Isnin, 30 Julai 2012

Aku pelajar paling sweet!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh....
Salam Ramadhan yang kesembilan belas...Belas tu aku tambah supaya rasa semangat sikit nak puasa.
Lyeen baru jer habis bersahur. Hari ni sahur aku maju sikit. Ayam panggang 2 ketul. Aku tahu itu adalah yang paling maju bila bergelar pelajar asrama.

Hari ni, hari Isnin. Hari paling sweet bila pukul 7.30 nanti ada perhimpunan pagi kat Dewan Za'ba.
Aku suka. Sangat-sangat suka. Sebab aku kena bersiap lebih awal dari biasa dan aku kena berdiri selama setengah jam untuk dengar segala macam pengumuman sepanjang minggu ini. Sumpah aku suka. Sebab aku akan jadi pelajar yang bermaklumat dan berinovatif serta berdaya saing!


Aku paling suka bila aku awal siap dari Floe. Sebab dia selalu jer kan ketuk pintu bilik aku macam nak tercabut. Tapi semenjak bulan Ramadhan ni aku selalu awal siap dari dia. Dan aku tahu dia suka. Aku memanfaatkan bulan Ramadhan ni untuk awal siap dengan penuh jayanya. Supaya kalau pergi bazar tiap petang dia belanja aku. Tapi aku kecewa sebab dia buat dunno!
Tiap hari, aku pergi kuliah, balik kuliah even pergi mana-mana sepanjang waktu kuliah dengan dia. Skandal berterusan aku sepanjang masuk IB!


Okey! Aku major Bahasa Melayu. Minor aku Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Jasmani. So, bukan salah aku kalau aku failed bila bab melukis. Tapi, aku tahu motif aku sampai. Hahaha....Sebenarnya, gambar ni aku nak lukis muka manusia time aku bosan tahap dewa-dewa. Tapi, ntah bila dah siap..aku rasa macam muka manusia juga. Tapi manusia yang dah mati. Aku kecewa juga. 


Di samping itu, okey. Aku rasa, budak sekolah boleh copy paste entry aku untuk karangan jenis cereka. Sebab aku dah guna penanda wacana. Wanita-wanita ini juga selalu jadi mangsa buli aku. Aku adalah student yang tak boleh duduk diam bila dalam kelas. Aku akan sentiasa cari pasal sampai kawan aku rasa bengang dan rasa macam nak menangis aku kerjakan. Aku tipu! Kawan-kawan aku adalah manusia paling cool dan sempoi seantero dunia. Tu sebab aku bahagia ada kawan-kawan macam dorang. Aida, Floe, Suri & Adah yang super duper baik dan sweet. Macam doremon!

So, sila jangan percaya dengan muka baik aku. Sebab aku adalah manusia paling jahat bila dalam kelas. Tapi, aku fokus kalau pensyarah tengah bagi kuliah. Sumpah.Pensyarah selalu puji aku. Pensyarah selalu rasa nak belanja aku. Pensyarah selalu kata aku akan dapat A++ .Okey. Serius aku tipu supaya aku nampak sweet dimata pensyarah. Hakikatnya, pensyarah selalu rasa macam nak halau aku dari kelas...T_T.

P/S: Okey. Aku siap sesi update entry pagi ni. Aku nak bersiap. Bye. Selamat berpuasa.

Ahad, 29 Julai 2012

Kau sakiti aku!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam berbuka puasa dan salam kekenyangan...
Syukur Alhamdullilah...

Hari ni, terlalu kuat dugaan ramadhan untuk Lyeen. Semuanya seperti memaksa Lyeen utntuk segera minum air mineral berbotol-botol. Namun, alhamdullilah Allah SWT masih memberi kekuatan pada diriku ini. Terima Kasih Ya Allah.

Semakin hari, aku semakin pelik dengan sikap manusia yang macam chipsmore. Kejap okey, kejap tak okey!
Apa masalah wanita itu sebenarnya? Dari dulu hingga saat ini dia selalu cari masalah dengan aku?
Apa lagi yang dia mahu dari aku? Sebelum ini dia seakan-akan ingin kebahagiaan seperti aku. Dia ketawa diatas juraian air mata aku. Dia menari atas tangisan aku. *Okey aku tahu ni lirik lagu!
Lantas, hari ini kebahagiaan itu sudah ada didepan matanya. Kenapa perlu memandang sinis kearah aku/

Sebelum ni, aku pernah remove dia dari segala jenis memori aku. Friendlist dekat FB bahkan jumpa dia kat sekitar IB pun aku buat dunno! Tapi, disebabkan rasa keperimanusiaan aku yang tinggi, aku amsih boleh berbelas ehsan. Aku masih memohon maaf meski bukan aku yang menempah kesalahan dan kesakitan!
Tapi, hari ini kau lakukan sekali lagi. Apa yang kau mahu sebenarnya?
Apa yang aku ada selama ini aku lepaskan semuanya untuk kau!
Kau punca!
Kau faktor!
Kau penyebab!
Semuanya kerana kau!

