Ahad, 30 September 2012

Duhai Hati.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam semanis apam polkadot berfillingkan jem nenas...:)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna. Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Ya Rabb, peliharalah hati ini. Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.

Entry kali ni Lyeen lebih ingin berjiwa sentimental. Dalam hidup ini kita sering didatangi dengan pelbagai dugaan, cabaran dan semestinya akan membuat kita sedih. Sungguh kita ingin mengelak, sungguh itu juga ia kembali kepada kita dengan kadar yang segera. Kita gembira. Mungkin seketika selepas itu kita bersedih kerana kehilangan. Tapi ingat sahaja, pasti akan ada yang terbaik akan tiba.Credit to kunfayakun blog. Memberi idea untuk menaip entry ini.

Duhai hati, Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiranku. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang aku lakukan akan kembali kepadaku. Yakinlah bahawa Allah tahu tentang diriku lebih daripada akusendiri. Maka Allah telah menetapkan untukku dengan yang lebih baik daripada apa yang aku kehendaki. Duhai hati, tak perlu taksub ingin menjadi sempurna untuk kelihatan berguna, tetapi jadilah yang berguna agar aku menjadi lebih sempurna!

Duhai hati, aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cinta yang lain. Tahu saja bahawa lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan murka Allah. Aku harus membuat pilihan, lelaki bagaimana yang bakal dijadikan imam keluargaku. Aku bukan hanya inginkan lelaki yang baik selagi aku tidak menjadi baik, tetapi aku ingin menjadi wanita yang baik sehingga akulah yang  diinginkan oleh lelaki yang baik-baik. Duhai hati, andai kau dambakan imam muda, didiklah diriku menjadi makmum muda. Andai kau dambakan putera agama, didiklah diriku menjadi permaisuri agama.

Duhai hati, jika aku sudah istiqamah solat lima waktu, sedarkan aku untuk meningkatkan ibadah dengan istiqamah melaksanakan solat sunat. Semoga imanku sentiasa meningkat. Sedarkan kau wahai hati bahawa bila gundah, solat adalah terapi terbaik untuk aku mendapat kembali ketenangan. Duhai hati, manusia sentiasa inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah yakni sumber segala kekayaan, kecantikan, kekuasaan dan keagungan. Sedarkanlah aku bahawa cantik di dalam cantiklah di luar. Kerana cantik yang paling indah adalah kau duhai hati. Semoga cantik kebanyakan diganti cantik sebenar kecantikan. Kerana ternyata ianya sangat indah


P/S: Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful. Live as if you would die tomorrow, learn as if you would live forever.

Sabtu, 29 September 2012

Hebatnya ada kawan.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam semanis cupcakes perasa strawberry plus milo...:)
Lama tak update blog. Dua hari kalau tak silap. Blogwalking pun takdak.Malam ni Lyeen BW ke blog-blog yang setia berkunjung ke blog Lyeen yang sebenarnya malas menaip entry ni. Sepak kepala lutut kejap!Dush!HAHA. Dalam SINI Lyeen dah menjanjikan bahawasanya Lyeen akan update blog pasal gambar tu. Maka, motif entry malam ni adalah pasal gambar penuh kontroversi tu!
Kontroversilah sangat kan. Puas aku upload gambar ni balik-balik. HAHA.Okey, Rabu tadi lepas kelas kami sekelas pergi Mid Valley pergi mengeluarkan anak tekak bila tengok movie BAIT yang sangat the boom! Lyeen pujuk dorang yang lain tengok movie UNTUK 3 HARI, tapi semua taknak. Mencik..mencik! Jiwa mereka takdak taman. Semua nak tengok movie yang seram plus menjerit-jerit. Sedangkan aku nak tengok yang sedih-sedih. Disebabkan aku kaum minoriti nak tengok movie UNTUK 3 HARI maka aku diam-diam je bila dorang beli tiket untuk tengok movie BAIT!
Budak-budak ni HERO idaman wanita Malaya. Mereka handsome.Mereka sweet. Tapi mereka suka buat kacau. Buat bengang dan buat stress. Tapi, mereka sangat-sangat baik plus loving. Bersifat melindungi. Wah! Betapa melambung pujian aku untuk kamu. HAHA. Time tengok movie budak-budak ni semua duduk depan. Kami kaum Hawa duduk belakang. Maka, mereka balik-balik pusing belakang sambil buat muka bengang bila kami menjerit dengan nisbah seminit untuk sekali jeritan.
Dalam banyak-banyak gambar yang ada dalam memory hp aku. Gambar ni Lyeen rasa paling mewah. Sebab kan pic ni warna gold. Aku bayangkan keliling aku dipenuhi emas sehingga gambar ni jadi begitu kaya rayanya. Floe sangat sweet dengan skirt tu kan. Kalau aku lelaki aku akan jodohkan dia dengan anak lelaki aku. HAHA. Suri pula lebih comel dengan tudung polkadot kan. Kalau aku lelaki aku akan pinangkan dia untuk kawan aku. Aku saja bold kan kawan tu. Harap dia terlepas pandang. HAHA. Mid Valley memang sangat strategik untuk kami. Kalau korang call suruh pegi Mid sekarang. Dalam tempoh 30 minit muka Lyeen yang serabai dah sampai kat sana. Serabai sebab tak sempat make up..HAHA. Tempat wajib aku pegi kalau pegi Mid. Mcd untuk beli ais krim and fries. Big Apple untuk beli donut. Dan terakhir Rotiboy untuk beli roti. Last tempat wajib ialah tandas. Aku pun pelik kalau tak masuk toilet tiap kali pegi Mid tak sah.
Bukti bahawa memang suka masuk toilet. HAHA.Sedih.
Tapi aku lagi sedih bila orang kata muka aku muka budak sekolah. Teruja bila Eva snap gambar. Lepastu dengan yakinnya dia kata.."Lyeen muka kau macam muka budak sekolah.." Ayat yang sama aku terima dari Aida semalam. Saya tak lama lagi 20 tahun la. Nak muka matured please. HAHA. Muka tak matured takpa janji dalam jiwa dan fikiran matured sepenuhnya. Baru sweet. Secara tersiratnya aku memiliki ciri-ciri the baby face? HAHA. Sumpah aku menyampah dengan ayat aku sendiri. Sila buat-buat tak baca. Nak delete ayat tu macam sayang sebab ayat spontan. HAHA. Keterujaan bertambah bila Lyeen dah yakin pakai pashmina. HAHA. Kerja melilit pashmina memang sweet sebab aku paling last sampai depan pondok guard. Kawan yang lain buat muka bengang time aku turun. Sorry.HAHA. 
Sejujurnya kalau nak puas jalan pergi Mid. Jelajah sampai sakit kaki. Macam-macam ada. Kedai satu takda sila pergi kedai lain. Kami balik bila dah penat. Malangnya, tekak dah berdarah sebab memekik saja dalam panggung. Suri peluk aku. Aku peluk Suri. Aku memekik kat telinga Suri. Suri memekik kat telinga aku. Aku tarik tudung Suri. Suri tarik baju aku. Last-last Mimi kata "Bising!"...Aku tak tahu macam mana dia boleh teruja tengok cerita ikan paus makan orang tu. Weeekkk! Part paling Lyeen terkejut macam nak pengsan kejap bila dia potong tangan orang yang dah mati tu untuk umpan ikan paus. SEDIH. Sila tengok movie ni untuk lebih kepuasan. HAHA.

p/s : Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersama-sama. Even korang memekik tahap volume dah 100 kat telinga dia. So sweet.

