Selasa, 31 Disember 2013

Ujian & Hikmah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawbelly Cokelet!

Esok dah masuk 1 Januari 2014 dan bermakna dah selesai fasa 2013 untuk tahun ni. Alhamullilah dan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun ini telah memberi banyakkkkkkkk pengalaman dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita. Mana yang buruk kita tinggalkan dan lupakan terus dan mana yang baik kita kekalkan dan kalau boleh tingkatkan agar jadi lebih baik. InsyaAllah.

Bagi Lyeen apa yang Lyeen boleh simpulkan untuk tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar Lyeen untuk menjadi orang yang sabar dan tabah dalam setiap ujian. Bermula Januari hingga Disember memang tak habis-habis dengan ujian yang menuntut air mata Lyeen, tapi semua tu kita pandang sepi dan anggap itu adalah langkah Allah nak beri kekuatan untuk kita. So, Lyeen harap tahun ni Lyeen sudah bersedia untuk berdepan dengan ujian yang mungkin lebih hebat dari tahun sebelumnya. 

Tahun ni mengajar Lyeen agar tidak mudah mempercayai orang lain. Jangan mudah memberi kepercayaan sebab tahulah bahawa kepercayaan itu ibarat tali, selagi kita pegang kita akan teguh berdiri. Tapi, bila kita lepas maka kita akan jatuh. Dan seperti dalam entry sebelum Lyeen balik ke Sabah hari tu, Lyeen nak kan diri yang baru bila sampai ke KL, nak lupa semuanya apa yang berlaku sebelum ni dan jadikan pengajaran dalam hidup supaya tak jatuh lagi. 

Allah itu maha memberi, setiap yang berlaku ada hikmah. Alhamdullilh juga result Peperiksaan Akhir Semester dah boleh cek. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
Walaupun pointer tu tak mencapai apa yang Lyeen target tapi alhamdullilah sebab masih boleh sampai ke pointer macam tu walaupun time exam hari tu lah ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup aku sampai tahap aku ulangkaji pun aku menangis sambil peluk nota. Hahahaha. Alhamdullilah, semoga kejayaan ini sentiasa dipinjamkan Allah untuk Lyeen. Ilmu itu maha luas dan kewajipan Lyeen untuk mencarinya. Pegajaran juga untuk Lyeen supaya lebih fokus untuk study jangan mengada-ngada lagi sebab dah 21 tahun. Hahahhaa.

Dalam dunia blogging pula, alhamdullilah sepanjang tahun 2013 dah berjaya hasilkan 281 entry untuk pembaca Blog Cupcakes ni. Semoga 281 post ni memberi inspirasi dan memberi input untuk pembacanya. Alhamdullilah juga sepanjang tahun 2013 ni Lyeen dah berjaya jumpa face to face dengan beberapa orang bloggers, menang beberapa GA dan macam-macam lagi. Alhamdullilah, walaupun blog Lyeen bukanlah dalam golongan blog yang mesra SEO tapi yakinlah bahawa Lyeen sangat mesra makanan! Hahahhaa.
So, 2014 please be nice huh? Semoga tahun ni juga berjaya buat Lyeen lebih maju dari pelbagai aspek termasuklah rohani, jasmani, fizikal, emosi dan intelek. Esok, Lyeen dah berangkat semula balik KL. Rasa macam nak menangis mula dari sekarang tapi tak sanggup. Apapun, doakan semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aamin.

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya yang lain." [HR Muslim]

Ok bai. Assalamualaikum.

Isnin, 30 Disember 2013

Review: Semporna, Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Hari tu Lyeen dah janji nak update entry pasal pergi merehatkan minda dekat Semporna, Sabah hari tu. Rasanya dah berkurun gambar tu Lyeen peram jadi rojak dekat dalam folder. Hahaha. So, hari ni Lyeen update entry dengan tujuan supaya pintu hati u olls terbuka untuk datang melancong dekat Sabah! Sabah best bah!
 Hari tu kan abang Lyeen datang bercuti seminggu dekat Sabah, dia bawa semua anak-anak dia. Mereka tu susuah sangat nak dapat cuti, so bila dapat cuti balik Sabah memang seronoklah kan? Anak-anak buah aku apa lagi? Siap dah pandai cakap dalam dialek Sabah. Alhamdullilah. Kalau aku kahwin dengan omputih mesti dialek anak aku pelat kan? Hahahha. Ntah papapapa!
Yes, kami dekat sini. Perjalanan dari Tawau ke Semporna makan masa dalam dua jam lebih macam tu. Itu pun nasib baik jalan tak sesak. Tapi, memang lenguh okay duduk lama-lama dalam kereta rasa nak berdiri atas atap kereta je rasanya. Sampai dekat Smeporna Ocean Tourism Centre terus turun dan lari-lari anak sebab teruja tengok ikan yang berani sangat tunjuk diri masing-masing. 
Lyeen jatuh cinta dekat susunan chalet ni. Rasa macam ada cermin dekat tengah-tengah kan? Tapi sebenarnya ni memang panaroma sebenar. SubahanaAllah, sangat cantik! Tempat ni kira macam kalau nak stay lama-lama boleh sewa duk sini. Rumah atas air. Bawah tu u olls boleh nampak jelas ikan berenang dengan lagaknya. Tapak sulaiman yang kembang kecut dekat bawah. Cun!
Ni sebenarnya restoran. Kau nak makan apa? Udang? Ketam? Sotong? Tapak sulaiman, eh boleh makan ke? Hahahaha. Semua ada kat sini, u ools ada dua pilihan sama ada nak ambik sendiri semua binatang laut tu atau suruh pekerja restoran je ambik untuk korang dari laut tu. Fresh!
View dari belakang orang yang poyo. Hahaha. Abang aku yang teruja nak pergi. Kami ni nama saja ornag Sabah tapi tak pernah pun sampai sini. Macam tu lah kebiasaannya kan? Ntah aku pun tak tahu apa sebabnya. Hahahha.
Lepas we olls dah penat-penat tengok ikan-ikan dekat sana. Penat round 24 kali dekat sana. Terus plan nak pergi pulak dekat Pulau Duyung. Why pulau Duyung? Sebab filem Duyung tu buat dekat situ. Malangnya masih kami pergi tu, tempat tu tengah baik pulih sebab tempat tu dah tahap international. Masuk pun kena bayar RM 10 bermula 1 Januari 2014 ni. Kami bertuah sebab bayar RM 2 je sorang time nak masuk ni. Tapi, pakej dengan mandi laut sekali sambil berenang bersama ikan-ikan. Duyung takdak! Yang ada tapak sulaiman. 
Pakcik ni tengah kutip sampah dekat laut tu. Nice kan? Sama macam dalam cerita Duyung tu yang Apek kutip sampah dekat laut. Mereka memang jaga sangat tempat ni. Cantik view dia. Pergilah!  Tapi, kami sekejap je dekat sini sebab dah lapar sangat-sangat. Nak makan kat dalma tu, memang tak yah cakap. Mahal gila-gila. Hahaha. Balik dari situ terus pergi pekan Semporna beli ikan bilis, Kiampau ( Ikan pari yang dikeringkan), sayur, dan macam-macam lagi sampai aku tak tahu nak sebut. Time ni Lyeen memang dah tak larat sebab penat sangat-sangat. Lyeen duduk dalam kereta sambil main Candy Crush! Hahahahhaa.
Sepupu Lyeen, Mohd Shahfie yang sangat handsome. Dulu budak ni kecik je macam kura-kura. Sekarang beliau dah bujang. Dah form 4 tahun depan. Alhamdullilah. Lama tak jumpa sebabkan bayangkan je la dah nak empat tahun aku stay KL, sepupu aku semua dah besar-besar. Means aku pun dah besar sangat-sangat-sangat. Tamat. Memang letih sangatlah tapi puas sebab dapat spent sepenuh msa dengan famliy. Gelak-gelak. Rasa macam tak nak balik KL lusa nanti. Huhuhuhu.
Nota pink: Pejam celik dah tinggal dua hari dekat Sabah. Lusa dah nak balik KL. Rasa macam tak sanggup. Tapi kena tabahkan hati untuk pergi juga. Tanggungjawab yang tak sempurna lagi. Alahai. Semoga semuanya dimudahkanlah. Nak nangis kejap. 
Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 29 Disember 2013