Tapi sekarang kau balas dengan jeligan maut bahkan aku seakan terhumban jauh ke dasar laut!
Sehhhh..ayat aku tak boleh blah! Hahahaha...

"Satu perkara yang perlu kita ingat, dosa yang susah untuk kita memohon maaf adalah dosa sesama manusia itu sendiri. Ingatlah.!Jujur, saat ini tidak akan ada maaf bagimu! Sekali aku benci kau. Selamanya benci ini tetap untuk kau!"

P/S: Aku tahu aku kejam buat entry macam ni bulan puasa yang suci murni ni. Tapi, ini sekadar renungan buat manusia yang tidak tahu menghargai kebaikan orang lain. Sekian. Nah cupcakes 40 biji. Sila makan.

Sabtu, 28 Julai 2012

Tudung Bawal Roses

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Ramadhan yang kelapan hari dan salam manis-manis.

Semakin lama, semakin malas. Hipotesis yang sesuai untuk aku. Tapi, itu beberapa hari yang lalu. Hari ni Lyeen rajin. Maka, hipotesis tadi kita tolak ke tepi. Aku tahu intro aku sweet.
Sekarang jam menunjukkan pukul 7.01 pagi. Mata aku masih segar. Perut masih kenyang. Alhamdullilah. Ikutkan hati aku nak jogging kat Tasik UM, tapi takpalah. Aku bagi peluang orang lain jogging dulu.

Aku tak update blog bukan sebab aku malas. Tapi, aku tengah teruja plus terharu plus-plus bila Lyeen berjaya menyiapkan Tudung Bawal Roses setelah berapa ratus ribu percubaan menggunakan roses yang sama. Betullah kata orang. "Sebelum nak berjaya, kita pasti akan bertemu dengan beribu jenis kegagalan."
Sampai satu tahap, bawal yang aku guna koyak rabak aku kerjakan. Tapi, sekarang aku dah champion! Alhamdullilah.


Sumpah. Lyeen teruja dengan hasil the baby hand Lyeen sendiri. Bila kita minat dengan sesuatu benda tu, kita akan pastikan kita dapat buat sampai kita puas hati. Kalau tak dapat, selagi tu juga kita akan meraung-raung nak buat. Sila angguk kalau betul!


Senang hati bila ada orang yang puji hasil kerja Lyeen. Terima kasih. Alhamdullilah. Disebabkan keterujaan Lyeen dengan Tudung Bawal Roses ni, Lyeen berusaha dengan tulang empat kerat ni menjahit dan terus menjahit. *bila guna ayat tulang empat kerat baru nampak extream kerja aku*. Patutlah, Tudung Bawal Roses ni harga semua RM 50++, rupanya nak jahit tu bukan senang. Sampai berdarah-darah kuku aku nak menjahit. *aku tahu kali ni nampak extream yang lebih-lebih*


Untuk kesekian kalinya, Lyeen harap suatu masa nanti aku dapat buka kedai tudung aku sendiri. Mesti best kan. Amin. Sekarang, aku memang teruja nak menjahit Tudung Bawal Roses ni. Tapi, untuk kegunaan aku sendiri dulu. Insyaallah, bila aku dah sedia aku nak try jahit untuk kegunaan orang lain pula. Sebab, sekarang pun, assignment untuk semester ni dah ada. Maka, aku kena sedar diri bahawasanya aku ialah pelajar IPTA bukannya tauke tudung. Urusan tudung tu, Lyeen buat bila hanya ada masa-masa terluang. Insyaallah.

P/S : Kalau Lyeen jadi tauke Tudung Bawal Roses ni. Siapa nak jadi tauke Cupcakes? 

Isnin, 23 Julai 2012

Wordless Monday : Love

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat petang dan salam semanis ramadhan..

Kita tidak dapat dipisahkan dari perasaan kasih dan sayang.
Sejak lahir hingga saat ini kita ingin punya perasaan kasih dan sayang.
Anugerah yang paling bernilai bila perasaan yang itu diberi dan diterima oleh insan yang benar-benar memerlukannya.


Kamu tahu bahawa kamu punya perasaan KASIH dan SAYANG.
Oleh itu, kamu mampu menjadi seorang yang sangat pemurah untuk memberi kasih dan sayang untuk insan yang benar-benar kamu perlukan.