Selasa, 25 September 2012

Dia bukan jodoh saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh,
Salam Cupcakes Strawberry berintikan coklat..:)
Sila teruja bila Lyeen dah mula rajin menaip entry sekali sehari dengan jayanya. Sebab assignment tinggal satu jer lagi nak hantar. Ujian Akhir Kursus dua minggu lagi dan Exam akhir sem sebulan lagi. So, Lyeen saja bagi otak Lyeen relax untuk tempoh seminggu ni. Sweet kan otak aku.:p
Hari ni tudung Lyeen ditaja oleh kedai tepi jalan di sekitar Masjid Jamek. Lyeen tak guna dulu Bawal Roses yang meriah bagai tu untuk mengelak daripada roses Lyeen tercabut. Sekarang tengah perap supaya lebih mekar! HAHA. Pagi tadi Lyeen awal pergi kuliah. Lyeen dengan Floe merupakan manusia keempat sampai dalam kelas jam 7.40 pagi tadi. Setiap hari Selasa, Lyeen berusaha untuk datang awal. Sebab Lyeen super duper minat dengan subjek Murid dan Alam Belajar. Lyeen tak rasa mengantuk, bosan dan sebagainya time study subjek ni. Seronok gila. Gila?
Hari ni Dr.Shahlan, lecturer bagi subjek MAB suruh kumpulan Akmal dengan Syuhadah bentang pasal Teori-teori kecerdasan Emosi. Bila dah tajuk pun emo-emo. Maka, kami pun emo-emo la jugak. Macam dah pertandingan bahas ala parlimen jer kan bila soalan bertubi-tubi menyerang si tukang bentang. Nasib bukan group aku yang bentang. HAHA. Dr. Shalan senyum-senyum je tengok kami. Tapi, topik hari ni memang kena setempek kat muka kami sekelas sebab macam kena-kena jer kan. Putus cinta bagai! HAHA.  Lyeen dapat idea baru nak buat kawan-kawan faham time kita bentang. Bagi contoh yang ada kaitan dengan hidup mereka. HAHA. Apapun, memang best belajar pasal teori-teori ni sebab akan bagi kita yang dengar ni fikir. "Eh, betul ke apa yang pengasas teori ni kata?", "Yer la. Tak sangka!"..Sure, akan rasa macam tu. Teruja kejap!
Sila percaya betapa fokusnya aku dengan pembentangan. Siap tulis nota kaki yang ada love-love bagai. See untuk point keempat. Menghargai perasaan pada diri sendiri dan orang lain. Ini teori Kecerdasan Emosi Goleman. Maksudnya kat sini, individu yang mampu menghargai perasaannya adalah antara ciri-ciri manusia yang kecerdasan emosinya baik. Aku? Insyaallah! Saya seorang yang menghargai perasaan saya meski kadang-kadang saya lukakan, sakitkan, goreskan, patahkan hati orang lain. Betapa kejamnya aku....T_T.
Apa yang penting kita jaga perasaan diri sendiri dulu okey! Bukan nak jadi selfish, tapi kalau kita tak jaga hati kita siapa lagi nak jagakan? Hati kita adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk kita jaga sebaiknya. Jagalah hati.
Pic ni Lyeen curik dari FB si baju turqoise. Mimi yang sweet untuk hari ni. Betapa kami menjaga hati. LOVE aku paling tebal sebab yang lain guna jari je. Aku pula, kalau tapak tangan boleh dibentuk, tapak tangan pun aku guna. Tamak! Time ni, Lyeen tak pakai kasut. Tu sebab Lyeen lagi rendah. Lyeen sebenarnya tinggi sangat-sangat. Tolong percaya. Aku kecewa sikit dengan gambar ni sebab aku rasa macam aku paling kecik! Mencik..mencik! Kena makan 5 kali sehari ni!
Sesungguhnya time ni Lyeen tak boleh tipu bahawasanya memang Lyeen adalah manusia yang rendah. Alah kalah dengan Floe jer. Dengan Aida aku paling tinggi! Semoga Aida tak baca langsung entry aku yang ini. Sebenarnya, sekarang kami sekelas kembali kepada asal dengan habit suka snap pic sana sini. Tapi, kalau ada orang lalu kami cuba buat dunno! HAHA. Hari ni, kelas Encik Yusuf ada. Dan snagat-sangat rindu dengan beliau sebab dah lama dia tak masuk kelas dan Lyeen bahagia bila minggu depan termasuk Sabtu dan Ahad akan ada kelas ganti. So sweet buat kuliah ganti..:)

Pesanan aka ayat-ayat cinta untuk entry kali ni : "Bygone be bygone. Apa yang dah berlaku kita jadikan sebagai panduan untuk kita menghadapi hari mendatang. Kita tidak mengharapkan yang sempurna dalam hidup kita kerana kita tahu tiada yang sempurna selain DIA. Tapi, kita mahukan yang terbaik diantara yang terbaik untuk menjamin kesejahteraan kita dimasa depan. Perpisahan bukan ukuran untuk menilai seseorang itu punya hati yang kotor atau suci murni. Tapi, ukuran untuk seseorang itu mencari yang terbaik untuk dirinya. Ingat sahaja bahawa Allah SWT telah menjanjikan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi kita terlalu sayang tapi dia bukan tertulis untuk kita. "Doa adalah senjata mu'min". Pesanan ringkas dari seseorang yang cukup untuk Lyeen sedar bahawa doa adalah usaha paling utama. Kegagalan hari ini bukan petanda bahawa anda gagal selamanya. tapi itu adalah petanda bahawa kamu akan mencipta kejayaan suatu hari nanti."
Ok. Bai.

