia dah sampai Tawau, pernah sekali jumpa yang masa tu pun berkesempatan sebab dia pegi gunting rambut kat Sabindo Square!Dan, tu lah first time Lyeen jumpa manusia yang bergelar kekasih Lyeen!Bahagia sangat!Ya!Hanya insan yang pernah melaluinya mampu memahaminya!
Tapi, jumpa hanya 5 minit sebab dia dah nak balik..Serius, bila nampak dia..Yess!!Dia memang perfect!Lepas tu, mesej,mesej dan mesej sampai lebam jari dan berdarah telinga masing-masing sebab SMS je la keja kan? Mak mana tak mengamuk?Hahahhaa....

Lepas tu pulak...dah lama lagi sikit kan?Hehehe..Okey, dia mesej Lyeen bahawasanya dia akan datang kat sekolah Lyeen sebab nak main bola kat padang sekolah Lyeen yang dikenali sebagai padang yang sangat luas..hahahaha serius oke!..Okey, Lyeen dengan perasaan malu pun sanggup okey tunggu dia datang...Wah...Penangan cinta pertama!Fuhh!Hahahaha..Tunggu punya tunggu, akhirnya dia datang dan sangat bergaya!Handsome 100% perfect!Masa tu!Hhahahaha....Then, tengok dia main bola..yes..kekasih amna tak bangga kan?Sebelum dia balik tu pun sempat lagi borak kejap..sangat happy...:)

Namun, kata orang...langit tidak selalunya cerah...maka Lyeen akan melalui fasa langit berubah menjadi gelap itu sebentar lagi....

Kenapa cinta pertama susah nak lupa?

Assallamualaikum...
Kau tengok post title kat atas tu!Ko teruja tak?Hahahaa..
(Pleaselah!Dengan nada yang sangat menjengkelkan)
For sure, semua ada pengalaman tentang first love ni kan? Masa bercinta bagai nak rak, konon janji sehidup semati...takdak insan lain selain kau...Fuhhh....kat situ jugaklah kenal erti kasih  sayang dari insan yang berlainan jantina kan? (Kes yang sama jantina terus tekan kuat-kuat butang X kat atas tu!)


*Hahahaha, tak mati la sangat!Yer ker?

Okey, Lyeen tak terlepas dari masalah ni..First Lyeen jatuh cinta pandang pertama time Form 4..Kau rasa benda tu awal sangat muncul dalam hidup Lyeen kan?...Hahahhaa, ada aku kesah Lyeen?Hahahha, abaikan..Erm.. masa tu, fasa nak mengenal cinta..Okey...rasa geli dah start menular...Hehehe, okey..serius mungkin ada antara u all akan rasa, perlu ke Lyeen?Okey, jejaka yang berjaya mencuri perhatian Lyeen tu kan sekolah tak sama dengan Lyeen..sangat jauh..Lyeen kenal dia melalui sepupu terhormat Lyeen yang sangat akrab dengan Lyeen..Okey...

Kejap!!Mood nak bercerita mula dah..so..Kejap...Hehehe...

Laut dan sungai..

Assalamualaikum...

Lyeen, apa pulak mutiara kata kau malam nie?Semakin galak nampaknya?Hehehe...Alhamdullilah, idea datang berlambak-lambak dan sukar untuk ditapis dear..Okey?Jadi, terpaksalah diluahkan juga dalam bentuk kata-kata ini...
(Sekali lagi tolong gelak dengan kenyataan yang sangatp-sangat yakin itu)


"Jangan pernah ingin terjun ke laut dalam, jika sungai nan 

sebatang tidak mampu kamu renangi!"


 Kali ni apa pulak maksud ayat tu Lyeen?
(Okey, duk diam-diam dan cuba fokus dengan melebarkan senyuman hingga ke telinga!)
Maksudnya, Lyeen jangan nak perasaan buat perkara yang besar-besar contohnya berangan nak jadi orang terkenal ataupun nak jadi orang yang berjaya sekiranya Lyeen tak mampu  dan tidak berusaha untuk menuju ke arah itu walaupun modal untuk mencipta kejayaan itu kecil...


Moralnya pula?
Cubalah benda yang mudah dulu, untuk berjaya kita perlu bermula dari bawah kemudian barulah kita berjaya untuk sampai ke atas..Okey? Selamat Maju Jaya!

Khamis, 22 Disember 2011

Gunung Impian..

Assalamualaikum....
Okey, alhamdulillah Lyeen berpeluang lagi nak post entry malam ni kan?
Entry malam ni, berlabelkan "MUTIARA KATA", yang second Lyeen buat okey?