PS: IMY, ILY Roslee & Mardia.

Ahad, 22 Julai 2012

"Segmen : Jom Blogwalking Di Bulan Ramadhan"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam ramadhan dan salam menahan lapar dan dahaga..;p

Hari ni, Lyeen online jer terus nampak segmen dari Nabila Medan.
Maka, aku terus merajinkan jemari utnuk join.


Mohon KLIK SINI untuk ikut bersegmen.

Lyeen nak tag :

P/S: Blogwalking banyak-banyak sampai dahaga. Lepastu tumpang minum sat!

Sabtu, 21 Julai 2012

Ahlan Wasahlan..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakuh...
Salam Cupcakes perasa kurma..:)

Selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam..Semoga ramadhan kita kali ini lebih memberi rahmat dan hidayah yang membawa lebih kesedaran untuk kita. Semoga Allah SWT memberi ruang untuk kita menginsafi dan bertaubat dengan kesilapan yang lalu. Insyaallah.


Semalam, Abang Lyeen ambik Lyeen dan adik Lyeen yang dekat UIA tu. Sampai Karak dalam pukul 4 macam tu then terus tertidur sebab letih sangat dan blah malam pulak terharu sebab pergi terawih kat Masjid Karak tu. Dugaan seorang perantau yang sedang berpuasa tanpa mak abah disisi. Kalau kat Tawau, mak aku akan masak untuk aku banyak-banyak sampai penat nak makan. Sekarang aku masak sendiri! Sedih okey! Tapi, aku stay cool je. Aku kan rock! Haktuihh kau Lyeen!

Ahalan Wasahlan ya Ramadhan. Kehadiranmu memang sentiasa dinanti. Kerana padamu adanya seribu keberkatan dan kedamaian serta ketenangan. Semoga aku sentiasa sedar akan kelebihan bulanmu. Buat readers Lyeen yang tak pernah jemu klik URL blog Lyeen ni. Thanx so much! Selamat berpuasa.Nah, cupcakes kurma 30 biji untuk kamu.


Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keinsafan dan kerahmatan untuk kita menjadi insan yang terbaik di kalangan mereka yang terbaik. InsyaAllah.

P.S : Hari ni buka puasa dengan koktail buah!Sapa nak boleh send alamat lengkap..;p

Khamis, 12 Julai 2012

Gembira.Bahagia

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam penuh kerahmatan dan kesyahduan..

"Sesetangah orang berfikir blogger hanya menipu, sebab blogger hanya suka cerita benda yang baik-baik. Lepastu, mereka menganggap bahawa tak perlu kot nak share benda yang kau alami dalam blog. Tapi, bagi Lyeen selagi benda tu tak mengaibkan siapa-siapa dan memalukan diri sendiri. Cukup! Setiap individu ada motif tersendiri nak blogging. Menaip di ruang blog untuk berkongsi. Yang baik kita amalkan.. Yang buruk kita ambil pedoman dan berusaha untuk tidak melakukan keburukan lagi."


Motif entry:

Dalam sesebuah perhubungan, kita mengharapkan ia kekal untuk selamanya. Kita berusaha mencuba pelbagai cara untuk menjadikan sesuatu perhubungan itu nampak bahagia. Namun, sejauh mana apa yang kita harapkan akan mampu kita capai? Pelangi yang muncul tidak akan bertahan selama-lamanya. Tiba suatu masa ia hilang tanpa kita sedari. Pastinya akan ada sahaja suara-suara sumbang yang bijak mengarang cerita supaya  api yang membara lagi menyala. Kalian tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan dia. Lantas berdiamlah.
Kerana berdiam itu lebih baik daripada kamu berbicara sesuatu yang sia-sia.

Cukup untuk semuanya. Andai benar kebahagiaan itu ada, ia pasti akan muncul. Cuma ia cepat atau lambat sahaja.. Sesuatu yang kita harapkan itu tidak semestinya akan kita peroleh dengan mudah. Mungkin kita akan merasainya sedikit sahaja. Namun, itu sudah cukup kerana kita berpeluang untuk merasai sesuatu yang kita harapkan. Walaupun seketika cuma.
Kegembiraan.Kebahagiaan. Cukup hanya itu! Tapi, jangan pernah bersedih andai kegembiraan dan kebahagiaan itu hilang dari kamu. Kerana, suatu masa kamu pasti akan memperoleh sesuatu yang lebih dari itu. Berterima kasih kepada manusia yang memperkenalkan kamu dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Sungguhpun, kamu merasa kesakitannya bila kamu kehilangan kedua-duanya dalam satu masa.
Yakin bahawa ketentuan tetap akan menjadi ketentuan!

p/s: Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kamu mungkin kehilangan emas. Siapa menyangka suatu masa nanti kamu bertemu dengan intan permata.