Isnin, 24 September 2012

Bangga menjadi GURU.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam sepiring cupcakes perasa blueberry..:)
Alhamdullilah, hari ni Lyeen beransur pulih, dah takdak pening-pening bagai macam orang kena renjatan elektrik dengan voltan paling tinggi. Pagi-pagi lagi dah cergas macam minum Milo sebaldi. Siap senyum-senyum bahagia. Alhamdullilah. Terima kasih buat kalian yang sentiasa mendoakan Lyeen menjadi manusia yang sihat walafiat even jauh sangat-sangat dari keluarga tersayang..T_T
Tapi, Lyeen masih bahagia sebab Lyeen ada saudara besar seperti mereka. Classmates yang sentiasa ada time suka,duka,lapar, dahaga dan sebagainya. Dah dua tahun lebih dah sama-sama dengan mereka. Sangat happy. Even ada yang dari Kelantan, ada yang dari Johor, Sarawak dan Kedah. Sumpah, tak rasa jurang antara kami. Sebab semua dah macam adik beradik. Dan aku nak jadi paling kakak! Kakak Tiri yang selalu arahkan diorang! HAHAHA....Hakikatnya, aku yang selalu kena buli..T_T. Kalau dulu, bila sampai KL ni Lyeen dah set kat kepala..."Mesti diorang taknak kawan dengan Sabahan macam aku...".Tapi, bila Lyeen dah kenal diorang semua. Fuhh! Kadang-kadang aku terlupa aku kat Sabah ke kat KL? Kau tengok dengan hampehnya Lyeen guna word 'kat', betapa lupa dirinya aku!...HAHAHAHA!
Kami semua Sabahan. From left, Aida dari Lahad Datu, Floe dari Penampang, Lyeen dari Tawau, hampeh nak bold bagai!Eww! Ok sambung, Jaell dari Kota Belud dan Onjoy dari Keningau..:) See. Lyeen dah hafal semuanya kan? Nombor matriks, nombor ic even nombor telefon dorang pun Lyeen hafal. Mohon percaya! Tipulah kalau cakap kami tak pernah gaduh. Kami aktif  bergaduh masa awal semester dulu. Tiap minggu gaduh dan tiap minggu juga buat sesi refleksi..T_T. Lastly, nangis lepas tu kan minta maaf. Mengaku salah lew tew! Itulah lumrah bersahabat. Ni baru tahap Semester 2. Ada 6 Semester lagi untuk kami sama-sama. Sila bertahan dan tabah ok. Semester 8 nanti kita buat Penyelidikan Tindakan (PT) macam senior kita sekarang. Rasa 'sweet' jugak nak buat PT tu...T_T
Credit untuk Mimi sebab upload gambar ni se'fresh' yang mungkin. Gambar pagi tadi. Time ni muka masih sesuci dan semulus kulit bayi 6 bulan. Tapi, lepas je main bola tampar dari pukul 11 pagi sampai 1 petang kat gelanggang. Muka dah macam bontot kuali yang kena bakar dengan arang, kemudian 3 tahun tak basuh! Takpa, nak jadi cikgu memang macam tu. Kena sweet lebih! Apapun, semester ni kelas PJ ekstream sikit. Walaupun, kami adalah jurusan Major Bahasa Melayu yang menunjukkan bahawasanya kami memang pencinta Bahasa Melayu. Kami sopan-sopan belaka. Sila percaya. Insyaallah, setakat ni masih boleh 'bawa' lagi subjek yang ada sekarang. Walaupun adakalanya mencapai tahap terpaksa tidur dengan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat 3 hari 2 malam!
Credit to Ekin sebab tag gambar ni. Time ni pergi merantau ke IPG Kampus Islam Bangi tengok kawan-kawan main bola jaring. Lyeen jadi tukang sorak aka tukang tengok. Kalau nak bagi Lyeen main. Mohon bagi kelas seminggu tanpa henti. Lyeen selalu silap part nak hentikan kaki. Selalu jer tergerak ke sana dan ke mari... Mencik..!Mencik..!  Kat belakang Lyeen tu, Cassandra merangkap  Ex-Dormmates yang sangat sweet. Belakang dia lagi tu lah Mash aka the best roommates in this world. Dia yang tolong alihkan heater time Lyeen pengsan. Thanks roomate.. Love u plus-plus. Belakang dia lagi Ekin yang sama sweet :) Tak lupa untuk Abg Bhen yang sangat bergaya..:)
Kesimpulannya, seeehh! Kesimpulan bagai! Okey, macam tak rasa jer kan yang Lyeen dah study 2 tahun setengah kat KL ni. Rasa macam baru berapa minggu je. Tak terasa. Dah banyak ilmu yang Lyeen timba kat sini. Ramai kawan-kawan baharu yang super duper baik, loving, berjiwa merdeka itu penting! Mereka sangat baik! Untung saja dapat kawan macam kalian..:) Lastly, "Saya bangga menjadi guru Malaysia". Pembetulan untuk kau Lyeen.."Future! Bakal! 6 Sem lagi...T_T"

P/S: Kawan biar seribu. sejuta. semillion. Berkawanlah. Binalah ukhwah selagi mampu. Kerana kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kamu..:) Lagi banyak kawan lagi banyak doa. :p Saya sayang kawan-kawan saya. Nah, 30 biji cupcakes untuk awak semua!