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Assalamualaikum Wraahmatullah Hiwabarakatuh.
Seronok join segmen ni sebab unik. Baru sedar yang blog kita kena ada azam tersendiri. So, Lyeen nak tetapkan azam untuk blog Lyeen agar mampu menjadi blog yang memberi informasi, perkongsian dan memberi inspirasi untuk orang lain. Sekian.

Admin segmen kata buat entry seringkas mungkin. :') Jom join! Klik banner dekat atas.

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.

Assalamualaikum.
Comeylah awak, Syira. Ada rama-rama. Sesiapa lalu sini jum join pencarian Syira. 

Jumaat, 27 Disember 2013

Alien: 4 hari lagi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Wordless sahaja hari ni!
Betapa Lyeen rindu dekat alien sekor ni! Huh.. Empat hari lagi akan jumpa Bear sekor ni. Empat hari lagi nak balik KL. Empat hari jer lagi tinggal untuk luang masa dengan family. Empat hari jer lagi nak menumpahkan air mata dekat airport Tawau. Empat hari lagi nak masuk 2014. Empat hari lagi nak balik ke tempat yang penuh tragedi, eh? Ok bai.

Assalamualaikum.

Nota: Jangan lupa join PENCARIAN BLOGLIST & REVIEW BLOG okay. Rugi u olls tak join. Manyak hadiah maaaaa!



Ahad, 22 Disember 2013

SEGMEN : Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Klik banner untuk join segmen ni.:)

"Semua..! Jum berkunjung ke blog Eraz Fadli yang super duper gempak! U olls baca entry dia sekali je confirm akan ada aura nak datang semula ke blog dia. Jum! Blog Eraz Fadli ni menghidangkan pelbagai bahan bacaan yang menarik untuk semua orang. Segenap lapisan umur. Hahahhaa. Ehem-ehem, Abang Eraz Fadli sebenarnya Lyeen tak reti nak tulis ayat deboom. Hahaaha.:') Apapun, Lyeen seru semua pembaca blog Lyeen untuk pergi ke blog Mr Eraz Fadli sekarang juga! Ting....!

Ok bai. Assalamualaikum

1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG

Assaamualaikum!

Klik banner untuk join!

Sabtu, 21 Disember 2013

Hujan Batu di Tawau

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Cupcakes Strawberry!

Hari ni Lyeen sangat-sangat letih. Sangat-sangat penat bila bangun seawal pukul 4 pagi untuk teman Mak masak. Hari ni pukul 8 pagi lagi dha bertolak dari rumah untuk pergi Semporna. Ingat tak kawasan perkampungan nelayan dalam Filem Duyung tu? Ha'ah, we olls pergi situlah tadi. Dalam pukul 4.30 petang baru sampai rumah sebab perjalanan dari Tawau ke Semporna ambil masa dalam 2 hours. Lagi-lagi masa balik tadi hujan lebat sangat! Rasa macam hujan batu jer jatuh atas bumbung kereta. Memang tempat kat sana super duper cantik! Tapi, tu Lyeen review kemudian okay? Sebab malam ni Lyeen nak tidur awal juga sebab esok we olls nak pergi Taman Bukit Tawau lagi. Nak pergi mandi-manda sambil BBQ! Family day kata orang! Hahahaha.
Ehem-ehem, mata Lyeen bengkak atas bawah sebab pulun makan seafood dua hari berturut-turut, lepas ni insaf taknak makan seafood dah! Eh.. memang aku suka men'selfie'kan diri sekarang kan. Sebab tu aku akur dengan kehendak hati aku supaya buat akaun Instagram. Sesiapa yang rajin men'selfie'kan diri macam aku bolehlah jadi geng dengan follow Lyeen dekat Instagram @ciklyeencupcakes okay? Kita main follow-follow! Doakan semuanya berjalan lancar dan kaami sekeluarga selamat pergi dan balik. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.

Buddyz Giveaway

Assalamualaikum .




Giveaway ini merupakan giveaway pertama dianjurkan oleh Farhah dan buddyz buddyz iaitu Sofea , Izzah , Iqqah .

Anda semua dijemput join giveaway bagi memeriahkan lagi giveaway ini .


Senarai Hadiah 


Tempat Pertama :
Topup RM20 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kedua :
Topup RM15 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Ketiga :
Topup RM10 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Keempat :
Topup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kelima :
* Pilih antara salah satu *
Toup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
atau
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

GIVEAWAY INI SECARA AUTOMATIK AKAN DIBATAL JIKA TIDAK MENDAPAT PESERTA LEBIH DARIPADADA 10 ORANG .

Undian : Random.org / Cabutan bertuah

Anda semua dijemput untuk join giveaway ini .

Klik SINI untuk join .

2.5k Followers Giveaway

Assalamualaikum.
Klik Banner untuk join 

Jumaat, 20 Disember 2013

Hijab Pilihan 2014: HIJABZONE7

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Cupcakes Strawberry Cokelet.