"Saya sedih kerana tidak mampu mendaki gunung yang tinggi,
 tetapi saya bersyukur kerana sudah berdiri di kaki gunung walaupun beberapa kali tersungkur"

Maksudnya...

Lyeen memang kecewa sebab Lyeen tak mampu mencapai semua impian dan cita-cita Lyeen, tapi sekurang-kurangnya Lyeen bersyukur sebab Lyeen sudah berusaha sebaik mungkin untuk menghampiri impian itu walaupun terlalu banyak rintangan yang terpaksa untuk Lyeen lalui..

Moralnya..

Jangan mudah berputus asa kerana tidak semua impian kita akan tercapai dengan mudah dan jangan terlalu mengharap yang terbaik kerana yang sederhana itu uga sudah cukup baik untuk kita!

Selasa, 20 Disember 2011

Sayap Emas..



Assalamualaikum...
Mulai hari ni kan, Lyeen nak menghimpunkan sendiri MUTIARA KATA?(mutiaralah sangatkan?) Okey..Serius, Lyeen memang suka buat kat-kata indah yang lagi puitis sebab Lyeen memang suka buat..Orang bahasa memang macam tu ke Lyeen?..Kot...Hahahha..Okey, dari semasa ke semasa Lyeen akan update entry yang berlabel "MUTIARA KATA" ni okey? Bertambah dan terus bertambah...
Untuk hari ini.......
.....
.........................
..................................

TADAAAA!!!


"Saya tahu saya tidak punya sayap emas seperti kamu, tapi saya bersyukur punya sayap biasa yang mampu saya bawa ke mana sahaja tanpa risau sedikitpun tentang helang yang mahu merampas sayap saya itu"

Maknanya...

"Lyeen tahu Lyeen mungkin tidak kaya,hebat,bergaya, cantik dan punya kelebihan seperti kamu, tapi Lyeen bangga dan berterima kasih dengan apa yang Lyeen ada sebab Lyeen tidak perlu terlalu takut kehilangan harta dan kelebihan yang Lyeen ada itu diambil oleh orang lain.."

Moralnya, bersederhanalah dengan apa yang kita ada dan jagan terlalu bangga diri.

Ahad, 18 Disember 2011

Apa yang ada dekat bilik asrama aku?


Assalamualaikum....

Hye u all...Lyeen post entry lagi?Hehehehe....Tak nak menaip panjang-panjang, nanti u all pening~~~~~
Okey, sebenar lagi benarnya Lyeen rindu sangat-sangat dengan bilik Lyeen...
"Room sweet room"...
"LP 302"
hahahahhaha.. Kat bilik ni lah Lyeen tidur,makan,bersms,study,mengumpat dan sebagainya...
Terlalu rindu okey...

Abaikan almari yang bersepah itu...hahahha..(*kat atas almari ada kotak heater lagi..haha)..Okey..Tengok jer frame besar gedabak kat dinding tu..ada gambar mak,abah,En.PC,adik dan paling penting gambar kat atas tu dgn my BFF, Miss Floe..


Nie pulak kat depan meja study..hehehe...(Dulu kan, kat sini penuh dengan gambar En.PC..tapi takut kena serbu dengan warden..kena cabut okey!!Hahahhaha)..Tu jadual kat tepi tu sangat penting..jadual EXAM!!


Kau jangan cakap Lyeen nie malas study!Tu bukti!Hahahaha....Jangan nak menunjuk sangat Lyeen...(Pangggggg!!!Tamparan pulang balik melekat ke pipi!)...Okey..abaikan perasaan itu...^^


Lyeen kemasnya meja engkau!!Hahahaa..Perasan lagi sekali datang...^^  Dulu, meja ni kan kena balut dengan kertas pink taw..tapi milo Lyeen tumpah hari tu, maka arwahlah kertas pink itu..Hehehhe..Wangikan bilik Lyeen?Tue....(Menunjuk ke arah pewangi pink itu!Pewangi pun perlu ke warna pink Lyeen?) Perlu kot!

Dan paling penting..sangat rindu dengan roomate Lyeen yang manis dan comel itu..Yang banyak sangat tolong Lyeen dan teman Lyeen pergi toilet okey!Hahahhaa...