Ahad, 23 September 2012

Sekali lagi untuk semester ni!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Salam semeriah warna pelangi diatas cupcakes...:)
Semalam tak update blog sebab satu hari satu malam saya kenyang dengan tidur. Alangkah indahnya. Dan sukacita saya maklumkan bahawa saya cuti dari mencucuk broadband di laptop saya untuk tempoh itu. Maknanya, memang sah saya tak online. 
Sila percaya bahawa ini adalah muka teruja sebab tak dapat online. Sebab utama ialah broadband tak bayar lagi! HAHAHA. Sila percaya. Okey, semalam memang Lyeen happy. Siap pergi tengok classmates main bola sepak. Dan sukacita saya maklumkan juga bahawa itulah kali pertama secara LIVE saya tengok bola sepak. Tahulah bahawa muka saya memang tak pernah ambik tahu pasal bola. Tendangan sudut dengan penalti pun saya tak dapat bezakan. Tapi saya tetap sokong Harimau Malaya..Tetap dihati..:)
Lepas je tengok bola sepak, saya terus pegi sambung main bola tampar. Sebab saya jaguh bola tampar. Mohon percaya sangat-sangat. Sumpah time ni saya happy. Gelak sana sini macam gelanggang bola tampar saya yang punya walhal tak sedar diri  yang saya tak pakai kasut sukan pun time main! Bila balik bilik saya rest kejap sebelum pegi mandi. Lepas mandi. Siap-siap. Comel-comel bagai!. Time nak solat tiba-tiba saya rasa pening. Kenapakah? Then, tanya roomate.."Mash, kau ada rasa something ka?"..Roomate aku terus buat muka tak tahu. Tup-tup saya dah tak boleh nak berdiri. Try lagi. Tiga kali saya cuba nasib. Percubaan terakhir tetap tak berjaya bila aku rebah dan kepala aku langgar heater. Sakit okey! Sedih plus-plus.
Pagi-pagi saya bangun masih lagi blur-blur. Ayat paling sedih aku terima pagi ni bila Floe kata "Macam orang keguguran jak kau ni!". Sumpah sedih,sedih,sedih! Bukan aku yang mintak penyakit ni! Untuk semester ni, kali pertama saya pengsan kat dalam bilik. Semester ni comel sikit sebab tak perlu bawa saya ke PPUM macam sem lepas. Sebab utama saya pengsan semalam ialah sebab saya lewat makan..T_T. Takdak orang nak belikan aku. Mohon McD hantar tiap masa pleaseeeeee..:'( . Saya dah bosan pengsan. Asyik-asyik pengsan! Semester depan saya kena kuatkan diri macam Avengers supaya saya tak pengsan lagi. Yakin.
Takdak motif langsung letak gambar ni. Tapi nak letak juga.:p Sekarang lepas telan 4 biji panadol actifast barulah saya boleh menaip depan laptop sambil senyum-senyum macam hampeh! Petang tadi saya main bola tampar lagi walhal time tu jalan pun macam ikut garisan zig-zag sebab masih pening! Tapi, saya kena lawan sakit tu! Kataku dengan yakin! Tapi, jujurnya saya suka juga sakit. Sebab Floe sentiasa datang bilik saya untuk tanya keperluan saya. Makan. Minum. Semua dia uruskan. terima kasih. Macam tu juga roomate saya. Sumpah tak boleh tukar roomate sebab Mash dah biasa terima penyakit pengsan mengejut saya. Kalau saya dapat roomate baru takut dia ignore je time saya pengsan dan kepala terhantuk dekat heater. Sedih!
Gambar ni pun macam takdak motif tapi nak letak jugak! Sekarang saya kena sedia untuk berjaga. Sebab saya dah kenyang sangat tidur. Harap-harap saya tak pening dah. Doa cepat-cepat. Terima kasih. Saya sediakan cupcakes 30 biji untuk mereka yang rajin doakan saya. Lagi satu, mohon doakan saya cepat kahwin!:P Sekian.

P/S: Maaf sebab mood menggunakan kata ganti diri 'saya' dalam entry kali ni. Bukan niat untuk mengedik! Tapi jujurnya, saya menjadi sopan setelah sakit dan setelah kepala terhantuk dekat heater! Ok bai!

Khamis, 20 September 2012

Kami Jadi BFF Sejak Buat Assignment.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam sepetang bersama milo secawan dan cupcakes 10 biji!
Tak kau bunyi tamak. Cupcakes 10 ketul nak telan! Dengan tajuk entry betapa  panjang berjelanya!

Sejujurnya, Lyeen masih terkejut sebab secara automatiknya blog sudah bertukar wajah. Dulu, Lyeen masih menidakkannya dengan menukar settingnya! Dan hari ini, dia tertukar sendiri. Dan seikhlasnya aku rasa macam baru berblogging hari ni. So sweet! Aku the baby blogger!
Hari Selasa, Lyeen lewat pegi kuliah. Hari Rabu pun lewat jugak. Dan hari Khamis yakni hari ni. Lyeen datang awal. Tu sebab muka aku berseri-seri bak delima merekah-rekah. Kuliah start pukul 10.30 am. Lyeen dah ada dalam kelas seawal 10.15 am. Betapa bahagianya aku awal sampai. Sebab yang hari Selasa & Rabu tu tengah stress dengan minggu assignment. Maka, tidur pun tak teratur. Tunggang terbalik! Tempat aku tidur pun merata-rata. Padan muka aku 3 kali ganda sebab suka buat kerja last minit! 
Jujurnya, sepanjang dua minggu lepas. Lyeen sibuk dengan Pesta Hoki dan terpaksa mengorbankan hujung minggu Lyeen. Tapi, takpa..Lyeen redha. Sebab Lyeen suka tengok orang main hoki! Percayalah.! Hari Isnin tadi disebabkan cuti sempena Hari Malaysia maka aku bertungkus lumus menyiapkan assignment yang masih tergendala bersama BBF baru aku. Selain si Floe Yohanes Gukin itu selaku BFF tetap aku. Lyeen dengan Floe tak sekumpulan semester ni. So,kami kurang bekerjasama! Hahahahaha
Yes! Dia. Dulu kami tak rapat sangat pun. Sekadar kawan biasa yang jumpa dalam kelas. Tapi,semenjak semua assignment Lyeen sekumpulan dnegan beliau. Maka, aku makan, tidur, minum, dan sebagainya. AKu buat kat dalam bilik dia. Sampai aku dah lupa roomate aku yang sebenarnya. Hahahaha. Dan, paling menggembirakan, tipulah kalau sepanjang hari kami buat assignment kan? Of course ada saat-saat kami cerita pasal benda lain. Contohnya. Pasal kahwin! Kalau nak tahu rahsia aku nak kahwin awal sila tanya dia. Dia tahu. Tapi Lyeen sure 100% dia tak akan bagitahu! Hahaha. Dia pun bakal kahwin juga. Tapi lama lagilah! Orang dekat-dekat juga. Dekat-dekat tu aku saja bold kan. Biar terang sikit mata dia.

Semenjak kami buat assignment sama-sama juga aku dah berani buli dia. Even dia penolong ketua kuliah kelas aku! Hahahha...Tapi, dia adalah kawan yang sangat sweet. Baik hati budi. Luhur. Sopan-santun. Patriotik. Berjiwa merdeka. Romantik. Comel. Cantik. Sweet. And so on! Lyeen senang bekerjasama dengan dia. Dia tak banyak songeh. Dan part aku paling suka bila aku datang bilik dia, dan aku akan jadi gila sekejap bila cakap dengan 'bear' dia yang sumpah besar sama macam dia. Hey! Thanks juga sebab buatkan aku milo panas. Hidangkan aku chipsmore. Dan paling penting sudi jadi pendengar yang baik untuk semua cerita aku. Untunglah kau dapat kawan yang banyak cakap macam aku!