Jom follow blog HIJABZONE7!
Like Fanpages HIJABZONE7
Folloe Instargram @hijabzone7

Selawat dan salam hanya untuk baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Hari ni Lyeen nak ajak ladies untuk stay tune dengan entry ni dan baca sampai habis. Sebab u olls akan sangat-sangat rugi kalau tak baca sampai habis!
HALFMOON SHAWL CANDY
Gambar ni yang berjaya buat Lyeen klik iklan ni dekat facebook. Sweet, cantik, simple, gojes dan cun! Yes, sangat-sangat. Lyeen terus klik dan terjumpa Giveaway Blog HIJABZONE7 dalam pages mereka. So, Lyeen nak review serba sedikit pasal hijab yang HIJABZONE7 ni sediakan untuk ladies dekat luar sana.

Bukan setakat cantik sahaja, malahan HIJABZONE7  turut menawarkan harga yag berpatutan dan mampu milik untuk semua yang nak kan kelainan dalam menggayakan shawl. Yer la, shawl pun dah jadi trend semasa hari ni kan. Sebab lebih mudah nak belit-belit. Lagipun, Shawl ni mudah nak dilabuhkan bila dipakai, sesuai dengan tuntutan syariat. Itu yang wajib dalam kita berhijab!

HIJABZONE7  juga menyediakan Shawl Plain bagi yang kurang berminat dengan manik-manik atau batu-batu berlian yang gojes. Juga ditawarkan dengan harga yang murah. Lyeen tengok pun pages HIJABZONE7  ramai yang dok komen minta PM harga dan berminat. Untung depa noooo..:') Alhamdullilah, bermakna semakin ramai yang sedar akan kepentingan menutup aurat.
Bagi yang nak meangsungkan perkahwinan atau majlis pertunangan, bolehlah search dekat HIJABZONE7  sebab Lyeen tengok memang banyak shawl yang boleh digayakan saat hari-hari bahagia ni.
Dan, paling menggembirakan bila HIJABZONE7 juga menyediakan tutorial untuk setiap shawl yang mereka keluarkan bagi memudahkan pelanggan. So, pembeli pun boleh melaram sakan macam model-model yang cantik di HIJABZONE7 ni.
So, apa tunggu lagi? Jum ramai-ramai serbu blog mereka untuk menempah dan tengok lagi banyak koleksi menarik! Boleh jadi nak borong semua sebab dah semua tu cantik sangat-sangat! Klik Banner untuk join GA yang mereka sediakan. See! Ada hadiah menarik yang HIJABZONE7 sediakan untuk semua peserta!

Jom follow blog HIJABZONE7!
Like Fanpages HIJABZONE7
Folloe Instargram @hijabzone7
Hadiah

FIRST PRIZE GOLD ENTRY (1 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Candy + 1 helai Halfmoon Shawl Sweet + CASH RM50
SECOND PRIZE SILVER ENTRY (Hadiah Kedua 1 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Sweet + 1 helai Halfmoon Shawl Paddlepop
BRONZE ENTRY (5 Pemenang)
1 helai Halfmoon Shawl Plain untuk setiap pemenang.

Tarikh Tamat ialah pada 31 Disember 2013. Jum sertainya!
Ok bai, Assalamualaikum!


Selasa, 17 Disember 2013

Selamat Bertunang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam ukhwah, salam sayang dan salam Sukan Sea. Eh tetiba? Hahaha.

Last day Lyeen update blog hari tu on 13.12.2013. Saja je aku nak promo 131213 tu, berlagak! Apalah sangat pada tarikh? Tapi, kalau Lyeen nak kahwin nanti 20.02.2020 cun? Tapi, aku tak tahu lagi nak kahwin dengan siapa. Aku tunggu mak aku plan 'blind date' dengan menantu pilihan dia. Bhahahahaha! Okay, out of topic! Sebenarnya nak bagitahu yang we olls sekarang tengah tunggu abang we olls dari Pahang tu datang. Sekarang mereka anak-beranak ada dekat dalam flight dari KLIA ke Tawau. Dalam pukul 11.30 kot mereka sampai. Mak aku pukul 6 pagi tadi dah siap masak-masak untuk sambut abang aku datang. Aku pulak secara drastiknya menyapu satu rumah, jemur kain, basuh pinggan seawal pukul 6.30 pagi. Mencabar sungguh sebab musim hujan. Hipotesis: "Semakin lebat hujan semakin best tidur."
Sabtu tadi, abang sepupu Lyeen mengarahkan seluruh ahli keluarga untuk pergi meminang kekasih pujaan hatinya. So sweet diorang, abang sepupu satu IPG dengan tunang dia mereka beza batch je. Kira pertemuan senior dan juniorlah. Mesti abang sepupu aku ni mengorat junior ni! Hahaha. Mereka study dekat IPG Kampus Keningau, Sabah. Tapi, abang sepupu Lyeen dah graduate dan dah mengajar pun dekat Sarawak. Untunglah dah officially jadi cikgu. Tunang dia pula lebih mesra dengan panggilan Kak Yuyui dah semester akhir tahun depan. Apapun semoga hubungan mereka kekal hingga hujung nyawa. Suka tengok. Tetiba ada rasa nak bertunang juga. Eh? Hahahaha
Tunang abang sepupu saya. Kak Yuyui, sangat anggun dengan busana Kurung Moden berwarna Peach dan  Shawl Glitters warna grey. Tambah pulak dengan pelamin yang dihias indah, ala-ala inggeris garden dengan bunga-bunga blossom warna cream dan deep purple. Rasa macam aku nak duduk lama-lama dekat situ, tapi terpaksa cover sebab mak aku, nenek aku dan semua family ada dekat situ. Nanti nampak sangat yang aku nak ambik berkat! Hahahha. Actually, Lyeen tak ikut serta sebab awalnya Lyeen duk rumah je tapi mak sedara call suruh ikut juga sebab nak angkat dulang. So, cepat-cepat siap dan terjun masuk dalam kereta Abah. Abah dah hon-hon sepuluh kali dekat bawah! Pakai lip balm pun dalam kereta. Hahahhaahhaa. Rumah yang kami nak pergi dekat Kunak, jauh antara Tawau dengan Kunak ni kira-kira sejam lebih jugalah. 

Dari pihak lelaki ada tiga dulang, cokelet cadbury yang rasa nak bawa balik, telekung, sejadah dan cincin. Dari pihak perempuan ada baju, cupcakes, dua lagi tu tak berapa nampak sebab bukan aku yang angkat! Hahahaha. Rombongan kami balik sekitar pukul 2 petang selepas sesi berbalas-balas pantun dah selesai. Memang majlis bertunang tak boleh lari dari pantun. So, mohon bakal tunang aku nanti champion berpantun! Eh? Boleh ke macam tu? Ala, pantun kan dah jadi budaya Melayu, nak tak nak kena belajar juga! Bagi pantun sikit dekat pasangan yang nak bertunang ni,

Kalau Tuan mengasah parang,
Siapkan dulu batu asahnya,
Kalau Tuan ingin meminang,
Siapkan dulu pantun-pantunnya.