Isnin, 9 Julai 2012

Sunway Lagoon : Kau ada?

Assalamualaikum Warhamtullah Hiwabarakatuh..
Salam semanis kurma..:)

 Aku tahu aku lama tak update blog..T_T..Lyeen sibuk sebab Lyeen dah jadi senior ditambah pula elaun semester ni dah masuk.Lagilah aku sibuk! <-- Pendahuluan untuk entry ini.

Sabtu tadi, Lyeen dengan classmates berjaya membawa diri ke kota air itu. Sunway Lagoon yang terletak indah menawan di belakang Sunway Pyramid. Aku suka sebab first time aku sampai sana. Teruja macam rusa baru masuk kampung siap lompat-lompat bagai. Aku tipu!


Kami PISMP 2D. Seramai 19 manusia comel didalamnya..itu hakikat yang perlu setiap pembaca memahaminya. Silalah lempang aku kalau statement aku keterlaluan.T_T
Kami bertolak dari IB dalam pukul 8.00 macam tu naik LRT dari Stesen U terus pegi Stesen LRT Kelana Jaya then sambung pulak naik bas pergi Sunway. Sumpah aku teruja bila aku rasa kami adalah manusia paling  excited time tu. Dan aku rasa, sangat teruja sebab kedai tak buka lagi time kami sampai. Betapa terujanya kami.


Tapi, hakikatnya dah beribu-riban orang kat depan SL time tu. Bayangkanlah, time beli tiket, kakak kat kaunter tu boleh cakap macam ni..."Kat dalam ada 1600 orang, nak masuk jugak ke?" ..Cool jer soalan dia kan...Hahaha...Bengang! Dahlah kebulur, lambat pulak nak tunggu que beli tiket. Okey, tiket RM 70.00 untuk 3 park. Extream Park, Wild Life Park dan yang paling syok  plus-plus Water Park. Kami tak ambik 5 Park sebab takut tak cukup masa. Sedangkan ambik 3 park dah terkejar-kejar.


Lyeen bahagia sebab jumpa artis! Artislah sangat! Budak-budak ni classmates yang sangat cool..Izzat, Aida dan BFF Lyeen, Floe Yohanesgukin! Aku tak tahu kenapa kau suka tulis nama kau panjang berjela Floe! Sebenarnya, Lyeen masih confius..sebenarnya binatang apa biru-biru ni? Apakah? Sumpah tak tahu..Naga?Burung? Itik? Penjelasan please.....T_T


Thanx to both of you, Hafiz dan Suri selaku ketua dan penolong kuliah untuk semester ni, sumpah sangat best dapat buat aktiviti ni. Dan Lyeen selaku JK Aktiviti dan program, rasa macam tak memberi sumbangan apapun untuk kalian. Hanya menyumbangkan penat! Sekian.Hahaha..Semoga ukhwah persahabatan kita akan kekal sampai ke akhir hayat. Insyallaah. 

Bila kat extream park!
Aku cakap aku tak nak naik! Sebab aku ada masalah penglihatan..*membela diri sendiri yang sebenarnya takut..T_T*..First , aku okey je kot! Bila part perahu tu dah terbalik, aku rasa macam nak "fuhhhh", automatik jer kan kaki aku undur 50 langkah. Hahahaha...Dan Lyeen rasa aku memang rugi sebab extream park aku main satu benda jer tu pun dah berjaya buat aku pengsan 2 saat. Hahaha..sumpah memang extream untuk manusia berjiwa kecil macam aku!


Time ni, Lyeen dah habis sesi main-main air. Tukar baju balik. Sumpah ada muka teruja dan kelesuan terpamer disitu..T_T....Sumpah memang best super duper! Aku rasa macam kembali jadi manusia yang berumur 10 tahun time air jatuh mencurah-curah kat atas kepala. Gambar time kami buat aktiviti main air bagai takdak ambik pun. Sebab, semua taknak ambik gambar, semua nak main air. Lastly, kamera yang ada semua simpan dalam locker! Sweet jer macam tu! Hahahaha...
Apapun, bagi yang belum datang ke Sunway Lagoon ni, silalah datang. RM 70 untuk kepuasan berganda. Ada gaya promoter dak aku? 

P/S : Sampai jer bilik, aku terus menidurkan diri sepanjang malam tanpa sedikitpun diganggu oleh mimpi-mimpi buruk. Lena jer aku tidur..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...