Nota pelekat warna pink untuk kau dan peringatan untuk diri aku yang serba lemah..:"Suriani binti Usman, berusahalah melupakan insan yang tidak mahu menghargaimu meski hatimu sukar melakukannya. Belajar menerima insan yang menyayangimu meski hatimu payah mencubanya. Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kita. Sebelum kita bertemu dengan yang benar-benar pasti kita akan bertemu dengan yang salah terlebih dahulu. Kerana Allah SWT ingin mengajar kita erti menghargai dan bersyukur. Dia maha pengasih lagi maha penyanyang!"
P/S : Mesti kau terharu plus-plus ni kan? Kau nangis kan? Hahaha..semoga kebahagiaan milik orang-orang yang bahagia geng. :: Love u :: geng!

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Segmen lagi..:) Lyeen sedia 35 biji cupcakes coklat kat entry ni..:)
Lyeen tak tahu kenapa sampai sekarang Lyeen tak reti nak mem'back link' kan gambar,,!
Mencik..mencik..! Disebabkan Lyeen tak reti nak mem'back link' kan gambar...Untuk mereka yang nak join, silalah KLIK SINI okey..:)
Lyeen paling suka tag-mentag..Jadi, mangsa tag kali ni..:)
Cukup!

Rabu, 19 September 2012

Kahwin Muda..:)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam pulut kuning..:) Cupcakes dah habis..:p
Siapa yang rajin view pages Lyeen, memang akan perasan betapa banyaknya post aku pasal kahwin muda. Sebab memang Lyeen nak kahwin muda. Please Mak....T_T, Tapi, bila fikir balik. Dengan siapa aku nak kahwin? Hehehe...calon pun takdak lagi. Sila bersabar Lyeen.

Tadi Mak dari Sabah call Lyeen. So, Lyeen try buka cerita.
"Mak, tak lama lagi umurku 20 tahun kan?"
"Ya, bulan 10 kan?"
"Iya..hehe..Mak?"
"Ya?"
"Bolehlah sudah aku kahwin tu kan?"
Lepastu kan Mak aku terdiam sejenak. Dalam hati aku berdoa please Mak..say Yes!Yes!...
"Mak?"
"Ya..nantilah. Janganlah mau kahwin awal. Habis dulu belajar. Kerja."
"Bah..iyalah Mak. Tapi kenapa?"
"Ai, kenapa? Kau mau kahwin sudah?"
Sah. Lepas tu mulut aku terkunci. Aku tak tahu ni first time aku buka cerita pasal nak kahwin dengan mak aku. Teruja. Kecewa sikit sebab Mak tak bagi kahwin!
"Ok la Mak, nantilah aku kahwin.."
"Ya, kerja dulu. Kalau mahu pun tunggu stabil sudah ekonomi sendiri"
"Malu sudah...!"
"Tahu dakpa!"
Jujur, ada sedikit kecewa. Sila tertanya-tanya kenapa aku nak kahwin awal. Tapi aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Lyeen takmau cinta-cinta dulu. Lyeen nak cinta lepas nikah. So sweet ok! Semua doa untuk itu. Macam cerita dalam novel! Aku tahu aku sedang memasang niat yang snagat luhur..:) Mohon pintu hati Mak aku terbuka..:)

Calon Imamku!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..:)
Salam semanis keju di atas cupcakes vanilla.....:)
Lyeen seorang yang sweet malam ni sebab sanggup update blog dikala assignment masih belum disiapkan sepenuhnya! Tapi, sila percaya pada fakta bahawa "kerja last minit adalah kerja paling sweet"

"Wahai Calon Imamku,
Bersabarlah untuk menanti kedatanganku,
Jika memang tertulis jodohku untukmu,
Allah pasti akan memberikan cinta ke dalam hati kita,
Bantu aku dengan doa dalam Istikharahmu,
Biarlah Allah yang mengatur semuanya,
Kerana yakinlah bahawa pilihan Allah tidak pernah salah,
Dan pilihannya adalah pilihan yang TERBAIK!"

P/S: Sila percaya bahawa entry ini ditaip bagi menghilangkan semangat inkuiri tentang tajuk "kahwin muda". Sila berdoa juga semoga assignment Lyeen siap sebelum matahari terbit. Sekian. Single is better. Nikah muda is super duper double triple better..:)

Selasa, 18 September 2012

Ahmad Adam Syukri : Pray for him please..:'(

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Hari ni cupcakes semua nak send kat rumah baby Adam..:)

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.."

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" (Riwayat Muslim dan Ahmad)
Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damaged severe hie (hypoxic ischemic encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak... Adam lahir secara vacuum pada 4/3/2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen..Scan mri pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk..Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup  Adam juga perlu bergantung pada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured,begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak..
Description kat atas tu Lyeen copy and paste dari pages rasmi Ahmad Adam Syukri yang dibuatkan khas oleh Mamanya sendiri. Dalam pages tu mengisahkan perjalanan hidup Adam dari hari ke sehari. Sungguh bila Lyeen tengok gambar-gambar Adam, sangat sakit. Sangat pedih dugaan yang dia terima sedangkan tubuhnya masih kecil tidak bermaya. Air mata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan kesedihan Adam.  Namun, Adam masih punya keinginan untuk terus berjuang. Tahniah Adam! Anda contoh terbaik! Lyeen hanya mampu menaip entry ini untuk membuka mata orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesihatanmu beransur pulih sayang.:)
Tahniah juga untuk Mama Adam, kerana tabah menghadapai dugaan hidup. Walaupun Lyeen masih tak mampu merasai kehidupan sebagai seorang ibu. Namun, naluri keibuan itu sentiasa ada dalam diri setiap manusia bergelar wanita. Semoga tabah dan kuat!
Sama-sama kita mendoakan kesihatan Adam. Semoaga da keajaiban yang berlaku dari Allah SWT..Aamiin..:) Tabah Baby Adam Sayang. Semua orang yang mengetahui kisahmu sentiasa mendoakanmu. Bagi yang ingin mnghulurkan bantuan:
NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
 Noraisah Binti Mohamed Malena 02040007292201 (CIMB)
Salmi Abdullah  111132058224 (Maybank) 

P/S: Tatkala Lyeen merasa Lyeen adalah manusia yang sangat susah ketika ini, sebenarnya masih ada manusia yang lebih sukar hidupnya. Semoga mereka tabah dan kuat. Insyaallah kekuatan sentiasa ada bersama-sama orang yang yakin pada diri sendiri. Allah maha mengetahui dan maha penyayang. Dia yang menentukan segala-galanya..:) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan manusia lain. InsyaAllah...:)

" Jom tingkatkan followers sampai lebam "