*Abaikan kecomelan Bear itu! Tapi fokus pada kecomelan roomate Lyeen...Yah!Dia sudah berpunya!Hehehhe...Nama dia Mashlina..Dan ya! Dia dari Tawau..^^
Miss u so much!!
:: LOT OF LOVE ::

Sabtu, 17 Disember 2011

Jejak kasih bersama BFF

Assalamualaikum u all..
Okey, hari ni Lyeen nie Lyeen nak cerita kesinambungan  ENTRY YANG NI..Ala, yang jejak-jejak kasih bagai tue..hahahahaa..(Lyeen kau boleh tolong serius sikit tak?Diiringi muka yang sangat ganas!)Okey, dalam sesi jejak kasih tu, Lyeen adalah antara orang yang paling lewat sampai ke tempat yang dijanjikan okey!(Janji yang bukan janji…~~Lalalallala..hahahhaa)..Sebabnya, gadis-gadis idaman Malaya itu janji pukul 11 kan?Hahahaha,namun..pukul 11 itu Lyeen baru keluar rumah oke!Bukan make up yang over..tapi tidur tu yang terover..hahahahha….

Dari kiri: Farizan, Misni, Yuyuq & Asmah

Sampai je dekat Sabindo Plaza,muka gadis-gadis itu dah bengang…Time tu  ada Farizan,Yuyuq dengan Asma(kawan baru yang sangat triple baik^^), namun kerinduan mereka mengatasi segala…hahahhaha…(Rindu dorang dah super duper!!)..Cuba berangan sedikit demi sedikit..hahaha..Tapi, yang paling mengecewakan rupanya ada lagi yang paling lambat iaitu gadis paling lago itu..MISNI ULFAH BINTI MOHD JAMIL!!..Diakui..lewat…!!


Lepas jer dah habis kumpul semua…tujuan utama adalah MAKAN..itu sudah kewajiban bagi Lyeen..Order GADO-GADO…hehehe..dekat KL takdak kot…dah cari tak da…yang ada pun rojak sayur..tapi tak sama..So, Lyeen order makan benda tue dan semestinya ABC Jagung..hehehe….jumlah semuanya RM 3.00 plus RM2.00 equal RM 5.00…dekat KL yang besar gedabak tu engkau carilah nak makan macam tu?Dah penat baru jumpa..mahal sangat…huh~~~ Dalam makan tu,mulut murai gadis bernama Misni Ulfah itu tak penah diam ada jer la dia nak cakap kan?Neway, sangat best dengan diorang…


Lepas makan pegi jumpa akak si Misni pulak..(time ni  Si Misni ni jadi mommy kejap..nak bayar bil letrik bagai…hahahhaa)..Lepas semua tu kami pegi tengok movie…serius tengok movie kat Tawau ni murah je..kau bayangkan aje la kan…SONGLAP tue keluar  15 DIS 2011..then kami tengok tu pun 15 DIS 2011 jugak..tapi tiket RM 8.00 jer..kalau dekat KL…(Mid,KLCC,TS etc..) tak jumpanya RM8.00 kalau dia tak bagi kau RM15 and more!!Hahhahaa….Tapi, maybe taraf tempat tu jugak kan?Hehehe..takpalah,,yang penting happy sangat2 dengan diorang…

And, Lyeen balik rumah pukul 4.00 pm^^

Tutti Frutti di UK diusahakan oleh pelajar Malaysia?

Assalamualaikum u all...
Ada tengok tak tadi BULETIN UTAMA kat TV3?
Well, dah namanya perut naga kan?So, apa je berita pasal makanan..kalau boleh Lyeen nak jadi manusia pertamalah kan?Hahaha...Okey,Tutti Frutty?Ala...benda alah yang sangatlah mahal kalau kau jenis perut naga macam Lyeen kan?Hehehe...

Sumber: Encik Google

Okey, sekarang Tutti Frutty nie dah dibuka di United Kingdom (UK) dan merupakan Kedai Tutti Frutti yang terbesar diseluruh dunia setakat nie..Menariknya kan u all..Pengarah dan pengusahanya pula orang Malaysia okey..Sebab apa dia buka dekat UK?Sebab dekat UK takdak benda nie, so dia yang study tahun keenam kalau tak silap tadi..Dialah yang buka kedai ni..Best kan dia? 

Kalau boleh Lyeen pun nak buka Tutti Frutti kat Tawau ni..hehehe..so, lepas ni bolehlah hari-hari makan..Free pulak tu..Hahahaha...dan boleh jugak buat contest or segmen ke kan?"SEGMEN JOM BELANJA MAKAN TUTTI FRUTTI"..hahaha...hambek kaw...sekali yang Lyeen belanja nanti ambik berkilo-kilo..mampus nak bayar..hahaha...Okey u all...

p/s: Rindu nak makan TF~~~~:)

Rabu, 14 Disember 2011

Hilang?Dan bertemu semula?