 Ok, cuti ni ramai yang bertunang, bernikah kan? Sweetnya, Alhamdullilah Allah mudahkan jalan mereka. Kalau Lyeen lama lagi. Tapi, kalau Lyeen nanti nak bagi tema pink-pink dan semestinya tetamu aku bagi cupcakes cokelet banyak-banyak! U olls pula macamana? 
Gambar ni buat aku rasa nak menangis bila tengok balik. Muka aku tak secerah ini, ini semua faktor pencahayaan tapi selfie juga. Kalau aku balik Tawau muka aku jadi macam berotot-otot, rasa macam nak lari menyorok bawah pokok jambu kejap. Ok, apapun bagi yang dah selamat menuju hari-hari bahagia, tahniah and save the date! Doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan dan lancarkan semua, jangan lupa selit nama Lyeen dalam doa kalian. Ok bai.

Assalamualaikum.

Khamis, 12 Disember 2013

Harga Diri: Mahal Atau Murah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam semanis Cupcakes Cokelet.

"Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu sayangku. Ku adalah milikmu didalam hatimu, didalam nafasmu..." - Rindukanlah by Encik Mimpi. (Suka lagu ni sangat-sangat-sangat-sangat)

Dalam sesuatu rancangan kita jangan terlalu yakin apa yang kita rancang akan berakhir seperti yang dirancang. Adakalanya perancangan kita akan tersasar. Saat itulah kita akan merasakan bahawa diri kita gagal merancang dan meratap kegagalan diri kita. Adakalanya, hingga kita takut untuk merancang lagi kerana tidka mahu pisang berbuah dua kali. Kerana apa? Kerana kita tahu bagaimana perasaan kecewa bila berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan itu racun! Kegagalan itu panah berbisa! Kegagalan itu menghancurkan..!

Sebenarnya TIDAK. Kita bukanlah manusia yang gagal untuk merancang tetapi ingatlah bahawa, "Allah sebaik-baik penentunya." Sehebat mana kita merancang andai Allah tidak mengizinkan maka tidak jadilah. Kunfayakun! Boleh jadi Allah temukan kita dengan kegagalan kerana Allah tahu bahawa ada perancangan yang lebih baik Dia tentukan untuk kita. Allah mahu kita berusaha lebih untuk merancang sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Oleh sebab itu, kekecewaan tu kita kena tolak tepi. Yes, memang betul kecewa itu sangat pedih, sangat sakit, sangat-sangat-sangat. But, we should know that Allah want your make something diffrent in your life. Oleh itu, bila merancang jangan terlalu yakin kita akan sukses 100%. Letakkan sedikit keraguan supaya kita boleh berhati-hati dan siap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Ada masanya kita nangis sampai mata bengkak-bengkak. Ada masanya juga kita mengenang masa lalu. It's okay, itu perkara biasa. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk terus bersedih dan meratap kekecewaan tapi jadikan itu pembakar semangat supaya kita tak bertemu lagi dengan kegagalan seperti itu. Cukup sekali, ya! Ikrar pada diri sendiri bahawa kita tak nak kegagalan yang serupa dalam hidup kita, beri peluang diri kita untuk mencari kejayaan yang lain. Diri kita perlu dihargai, perlu diberi penghargaan. Kalau bukan kita yang beri, siapa lagi nak beri? No one! Itu tanggungjawab kita pada diri kita sendiri. 

Sekian motivasi hari ni, kita sambung lain hari okay! Sesiapa yang rasa diri dah gagal, tak kisahlah gagal dari aspek yang macam mana. Apa yang penting, kita bangkit dari kekecewaan dan buktikan pada diri kita bahawa kegagalan bukanlah penghalang untuk kita terus merancang kejayaan yang lain. Diri kita terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Like Garnier said, "Kerana dirimu begitu berharga." Semakin mahal dirimu maka semakin awak sayang diri awak. Macamana nak mahalkan diri? Lakukan perkara yang awak rasa sukar awak nak lawan dalam diri awak. Bila awak dah lawan, awak akan rasa sayang pada diri awak. Satu perkara yang sukar itu ialah 'kekecewaan dan kegagalan'. Andai awak mampu lawan, awak adalah yang terhebat dan termahal nilainya.
Mak! Adalah suatu kejayaan yang terbesar bila Lyeen mampu membahagiakan insan ini. Dan adalah suatu kegagalan yang maha besar andai saya melukakan hatinya. Lyeen percaya bahawa, jika Lyeen mampu bahagiakan insan ini maka Lyeen akan sentiasa berjaya tiap masa dan ketika kerana Lyeen yakin bahawa doanya sangat memberi makna.InsyaAllah, aamin.

Trust me. Ok bai. Assalamualaikum.

Review Bawal Lacey: Tudung Bawal Terkini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ni Lyeen tak banyak sangat nak update entry sebab tak tahu nak taip apa. Hahaaha, so why not i update pasal Tudung Bawal lagi kan? Serius, Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal berbanding nak guna shawl atau syria mahupun tudung ekspress. Lagipun, bila sarung tudung ekspress adik-adik akan cakap, "lain mukamu kak pakai tudung begitu.". So, lepastu Lyeen terus buat kesimpulan bahawa muka Lyeen lebih menjurus kepada penggunaan Tudung Bawal. So, bila cakap pasal Tudung Bawal ni mesti fikir yang plain, yang ada manik-manik. Dari zaman 1990 hinggalah tahun 2014 nanti. Sama je! So, Lyeen cuba buat kelainan dengan design tudung ikut arus perdana. Sehhh, kau arus perdana! Hahahaaha.
Yang paling latest Lyeen buat ni, fresh baru minggu ni. Tudung Bawal Lacey. Love-love gitu! Tudung Bawal Lacey ni berlainan dengan Tudung Bawal Qaira, Raniya, Zafrah, Airis dan Delisya sebab yang sebelum ni semua menggunakan roses 3D dan ada antaranya tailornya bukan Lyeen tapi Lyeen order dari tailor lain. Tapi, Bawal Lacey ni unik sebab handmade okeys! Hahahha.
Yang ni Tudung Bawal Delisya (Tudung bawal yang paling tinggi permintaan dan sekarang Delisya ni dah SOLD OUT buat masa ni)
Lyeen guna the real Tudung Bawal Lacey. Betullah orang kata, kalau kau nak sangat kelainan dan bosan dengan fesyen yang ada hari ni, kau jadi designer sendiri untuk tudung kau! Yes, i do it! Sekarang, Lyeen selesa guna Tudung Bawal Lacey sebab boleh tarik lebar untuk lebih labuh. Lyeen guna tudung bawal bidang 45 jer ni. Tapi, boleh tarik dan pusing-pusing bagi lebaq sikit! Lyeen jual dengan harga RM 20.00 hengget je termasuk kos pos. Boleh refer dekat pages kalau berminat. Hahahahhaa. Pages Le Roses Tudung Bawal Terkini untuk godek-godek album.
Nota pink: Sekarang aku bolehlah fokus on tudung-tudung ni. Nnati dah buka semester baru. Semua ni aku tolak tepi. Isk..isk..isk..
Ok bai. Assalamualaikum. 