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..:)
Salam cupcakes coklat berkrimkan vanila dan berhiaskan ceri diatasnya...:)
Sebenarnya, cupcakes ni aku jumpa kat kafe tadi..:)

Klik SINI banyak kali untuk join..:) Dan silalah melebamkan jemari anda..:p
Uhuk* malu...pinjam trademark 'merepek gila' kejap..:)

Followers Lyeen sekarang hanya 1689...Sorry tak dapat printscreen sebab photoscape tengah mogok lapar..:'( Sedih..T_T..Mencik..mencik..! So, silalah join segmen ni..Insyaallah akan lebam..:)

Isnin, 17 September 2012

Doa Seorang Isteri.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh,
Salam kemanisan di malam Isnin...:)
Tengah asyik Lyeen blogwalking...Lyeen pegi dekat blog si pengantin baru yang super duper cantik Irene..:) Dan dengan penuh rasa rendah dirinya Lyeen copy paste doa dekat dalam blog dia..:)

Bismillahhirahmanirahim....
Ya Allah

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

p/s: Tetiba rasa nak sangat kahwin muda...:) Mohon mak Lyeen baca entry Lyeen kali ni. Dan cepat2 cari calon suami yang baik, beriman and the baby face untuk Lyeen.:)

Pesta Hoki IPGM-MILO 2012

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Selamat menjamu selera. Tahu u all tengah mencekik cupcakes yang ke 12 untuk hari ni..:)
Letih. Memang letih. Sepanjang tiga hari Lyeen terlibat dengan Pesta Hoki IPGM-MILO 2012 yang super duper best. Lyeen mangaku memang sangat letih plus sibuk dengan segala macam hal. Tapi, apa yang best, Lyeen dapat pengalaman baharu ok! Bangga jer kan dapat tolong orang. Bila ada orang kena kayu hoki, Lyeen tolong angkat. Bila ada orang yang salah gelecek bola hoki, Lyeen yang tolong betulkan. Sila percaya. Tolonglah..T_T
Gambar ni aku curik dari FB si Uncle Moriss.
Baju Lyeen yang hijau-hijau the baby green tu sponsor dari MILO..:) Cantik kan?Siapa nak boleh minta surat tajaan dengan aku. Tapi, bayarlah! Hahaha...Shawl aku adalah tajaan sendiri. Semalam takmau pakai roses nanti kena bola hoki. So, tukar selera guna renda-renda bagai. Thanks untuk BUTIK MAMA sebab menambah keterujaan Lyeen untuk jadi pengacara majlis semalam..:)Walaupun, Lyeen sedih sebab tak dapat buat yang tebaik bila tekak buat hal! Mencik!Mencik!

Untuk tengok lebih gambar sepanjang Pesta Hoki IPGM-MILO 2012 tu berlangsung boleh LIKE pages Redha Rahimi Pictures dulu then sila jealous dengan mereka yang dapat hamper dan medal tu...Jealous sebab mereka juga ialah manusia yang pandai pegang kayu hoki dengan penuh bergaya berbanding aku yang pegang kayu hoki macam pegang cangkul!.
Tahniah untuk Pasukan IPG KBM A yang dapat anugerah khas,fair play aka permainan bersih...Tahniah..:)
Next year, Lyeen nak try jadi penjaga gol boleh kot!Yes...Mesti hebat! Mohon sokong..=_=
Lyeen bahagia sebab dapat menyibukkan diri sepanjang terlibat dengan pengelolaan pesta ni. Banyak pengalaman. Banyak perkara baharu. And paling penting banyak pemain-pemain hebat yang aku boleh ajak sodok-sodok bola hoki! Hahahahaha...
Lyeen lupa semua masalah. Lyeen bebas sekejap dari masalah. Assignment dan segala macam. Tapi, hari ni semuanya dush!dush! datang balik serbu kepala otak Lyeen yang tengah tunggu time nak kena sambar kilat dengan kekuatan paling tinggi! Mohon aku diberi kesabaran meghadapi semuanya...mood sedih! Haktuih kau Lyeen!
P/S: Saya dapat anugerah AJK paling lewat sampai sepanjang 3 hari pesta berlangsung. Semalam aku kena sindir lecturer sebab lambat sampai. Hahaha...tapi aku tahu lecturer sayang aku even aku lambat pun sebab kerja aku siap! Yes!

Nota kaki: Gambar semua aku curik. Aku takdak gambar sebab hp murah aku kat dalam bilik urus setia..T_T

Rabu, 12 September 2012

Dewasa.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh,
Salam semanis kerinduan dipagi syawal...:)
Semakin hari semakin sayang!

Baiklah, semalam punya malam tak update. Malam tadi pun tak update. Hari ni update. Sebab ada masa. Dua hari lagi Institut Perguruan (IP) Lyeen akan anjurkan Pesta Hoki buat julung-julung kalinya. Tu pasal Lyeen sibuk sebab Lyeen salah satu jawatankuasa yang terlibat. Lyeen bawah jawatankuasa pengacaraan majlis dan protokol. Memang semua sibuklah! Tapi hari ni merdeka sekejap sebab teks ucapan dan teks pengacaraan alhamdullilah dah siap. Tahniah untuk diriku dan ketuaku!
Mereka adalah keluarga Lyeen kat sini. Ha!Cer teka Lyeen budak yang mana satu? Kalau u all pembaca tegar blog cupcakes bagai ni. InsyaAllah, dapat tekan muka aku adalah muka yang paling sweet..T_T..Tolong iyakan sambil lempang 360 darjah! Dah lama aku tak guna istilah lempang dalam entry aku!

Semakin hari Lyeen sedar Lyeen semakin dewasa. Sekarang, aku sendiri tengah menghitung detik "Sweet 20" yang orang selalu cakap. Apa yang sweetnya bila dah umur 20? Erm...sedih sebab dah takdak angka 1 kat depan. Dah bertukar jadi 2. Maka, fikiran pun kena 2 kali ganda matang dari yang sebelum ni. Kalau sebelum ni asyik nak harapkan bantuan orang. Mulai hari ni Lyeen kena lebih kuat berusaha untuk push diri sendiri berdikari. Yes! Tak lama lagi tu bulan Oktober! Hahaha...For you information, 9 Oktober nantilah sweet 20 Lyeen. Lama lagi sebenarnya..:'(  Mohon minta alamat aku untuk u all send hadiah banyak-banyak!
Aku cuba senyum banyak-banyak untuk menggembirakan semua orang. Sebab, tahukah kalian bahawa senyuman itu mampu membuat seorang yang tengah menangis bertempik serta melompat gembira okey! Maka, senyumlah hari-hari even orang akan rasa pelik tengok muka u all..T_T..Sesungguhnya, kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi dewasa. Dewasa itu bermakna matang dari segala jenis perbuatan. Bukannya nak hidup terlalu skema, tapi cukup kita ikut prinsip hidup kita dengan menjaga maruah diri yang kita ada. Kerana, semahal-mahal benda di dunia ini adalah maruah kita!
Sekian. renung-renungkan. Selamat beramal.