Assalamualaikum u all...hehehe..semakin lama Lyeen hilang semakin lama jugaklah blog Lyeen tak muncul catatan baru..(bajet blog femes-memes..hahahaha).....Anyway, Lyeen tak nafikan ada yang rindukan?hehehe(Lyeen!!pleaseeeeeelah!!!)..Okey,dah sampai Tawau nie barulah sekarang dapat jumpa kawan-kawan yang STPM tu kan?Rindu sangat-sangat kat diorang kan?Antaranya...Yuyuq,Misni,Dewi,Farizan,Nabila dan Heny..Tapi, untuk kesekian kalinya Dewi takdak kot sebab dia masih study kat Kelantan..Dia tak balik lagi kot..Okey..so, esok pukul 11..maka kami sudah berjanji untuk bertemu semula..setelah setahun lebih tak jumpa....Rindu okey!!Rindu sangat-sangat...

Maka, nantikanlah entry yang bakal Lyeen post sampai mata u all juling nak baca..hahaha...(Ketawa berdekah-dekah samapai terbatuk-batuk!)hahahahahahah...kejamnya kau Lyeen!Serius,esok akan adalah sesi jejak kasih kan?Hehehe...Siapa tak rindu zaman sekolah-sekolah weiiiii...lagi-lagi time form 5 zaman kegemilangan usia remaja kan?Mesti u all pun banyak sangat peristiwa yang sangat best itu..situ jugaklah sedih,ketawa,gaduh dan sebagainya....(tak kurang jugak jumpa first love kat sekolah kan?hahahhaa).....Okey, akhir disitu nanti En.PC buta pulak mata dia baca entry kali ni...hahahhaa...

So,esok Lyeen akan jumpa kawan a k a my BFF okey!!!Rindu yang teramat dengan diorang..Semoga, pertemuan esok mampu mengubat rindu..hehhee...

p/s:entry macam karangan~~

Ahad, 4 Disember 2011

Air Asia pluuussss Peanut Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Hari ni post semakin mecurah-curah..(Okey!biar je la kan...takpa..saja bagi u all banyak membaca....cuba membela diri sendiri*)..Okey,sekarang Lyeen dah happy sangat-sangat....Eh kenapa?Erm, okey..sebab tiket dah beli...hahaha....walaupun mesti ada diantara u all akan cakap.."Nak beli lambat kenapa?padan muka kau kan Lyeen?Hahaha..."..Well, Lyeen tak kaya macam kau...nak beli tiket on the spot kan?(Sekali  lagi seakan cuba membela diri sendiri...Ada ku kesah?Hahahha..)

Hari tu pegilah beli tiket kat Air Asia..Yerlah...Penerbangan termurah oke!..Punyalah lama Lyeen nak tunggu kan..Huh...kaunter ada tiga tapi yang buka satu jer..dahlah orang ramai time tue..Huh...sabar jer la kan...Takpa..takpa...


Ha..kau tengok tu!Anda akan dilayan sebentar lagi..Hahah..Sebentar la sangat kan?Ko bayangkanlah..jam kat situ 10.53 kan?Kan? Tapi...Lyeen keluar dari situ 11.30 okey!Haha...ko bayangkan...dapat tak?Ha...bergegar jugaklah kepala lutut Lyeen kan?Hehehhe...Lepas je tu..balik umah..penat sangat-sangat oke!Then..buka peti ais...Tadaaaaaaaa~~~


Suka dak?Nie ais perasa peanut..tu yang hitam-hitam tu peanut dialah...sedap okey!Nie bekas punya besar gedabak kan?Ha...ambek kau..sampai muntah nak makan...Okey..Meh Lyeen zoom sikit kat peanut tu..hahaa..(nak bagi u all jealous sikit sambil mula menanam azam untuk membeli ais sekarang jugak!)


Maka, u all pegilah buka dompet sekarang jugak..ambik duit,then u all bagitaw kat mak abah..."Mak jom pegi beli ais!"Hahahhaa...u all cuba merasai nikmatnya...lagi-lagi musim panas yang menusuk ke tulang nie kan?Nikmat sangat-sangat...Okey...Selesai jer membaham ais krim itu 3 gelas okey!Lyeen terus duk diam..tak berani nak makan lagi...sebab..gigi dah mula berdenyut...so,peringatan!!Jangan berangan nak makan banyak-banyak kalau gigi tu dah sensetif...Padan muka aku!Hahah..

P/S: sekian je sesi untuk hari ni...kalau pasal makanan Lyeen memang suka nak cerita..u all bagi jer tema makanan apa..pandailah Lyeen nak gorengkan?Hehehe..babaiiiii...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...