Selasa, 10 Disember 2013

Anugerah Terindah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Pink.

Ehem-ehem, lama Lyeen tak online. Lama tak update blog. Lama tak up status dekat facebook. Lama tak tweet-tweet dekat twitter. Lama tak bergelumang dengan dunia siber. Hahahahahaha.Rasa macam lama sangat dan rasa macam poyo sangat buat pendahuluan entry macam ni. Sedar tak sedar dah sebulan Lyeen dekat Tawau, Sabah. Seronoknya. Sweetnya. Rasa macam nak jerit-jerit sambil lompat-lompat dan bagitahu satu dunia yang Lyeen tak nak balik KL tu lagi. Plisssss..! Tapi, Lyeen terus tersentak dari lena yang panjang bahawasanya Lyeen kena balik KL juga 1 Januari 2014 nanti untuk habiskan pengajian dua tahun lagi. Lamanya lagi nak study. Susah juga nak jadi cikgu kan? Lyeen harap dapat anak-anak murid yang dengar cakap nanti. Kalau kau tak dengar cakap, aku ikat kau dekat pokok betik. Hahahha, sah aku kena saman dengan mak bapak student!
Abah kata, "Besar sudah anak abah. Kalau kahwin ada anak sudah ni." Okay, aku sentap dengan ayat abah aku. Hahaha, tapi sebenarnya Lyeen pun rasa macam tu. Dulu ya ampun keciknya aku, saiz kasut pun saiz 2 je. Sekarang, kasut dah saiz 6 okay! Cuti ni, hari-hari boleh pakai tudung handmade sebab banyak sangat undangan perkahwinan dari kawan-kawan. Yang sedih tu, kawan-kawan sebaya. Yang dulu main masak-masa sesama. Main kahwin-kahwin sesama. Diorang dah mendirikan masjid masing-masing. Lyeen? Bahan-bahan nak dirikan masjid pun tak nampak lagi. Eh? Hahahha. InsyaAllah, Allah maha mengetahui setiap perancangannya. "Doa-doakanlah diriku.." copy paste lagi Rindukanlah by Encik Mimpi. Eh, lagu blog Lyeen dah tukar kan? Yes, Lyeen sangat-sangat jatuh cinta dengan lagu ni. Best! Penangan drama Playboy Itu Suami Aku dekat TV3. Tetiba rasa Fattah Amin tu handsome. Eh? Hahahhahaha.
Adik Lyeen cun kan? Dia baru Form 1 tapi mak aiiii dah macam Form 6 ghupenyeeee! Sedih, kenapa adik-adik aku lebih matured dari aku? Noooo!! Yes, itulah realiti bila aku jalan dengan mana-mana adik aku. The baby face sangat ke diriku ini? Pergh! Abaikan. Okay, cuti ni memang puas sangat-sangat. Lyeen seronok sangat balik Tawau ni. Rasa macam semua benda-benda sedih yang Lyeen lalui dekat KL tu hilang. Dekat sini, Lyeen ada adik-adik yang selalu buat Lyeen gelak dengan diorang. Biasalah, aku kan kakak. Suka hati aku nak suruh diorang itu ini. Hahahha. We all makan sesama, tengok movie sesama, jalan kat tepi laut sesama. Nikmatnya hidup berkeluarga. Syukur, alhamdullilah sebab Allah SWT berikan kebahagiaan ini dalam keluarga kami. Alhamdullilah.

18 Disember 2013 ni, insyaAllah Abang Adi, abang Lyeen yang dekat Karak, Pahang tu akan datang ke sini untuk bercuti-cuti Malaysia. Bestnya dapat kumpul ramai-ramai nanti dengan anak-anak buah yang dari tahun ke tahun semakin bertambah. Tak sangka juga yang aku dah jadi mak cik kepada lima orang anak buah aku. Ramainya cucu mak aku! Tapi, sedih bila adik Lyeen yang study dekat UIA tu tak dapat balik. Memang cuti kami selalu bercanggah. Bila dia cuti, Lyeen study. Bila Lyeen cuti, dia pulaklah study. Tak sabar nak jumpa dia nanti! Hebatkan Allah bagi perasaan rindu dan kasih sayang dalam diri kita pada saudara kita? SubhanaAllah! Rasa macam takda content je entry kali ni. Hahhahaha. Apapun, hanya satu je kita kena ingat. Keluarga adalah anugerah yang terindah Allah berikan pada kita. Hargainya selagi kita mampu menghargainya! Jangan sampai kita kehilangannya baru kita merasai keistimewaannya.

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 8 Disember 2013

Contest Blog TERcute by Sharina

Assalamualaikum.

Tetiba jumpa contest ni rasa semangat nak join, banner comel sangat. Pink-pink macam cupcakes strawberry. Suka-suka-suka-suka!
Assalamualaikum
Psttt~ Blog Opzzpinky mengajak anda untuk join CONTEST BLOG TERCUTE dengan syarat mudah (Like Fan Page Sponsor SAHAJA), pelbagai hadiah seperti Topup, Duit Cash, Shawl, Keychain, Vcoa, CD, Bookmark, Baju, Mask, Dompet, Inner Bawal, Brooch menanti anda..wahhh !!
6 Dis - 27 Dis 2013
Sebanyak 40++ hadiah untuk dimenangi..mari cuba nasib :)
<klik>
Pemilihan Pemenang berdasarkan Blog Tercute dari like terbanyak di fan page Blog Opzzpinky dan dari sha, Random dan top referrel..
Contest ini dianjurkan oleh Blog Opzzpinky dan disponsor oleh EymasuArol Mubin, Sweetie Cool, Siti AfipahAswa LeylaMira AmirahIma SalsuzaimaAqilah Azmy, Fatin DianaSuzlin Azreena, Rubiey Scarf, Adda Sa'ada, Eca Dwinky, Girang Batisah, Nabila Medan, Alina AyuDiyana Boutique  dan Jual Beli Crocheted

Kat sini juga Lyeen sertakan syarat-syarat penyertaan!
HEADER
HALF BODY 
SIDE BAR
Ok done, nanti pakat ramai-ramai LIKE blog Lyeen eh. Nanti bagi cupcakes percuma banyak-banyak. Hahahhaha *tipu. Ok bai, Assalamualaikum.



Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam
Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Jom join Mini GA yang cun macam Cupcakes! Hadiah menarik menanti anda!

Rabu, 4 Disember 2013

Untuk apa jadi penulis BLOG?

Assalamualaikum Warahamatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Kasih Sayang Cupcakes.

Alhamdullilah, hari ni dah boleh update blog macam biasa bila broadband dah pulih sepenuhnya dari masalahnya. Tapi tetap rasa sengal bila terpaksa dua kali top up! Hilang RM 50.00 macam tu saja. Sedih! Rupanya bukan masalah pada prepaid card tapi masalah pada modem. Nak nangis sambil guling-guling jer bila setiap kali nak update terpaksa refresh balik-balik sampai rasa lebih baik aku berhenti je jadi blogger sambil telan modem! Eh? Hahahaha.
Tapi, saja juga tak nak online sebab Lyeen kena siapkan dan uruskan tempahan tudung-tudung dari customer yang memang meletihkan. Tapi, jujur yang Lyeen suka buat kerja-kerja tu semua. Jahit-jahit. Gunting-gunting. Seriously, i'am happy! Rasa macam semua Lyeen nak jahit-jahit. Tak sangka yang cuti ni Lyeen dapat isi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah disamping menambah simpanan sumber kewangan untuk masa depan. Eh? Yes, Lyeen nak kumpul duit sebab nak melancong ke Paris! Nak panjat Eiffel Tower sampai puncak lepastu pacak bendera Sabah sikit! Yooow! Bak pantun sikit,
Daun raya diatas bukit,
Tempat raja menanam pala,
Impian saya bukan sedikit,
Sebanyak rambut diatas kepala.
Ehem-ehem. Nak sangat-sangat melancong. Kata Mak, orang yang ada tahi lalat kat tapak kaki memang suka berjalan. Lepastu kan, nak bagi makan ikan-ikan dekat tasik sebelah Eiffel Tower tu. Sweetnya. Okay, entry hari ni sebenarnya nak tulis rasa bertuah, terharu, teruja dan rasa tak sangka penulisan entry saya akan membuka mata orang lain. Yes, maybe adakalanya orang yang buka blog Lyeen ni rasa sengal je sebab blog ni macam blog falsafah. Sedih! But, dari awal Lyeen dah bagitahu yang Lyeen tak tetapkan apa-apa niche dalam blog Lyeen. Apa yang Lyeen rasa nak tulis, Lyeen taip. Lyeen share. So, Lyeen hargai sangat-sangat andai apa yang Lyeen kongsikan mampu membantu pembaca blog ni. Sesungguhnya, kita hendaklah saling berpesan-pesan ke arah kebaikan kan? Yang penting nawaitu kita tak lari. Semuanya bermula dari niat yang baik, andai baik niat kita makan baiklah hasilnya!
Nota pink: Blogging bukan setakat suka-suka tapi biarlah apa yang kita tulis itu membawa seribu atu kebaikan kepada pembaca kita. Saidina Ali berpesan, "Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. "
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 1 Disember 2013

Kampung Nenek Saya.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasullulah SAW dan para sahabat.

Ehem-ehem, hari ni Lyeen menaip entry dekat rumah nenek. Tengah hari tadi, jiran sebelah rumah nenek jemput kami satu family untuk datang rumah sebab anak perempuan dia kahwin. Anak Pak Cik Jamal, Pak Cik Jamal tu guru mengaji Lyeen dulu masa tinggal dekat rumah nenek sebelum pindah dekat rumah yang sekarang ni. Dulu mengaji takut sangat dengan Pak Cik Jamal sebab kalau salah dan tak hafal, dia tak akan pindah mana-mana selagi tak dapat. Kau bacalah part tu satu malam sampai hafal. Hahahaha.
Cun kan Mak Lyeen? 48 years old, masih cun dan cantik. Tu sebab Abah aku tak pandang langsung perempuan lain. Setia hingga hujung nyawa. Aamin. Okay, kami gerak dari rumah tadi pukul 11.00 pagi sebab tunggu adik aku lama sangat bersiap. Sungguh! Adik aku yang lewat, aku awal sangat. Sangat-sangat! Hahaha, walhal sebenarnya aku yang paling last masuk kereta. Eh, kejap-kejap. Kau jangan percaya gambar ni. Berlagak je ambik gambar kat tempat duduk pemandu, padahal Abah suruh panaskan enjin kereta je sebenarnya. Sedih! Betapa teringinnya aku nak pusing-pusing bandar Tawau bawa kereta sambil lumba dengan kereta sebelah aku. Eh?
Adik perempuan Lyeen yang ketiga, Marliya. Dia Form 2 tahun 2014 nanti. Dia ni yang bersusah payah pujuk aku supaya buatkan dia facebook. Dan aku mati-mati tak bagi dia buat facebook. Hello, aku dulu pun Form 5 baru ada akaun facebook ok! Hahahhaa. Akhirnya, aku buatkan juga dengan syarat email, password dan username dia semua aku yang buat dan aku tahu. Security okay! Cakaplah aku kakak yang poyo dan mengada, tapi aku taknak adik-adik aku jadi macam aku. Semalam baru habis cuci telinga dorang. "Tak payah mau bercinta. Kalau ada, putuskan! Aku larang bukan sebab aku tak faham tapi aku dah rasa. Tak payah mau cinta-cinta nanti putus baru mau nangis. Jangan ikut bodoh macam aku. Aku cerita untuk pengajaran. Kalau aku tahu kamu bercinta, siap! Nanti sudah dewasa, jumpa juga tu dengan yang betul-betul. Lagipun, tahu kan bercouple tu haram? Jadi, jangan buat. Jangan jadi macam aku, sudah tahu buat jugak. Puihhhh!! Tapi, sekarang aku insaf. I'am single okay..! Tunggu Abah sama Mama ja carikan calon." Lepastu adik-adik aku buat muka sengal dan gelak. Adik-adik aku memang semua cool dan dengar cakap. Aku selalu ingatkan dorang pasal kehidupan. Apa yang aku lalui, aku cerita dekat mereka supaya mereka boleh jadikan pengajaran. Sweet tak kakak macam aku? Hahahaha. 
Siti Nur Sazila Umairah. Anak buah Lyeen, dia anak Abang Aly. Abang kedua selepas Abang Adi. Umur 3 tahun tapi dah macam 30 tahu sebab kuat sangat mengomel, kuat merapu dan kuat berlakon. Mulut dia mak aiiii.....pot-pet-pot-pet-pot-pet macam mulut burung Kakak Tua. Aku suka tanya dia, "Umairah, siapa cantik?" Lepastu dia jawab, "Akulah...!" Budak ni memang berlagak. Kadang-kadang aku suka buat dia menangis tapi dengan aku juga dia minta makan kalau lapar. Bertuah punya anak buah! Okay, maybe Lyeen akan stay dekat rumah nenek dalam seminggu kot sebelum balik KL. Nenek aku punya eksaited okay aku datang sini. Yerlah, nenek aku takdak kawan duk rumah dia ni, bila aku datang mulalah dia nak potong rumputlah, sapu sampahlah dan seangkatan dengannya. Tapi, seronok sebab dekat sini memang terasa suasana kampung bila depan rumah nenek aku ni, ada sungai. Ada pokokpokok kelapa. Ada budak-budak main guli depan rumah petang tadi. Ada anak-anak muda main motor. Ada pakcik-pakcik bawa anak-anak kecik jalan. Ada mak cik-mak cik buat gosip. The real suasana kampung macam dulu-dulu. Serius, i like it!
Nota pink: Ramai jumpa kawan-kawan time kecik-kecik dulu masa majlis kahwin tadi. Semua dah besar-besar. Ada yang dah anak anak pun. Walhal, dulu selalu main sama-sama dekat sungai sampai jatuh. Yer lah dalam 6 ke 7 tahun rasanya tak jumpa selepas pindah ke tempat tinggal sekarang ni. Bila jumpa, semua buat muka malu-malu kucing. Senyum-senyum ingat dulu kecik-kecik pernah main kahwin-kahwin. Hahahahhaa! Seronok sangat balik kampung nenek ni. Teringat dulu zaman kecik-ekcik. Zaman comel-comel. U olls ada kampung halaman yang memang the real kampung? Best tak? InsyaAllah, nanti Lyeen share gambar-gambar suasana kampung nenek Lyeen.
Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 28 November 2013