P/S: U all jemputlah datang kat Stadium Hoki KPM dekat Lembah Pantai ni Jumaat, Sabtu dan Ahad ni yer. Boleh kita main sodok-sodok kayu hoki sama-sama. Free jer, tak payah bayar. Siapa yang duk dekat tu boleh datang cepat-cepat sementara kerusi masih kosong..:)

Sabtu, 8 September 2012

Mak aku macam tahu je...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam kemesraan penuh keimanan...

Alhamdullilah, hari ni batuk dah semakin kurang. Walaupun, aku batuk dengan nisbah 20 kali batuk setiap 5 minit. Aku sedih. Macam-macam cara aku buat tetap tak berkesan dengan pantas. Aku rasa macam nak telan jer botol ubat batuk tu sekali. Hari ni, Lyeen bangun pukul 6.00 pagi sebab roomate aku yang kejutkan suruh solat subuh. Kalau dia tak kejutkan aku rasa aku tak sedar langsung. Sebab semalam aku tidur pun dah nak pukul 4 pagi. Aku layan novel yang tak pernah habis aku baca tu. "Hello, Mr.Perfect"

Then, dah pukul 1 petang tu, Lyeen dengan roomate masing-masing tengah bosan dan paling naiya bila kami lapar tahap kebulur. Tiba-tiba jer, kami terasa nak outing. Maka, kami bersiap dan bersiap untuk pergi Mid Valley. Sebab itu jer yang rasa dekat kot untuk mencekik KFC di tengah hari.Dah siap-siap beli barang.Beli donut kat Big Apple dan beli Chocotop kat Mc'D. Kami baliklah naik Rapid KL! Tu jer kami mampu kot..T_T

Sampai asrama, Lyeen call mak. Banyak jer yang kami cerita kan. Lagi-lagi mak aku sememangnya jaguh kalau bab bercerita. Adalah dalam 20 minit kami cerita, then aku minta tangguh dulu sebab nak solat maghrib. Mak aku pun iyakan. Tup-tup ada sms dari mak aku pulak...

"Salam, mamah mau tanya anak mamah ni. Macam ada masalah ja! Suara pun macam lain mamah dengar. Ada masalah sama si hem..hem.. ka? Mamah tanya ja."

Sungguh time aku baca, mata kau berkaca-kaca. Aku nak nangis tapi Lyeen dah terlalu banyak menangis. Betapa luhurnya jiwa mak aku dia tahu yang anak dia tengah ada masalah. Aku rasa serba salah sebab terpaksa tipu mak aku. Lyeen reply sms mak Lyeen untuk bagitahu dia yang Lyeen takdak apa-apa, cuma batuk ni yang buat Lyeen tak banyak nak cerita apa-apa.

Banyak benda yang mak aku patut tahu tapi aku tak bagitahu. Sebab aku tak nak dia risau. Kalau dia tahu sah-sah jer kan dia pun sedih-sedih bagai. Aku dengan mak aku kan best friend in this world. Percayalah! Tak sampai 20 minit lepas tu adik aku pulak call.

"Kak, kau dimana?"
"Asramalah...kenapa?"
"Kau okey ka? Mamah suruh kau call abah, abah mau cakap..."
"Kenapa?"
"Mana aku tahu...kenapa jugak kau ni?"
"Nantilah aku cerita dengan kau..."
"Bha..."

Dalam jiwa aku tertanya-tanya. kenapa abah nak cakap plak dah? Mataii...Maka, aku pun call Abah aku.

"Kenapa abah? Si Liza cakap abah suruh call"
"Ya, abah risau..mamah cakap kau sakit. Iyakah?"
"Ndaklah, sakit biasa-biasa jak pun. Batuk jak."
"Sudah pigi klinik?"
"Ndak, beli ubat jak, okey jugak suda ni sikit.."
"Ka kau bergaduh ni sama boyfriend mu..."
Haahhaa..sah-sah time ni aku terkaku kejap. Apa aku nak jawab? Aku ketawa ja the aku dapat bayangkan abah aku buat muka bengang!
"Apalah abah ni. Tiadalah. Okey jak. Jangan risau. Sakit ja ni buat lemah ni. Yang lain-lain okey."
"Duit ada lagi?"
Time ni aku rasa macam batuk aku dah hilang serta merta. Hahahhaa...untungnya aku jadi anak.
"Haha..ada lagi. Nanti kalau habis aku kirim juga nombor akaun.."
"Abah hafal jugak, ingat kalau ada masalah jangan mau simpan-simpan sendiri. Mamah tu tahu kalau anaknya ada masalah. Kamu besar sudah, masing-masing boleh fikir apa yang baik, apa yang buruk..Yang penting ingat niat pergi sana mau cari ilmu. Okey anak abah?"

-Tamat-

Sumpah aku terharu time ni. Betapa Lyeen rindu dengan mak abah Lyeen...T_T... Maaf terpaksa tipu dan tipu lagi. Takmau buat mereka sedih-sedih. Aku kan anak solehah. Aaminn...:) Semoga suatu hari nanti Lyeen diberi kekuatan untuk bagitahu perkara sebenar walaupun Lyeen tahu apa yang mereka harapkan tak sampai. Apapun masalah yang ada selagi kita boleh selesaikan, selesaikan. Jangan buat mak abah susah hati. lagi-lagi bila duk jauh-jauh ni. Yang penting, apapun masalah hadapi dengan senyuman..:)

P/S: Doakan mak abah Lyeen sentiasa sihat selalu..:)

Belum berakhir!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Salam semanis kurma..:)

-Entry berbayar-

Ada sesetengah manusia dia suka tengok kemusnahan orang lain. Dan tidak kurang juga dengan aku. Dari dulu hingga ke hari ini orang yang sama sentiasa tertawa, tersenyum dan melompat kegembiraan melihat kesedihan aku. Lyeen sendiri tak pasti, kot aku pernah tertampar kepala dia kot then aku tak perasan. Tu yang buat dia dendam kesumat kat aku..T_T

Sure, sampai hari ni even kalau Lyeen nampak dia, aku cuba buat dia tak wujud. Sebab hati aku terbakar plus-plus bila tengok muka dia. Post kat fb, suci jer dia kan. Macam tak buat salah. Wal hal aku tahu apa motif kau. Sangat tak suka kau. Mudah-mudahan aku diberi kelapangan dada untuk terima kau jadi kawan aku balik macam dulu muda-muda.

Bagi aku kau penyebab semua ni. Kalau tak kerana kau, aku mungkin tak akan taip entry macam ni. Kalau tak kerana kau aku dah boleh senyum secomel yang mungkin. Tapi, semenjak kau buat hal aku rasa aku senyum pun dah macam katak! T_T Sedih ok..:'(

Kau nak tunjuk kau anak manja pun tak perlu menunjuk dengan orang yang tak sepatutnya. Memang cemburu. Bukan cemburu dengan sifat manja yang kau ada. Tapi, cemburu sebab manja kau tu bukan tempat yang patut kau buat. Dari duuuuuuulllllluuuu...sampai sekarang. Dulu tu panjang untuk tunjukkan betapa lamanya kau dah buat aku sakit hati.

Kerja kau ialah 'sentiasa ketawa atas kesedihan orang lain.'! Bukan sekali tapi berkali-kali. Dah pernah kena sekali hari tu, tapi masih. Kalaulah aku ni jenis yang rock kan best. Boleh sembur lebih-lebih. Tapi, aku masih lagi berjiwa perikemanusiaan. Aku lebih suka berdiam dari nak cari pasal. Aku lebih suka menulis entry meski takdak manusia yang nak baca. Tapi aku puas berbanding aku tak bagi rasa jemari halus aku singgah pipi kau.

Suatu hari nanti kau akan rasa kehilangan orang yang kau sayang. Saat tu aku tak akan balas apa yang kau buat dengan aku. Tapi, aku harap kau dapat sedar apa yang kau dah buat kat aku selama kau hidup. Ceh! Ayat aku tak boleh blah! Kalau dulu kau mesti rasa terhalang nak buat apa-apa. So, sekarang kau mesti bahagia plus-plus bila kau dah takdak halangan. Selamat maju jaya. Kalau memang kau layak. 

Sebab memang apa yang aku buat selama ni pun untuk kau. Aku tak sanggup tengok kau buat aku sakit hari-hari. So, daripada aku buat dosa hari-hari untuk jeling kau. Maka, aku buat keputusan yang aku tahu aku tak patut buat. So, semoga kebahagiaan milik semua orang yang patut dapat kebahagiaan.

Terima kasih juga sebab dah tak pernah like status aku macam dulu. Kau memang baik. Sebab kau dah dapat apa yang kau nak. Sekian.

P/S: Bukan mencari musuh. Tapi memberi motivasi supaya tak buat lagi dengan orang lain. Cukup kau buat dengan aku sorang. Syukur Allah SWT masih beri aku kekuatan sampai hari ini untuk aku terima hakikat dan beri aku keyakinan untuk sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.


Khamis, 6 September 2012

Berdiam itu lebih baik.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam semanis coklat cair diatas cupcakes...

Lyeen baru balik dari majlis "Sepetang Bersama Tun Dr.Mahatir" yang bertempat di Kelab Komuniti Bandaraya tadi. Mula pukul 3.00 sampai pukul 5 tadi. bahagia sebab dapat jumpa idola Lyeen. Sangat bahagia. Rasa macam nak lompat bintang time nampak Tun tadi. Tak sangka hari ni dapat face to face dengan Tun. Tahniah untuk diriku.:)

Okey, tak mau cerita lebih-lebih pasal tu. Next entry Lyeen cerita pasla tu ok. bila gambar semua dah siap sedutkan ke dalam laptop. Hari ni Lyeen masih dibelenggu penyakit batuk berkahak. Sakit jiwa raga. Namun, Lyeen tiba-tiba teringat  petua dari seorang manusia yang baik hati. Iaitu minum air asam. Maka, aku belilah air asam panas tadi. Siap aku minta limau plus 2 biji. Kadang-kadang pengguna kena guna hak sebagai pengguna.
Berbalik pada tujuan asal entry ini ditaip. Minggu ni entry Lyeen akan lebih berjiwa sentimental sedikit. Sebab bila aku sedih aku akan banyak idea.Percayalah! Ada ketika kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita tahu kita tak patut buat. Tapi kita terpaksa buat. Kita terpaksa sehingga kita tak tahu betulkan pilihan yang kita buat. Oleh sebab kita dah tak tahu, maka pilihan paling mudah adalah dengan mendiamkan diri. Jangan berkata ya atau tidak. Mungkin kita akan buat orang lain tertanya-tanya. Tapi apa pilihan kita ada? Maka, berdiam itu lebih baik buat masa itu.
Sinar kebahagiaan itu akan ada. Pasti. Andai kamu sudah letih menanti, maka kamu boleh beralih. Macam entry sebelum ni, andai kamu rasa kamu derita. Maka, keluar dari kepompong derita itu dan cari lorong kebahagiaan untuk kamu. Yakin pada diri kamu. Itu lebih utama. Perpisahan tidak semestinya menjanjikan derita selamanya. Boleh saja kamu akan bertemu kegembiraan. Adakalanya, berjauhan itu perlu andai sudah tidak ada cara yang pasti. Andai hati sudah terluka. Jangan ditambah lagi luka yang ada. Rawatlah ia semampunya kamu.Macam aku rawat penyakit batuk aku. AKu tak snaggup dah muntah untuk kali yang keempat malam ni. Rugi jer aku beli makanan, lastly, aku kena muntahkan balik juga! Rugi ok!
Aku nak pinjam ayat kawan aku kejap. "Aku doakan semoga suatu hari nanti, akan ada insan yang mampu mengembalikan senyum di wajahmu lagi"..Sweet. Perubahan memerlukan pengorbanan. Sweet macam gula-gula kapas. Adakalanya, kesedihan itu tidak perlu dipamerkan, simpan sendiri untuk pengajaran diri sendiri agar boleh memilih jalan yang terbaik suatu hari nanti. Pilihan hidup kita ada dua sahaja, bahagia atau derita. Maka, pilihlah bahagia.

Andai kamu sedar kamu menyakiti orang lain. Mohonlah kemaafan dan doakan yang terbaik untuknya. Sama ada kamu terluka atau melukakan. Andai itu yang terbaik. Lakukanlah.

P/S: Aku dah takdak mood menaip bila aku tak henti-henti batuk. Mohon doakan aku cepat sembuh supaya boleh tulis entry panjang-panjang sampai tahap kita boleh batuk kategori beregu. Tolong pos ubat batuk banyak-banyak. Jangan lupa sertakan cupcakes sekali. Sekian. Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...