Impian vs Kenyataan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
Sumber: Google
Cun kan belon-belon ni? Dulu kecik-kecik Lyeen suka main belon sampai tahap Lyeen jadi wakil Tabika untuk acara tiup, lari, duduk dan pecah belon. Hebatnya aku main belon! Tapi, sekarang nak tiup belon pun Lyeen tak nak sebab kadar ketakutan terhadap nisbah belon tu nak meletup dah bertambah.  Ok, see the sweet quotes. Yes, perlahan-lahan rasa sedih sebab perasaan teraniaya itu semakin boleh dilupakan. Semakin luput even masih ada parut yang bernanah. Takpa, kekecewaan ajar kita tentang sabar.

Dulu kecik-kecik, Lyeen selalu berangan nak jadi orang paling bahagia dalam dunia. Dulu kan, Lyeen suka berlakon depan cermin, kadang-kadang jadi tuan puteri, kadang-kadang jadi pembantu rumah, kadang-kadang jadi adik, jadi raja, jadi beruang. Memang Mak cakap, Lyeen memang budak yang suka berlakon depan cermin. I mean, cakap sorang-sorang depan cermin like ada someone yang tengah bercakap dengan Lyeen saat tu. Oh....=_= sengalnya aku. Hahahaha

Naik remaja, Lyeen suka sangat hias rumah. Bilik Lyeen dengan adik-adik kan share. So, Lyeen suka hias-hias sampai adik-adik cakap, "bilik kita ni macam pelamin pun ada..." Pun boleh! Tapi sekarang bilik tu dah tak ada rupa pelamin sebab Lyeen kan duduk KL. Bilik dah berubah habis. Sebab dulu, Lyeen berangan-angan nak jadi Mak Andam, nak ada butik sendiri. Dulu, Lyeen suka make up adik-adik sepupu. Sampai Mak marah bila semua kain-kain dalam rumah bersepah. Selimut Mak buat jadi veil. Kain batik Mak buat jadi gaun pengantin. Lepastu ambil cucuk sanggul nenek untuk buat crown. Sweetnya saat tu. Lyeen jadi pengantin perempuan, adik jadi pengantin lelaki. Esok, tukar pulak. Tapi, paling tak adil bila hari-hari Lyeen yang akan jadi permaisuri. Tamaknya aku, selalu nak jadi watak utama! Hahahaha
Sumber: Google
Now, dah dewasa. Dah 21 tahun. Impian Lyeen nak jadi pengundi dah tercapai. Eh? Yes, masa kecik-kecik dulu teringin sangat nak mengundi. Kau hado? Hahahaha. Erm, sekarang semua dah lain. Sekarang ialah kenyataan, tak boleh main-main dah sebab bila dah dewasa ni kan, Lyeen kena serius sebab takleh dah nak berlakon macam dulu-dulu sebab hidup ni kenyataan yang kita perlu lalui. Pergh, ayat! Lyeen kena terima kenyataan bahawa Lyeen adalah pelajar pendidikan yang kena tamatkan belajar dalam tempoh dua tahun lagi. Tak sabar sangat nak habis study. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan semua kenangan dekat sini laju-laju. Nak jadi cikgu laju-laju. Nak jadi best student. Aamin! Nak jadi orang paling tabah! Aamin! Nak buka butik. Aamin! Impian itu perlu untuk kita jadikan bekalan ketika berdepan dengan kenyataan. Yes! Tak salah nak pasang angan-angan tapi pastikan ada usaha. Kalau takdak, sila berhenti berangan nanti jatuh, sangat sakit.  Sebab Lyeen dah rasa bila pasang angan-angan tinggi melangit, ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.
Nota pink: Impian suatu yang kita kejar dan kenyataan yang perlu untuk kita depani. Sekarang, Lyeen sibuk dengan bisnes online Lyeen. Busy buat novel baru dan busy nak makan-makan. Ok bai.
Assalamualaikum.

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cantik-cantik.
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 
Jom dapatkannya sekarang...
Official Websitewww.oceanlife2u.comFanpagewww.facebook.com/oceanlife2uTwitterhttps://twitter.com/Ephyra2uInstagram : ephyra2uTelefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Ok bai. Assalamualiakum..!

Rabu, 27 November 2013

Wordless Wednesday: Weak & Lost

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam semanis cupcakes cokelet. Ehem, hari ni Lyeen takda benda nak taip sangat tapi Lyeen ada sesuatu untuk kongsikan dalam entry hari ni.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ اَهْلِ الصَّبْرِ عَلَى الْبَلَاء وَالرِّضَا بِالْقَضَاءِ
"Ya Allah, jadikanlah Kami orang yang selalu bersabar atas cubaan-Mu, dan selalu redha dan ikhlas menerima ketetapan-Mu"
Ok bai. Assalamualaikum.

Sakit Hati.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Cupcakes. Salam ukhwah. Salam Kasih Sayang.

Baca title post jangan emo. Hahahaa. Okay, time Lyeen menjelajah alam maya tadi, ternampak satu status dekat page "Aku Islam" . Lyeen terjumpa sesuatu yang berjaya buat Lyeen berfikir sejenak.
Ye, walau sakit macam mana pun hati kita. 
walau terasa macam mana pun. 
walau terluka macam mana pun.
Jangan tunjuk akhlak yang buruk.
Jangan simpan dendam dalam hati, rosak hati tu nnt. 
Hati bukan tempat utk menyimpan perkara-perkara tak enak mcm tu..
Lupakanlah, itu lebih membawa pada ketenangan.
Lupakanlah. Moga ada maaf untuk hari esok.
Lupakanlah. Doakan saja agar dia tersedar atas perbuatannya suatu hari nanti. 

Kita bukan hakim yg adil, tapi Allah sebaik-baik hakim.

— Ruqaiyah Yusof
Lyeen tertarik pada quotes ini  sebab terasa macam kena je dekat jalan cerita. Ehem-ehem. Bila kita sakit hati, memang kita akan rasa terluka sangat-sangat-sangat-sangat kan. Kalau boleh nak menangis dan nak marah semua orang sebab kenapa benda yang menyedihkan dan menyakitkan jadi kat diri kita. Kan? Kan?  Tapi, benarlah bahawa sesungguhnya kemaafan itu adalah perkara terbaik. Hati kita terlalu unik dan istimewa untuk kita isi dengan perkara-perkara tak baik. Husnuzon dalam semua perkara. Pelihara hati kita dari benda-benda tak baik. Yes, Lyeen sedang melatih diri ke arah itu. Bersyukur kerana diberi ujian yang sangat hebat dan menyakitkan kerana yang menyakitkan itulah yang banyak mengajar kita. Kan? Ehem-ehem.
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas."( Hadis Riwayat Baihaqi ). Semoga Lyeen dijauhkan dari penyakit hati ini dna juga semua orang. Aamin. Semua orang pasti akan merasai kecewa, pernah sedih hingga merasa merekalah paling derita. Tapi, marilah kita pujuk sama-sama hati yang terluka itu untuk tersenyum dan bergembira lagi. Kalau terasa diri ini masih lagi bersedih, letakkan tangan didada dan pandanglah langit kemudian katakan, "Allah sentiasa ada dimana-mana untuk aku." Trust me, akan ada sebuah senyuman paling manis yang awak hadiahkan untuk diri awak. Like that  ^_^ Siapa lagi nak pujuk diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan? Kalau Lyeen pujuk diri sendiri Lyeen suka makan, makan dan makan sampai rasa tak mampu dah makan. Makan adalah terapi terbaik..:p
Ok, sekian tazkirah pagi buta ini. Assalamualaikum.

Selasa, 26 November 2013

Risiko bila pakai kaca mata.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam manis-manis sambil kenyit-kenyit mata.

Dalam sehari bila tak update blog ni rasa macam tak complete. Walaupun dah rasa lewat sangat tapi Lyeen tetap gagahkan jari jemari untuk menari-nari diatas papan kekunci. Tap! Tap! Tap *sound ffect. Buat kesekian kalinya, Lyeen terpaksa juga ambil kaca mata dari dalam handbag sebab mata memang dah tak boleh nak tahan sakit nak fokus. Sesungguhnya, bersimpatilah kalian pada manusia yang rabun lagi silau.
Yes, the real rabunnes and silauness! Sebenarnya, Aida pun rabun tapi dia buat-buat tak rabun. Ok bai. Kami selalu tukar-tukar spek bila bosan.
Lyeen menyesal sebab tak pandai jaga mata sejak kecil. Kalau dulu kan Lyeen teringin sangat nak pakai spek, sebab bila pakai spek ni rasa mereka-mereka ni nampak matured, nampak bijak, nampak macam orang hebatlah. Then, bila aku melalui sendiri rasa pakai spek tu. Sungguh, sesal bertimpa-timpa bila aku hanya mampu rasa 'terkilan' saat kawan-kawan aku duduk belakang dekat dewan kuliah. Aku? Jadi student paling baik hati dan berwibawa bila terpaksa duduk depan yang paling depan sajaaaaa. Terpaksa duduk depan sebab bila duduk belakang tak nampak apa pun yang lecturer tunjuk. Sedih. Sangat sedih.

Dulu, Lyeen tak seteruk ni sebab masih boleh guna spek yang biasa-biasa saja. Tapi, ni dah tukar spek kali yang kedua sebab tahap kerabunan dah bertambah. Serius, rimas sangat nak guna spek ni. Rasa macam jadi masalah pulak nak pakai. Kau jangan suruh aku guna contact lens, sumpah sampai mati aku tak nak pakai! Lagi satu bila rabun jauh macam aku ni, selalu tak nampak orang lain. Lepastu, mulalah orang cakap kau sombong walhal memang kau tu tak nampak. Lagi-lagi orang yang malas pakai spek macam aku kecuali time kuliah dan nak baca buku. Ceh, baca buku tu..;p

Punca-punca aku rabun dan silau. Pertama, kecik-kecik dulu aku sangat suka tengok TV dekat-dekat sampai tahap aku nak cium TV. Family selalu tegur aku tapi usaha mereka seperti mencurah air ke daun keladi sebab aku buat dunno je. Kedua, dulu aku kaki novel sampai pukul 4 hingga 5 pagi aku sanggup berjaga untuk habiskan sebuah novel.  Ketiga, dulu Lyeen ke sekolah jalan kaki saja. Di Sabah ni sekolah kebanyakannya dua sesi, so bayangkan sajalah bila nak balik tengah hari tu pukul 12.40 tengah hari. Panas mencurah-curah, sampai berair-air mata jalan balik ke rumah. Dan punca terakhir, aku rasa sebab nawaitu aku dari kecik memang nak sangat pakai spek dan hari ni, padan muka aku bila aku TERPAKSA pakai spek untuk membantu mata aku mengecam benda dengan baik dan tepat!
Yes, memang aku rasa aku matured sangat 100x bila pakai spek! Eh?
Tapi, bak kata orang bila nasi dah jadi bubur apa boleh buat apa dah. Macam tu juga aku yang terpaksa juga guna spek untuk bantu kualiti penglihatan. Alhamdullilah, Allah masih pinjamkan nikmat ini untuk melihat semua keindahan ciptaan-Nya. Syukur, alhamdullilah. Sesungguhnya, masih ramai yang kurang bernasib baik dekat luar sana dari kita. Syukur, syukur, syukur! So, take note buat mereka yang masih memiliki sepasang mata yang sihat walafiat, jaga dan peliharanya sebaik mungkin. Banyakkan memandang benda-benda yang baik, yang memberi keinsafan pada diri kita untuk terus mencari keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya, semua yang kita miliki pada hari ini adalah pinjaman semata dari Allah SWT, maka kita gunakan sebaiknya dan niat hanya kerana DIA.

Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...