Ahad, 31 Mac 2013

Entry Paling Express!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Coklat.

Hai u olls. Alhamdullilah, boleh lagi update blog. Alhamdullilah juga esok dah start kuliah. Cuti dah habis u olls. Rasa macam cepat jer masa berlalu. Tup-tup-tup-tap..Dah habis cuti dna esok kuliah dah mula dan assignment kena submit. Syukur juga sebab assignment Lyeen dah siap. Boleh senyum panjang lebar. Bahagianya hidup aku!


Nota Pink:  Hari ni prepare dah siap-siap untuk kuliah esok. Esok nak start kuliah dengan semangat berkobar-kobar dan membara. Sebab assignment dah siap! Hoyehhhh! Sesungguhnya berbahagialah anda saat kepala hotak dah free dari fikirkan soal assignment! Yeah!Yeah!Yeah!

Ok bai. Assalamualaikum. 

Sabtu, 30 Mac 2013

Tudung Bawal Tribal 2013

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Yam.

Sekarang dah macam trend kan nak pakai apa-apa jenis nak dengan corak TRIBAL. First Lyeen tak suka tengok corak tribal ni. Tapi, tiba-tiba jatuh cinta dengan tribal ni. Bila godek-godek jarang jumpa corak tribal ni dengan tudung bawal. Majoritinya banyak yang dalam bentuk shawl. Tapi, hari tu  search banyak-banyak akhirnya jumpa jugak Tudung Bawal Tribal.


Cantik kan? Taklah bosan asyik guna Tudung Bawal Plain kan? Sesekali kita guna Tudung Bawal Tribal yang super duper cantik ni.


Credit pic: QOMA Boutique

Lyeen ada beli satu Tudung Bawal Tribal ni warna hitam. Kain memang okay juga. Mudah nak guna. Dan paling penting tak perlu risau sebab Tudung Bawla Tribal ni material kain dia tebal tapi sejuk. Tak nipis macam Tudung Bawal Plain. Tak perlu nak pakai inner neck. Kan?

Kalau u olls nak order Tudung Bawal Tribal ni u oll boleh terus make order ke Butik Online ni. Sebab Tudung Bawal Tribal ni limited. Banyak yang dah sold out. Harga pun sangat reasonable dengan kualiti kain u olls.


Ok. Selamat ber'Tribal'. Kecantikan abadi terbit dari kecantikan hati. Seehhh..Ahaks! Lyeen takdak jual Tribal Bawal secara runcit ni tapi kalau nak borong boleh PM Lyeen kat PAGES ok. 

Nota pink: Hari tu ada call En.PC minta tolong beli Tudung bawal Tribal kat Langkawi. Lepastu dia boleh cakap, "Kat Langkawi coklat banyaklah..". Bila sampai KL, Lyeen tanya dia, "Awak kata apa kat mak cik jual tudung tu?" Lepastu En.PC kata, "Saya cakap Tudung Tribal ada tak? Lepastu makcik tu kata dia tak tahu."... Apa yang peliknya, bila sampai kat Times Square ada shawl Tribal kat kedai tu. En.PC boleh cakap macam ni.."Alah, berlambak kat Langkawi...!". Lyeen tengok dia dengan pantasnya..."Eh, awak kata tadi takda!". Dengan muka cool dia boleh jawab "Memang banyak..." Lepastu dia boleh gelak-gelak sakan. Strees! Nampak sangat tak nak beli tudung. Malu lewtewww!

Ok bai.Assalamualaikum. 

Rabu, 27 Mac 2013

Maafkan Aku – Capital S


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Red Velvet.

U olls. Hari ni Lyeen nak forward satu sajak khas yang dinukilkan khas oleh classmates Lyeen untuk seseorang. HAHA. Sweet jer diorang ni. Mohon yang baca entry ni sama-sama doakan kebahagiaan classmates saya dengan gadis pilihannya. Aamin. Dan, capital S semoga kamu sentiasa tersenyum untuk classmates saya..:)

Maafkan Aku – Capital S
Maafkan aku kerana menganggu hidup-mu,
Maafkan aku kerana membelenggu lena tidur-mu,
Maafkan aku kerana cuba hadir dalam hidup-mu,
Maafkan aku kerana cuba meraih cinta-mu,
Maafkan aku kerana jatuh cinta kepada-mu,
Maafkan aku kerana merindui diri-mu,
Maafkan aku kerana cuba mengulangi kisah silam-mu,
Maafkan aku kerana melukis luka hati-mu,
Maafkan aku kerana gagal menjaga-mu,
Maafkan aku kerana aku bukan terbaik untuk-mu,
Maafkan aku kerana cuba menjadi pengantinya,
Maafkan aku atas semua itu,
Aku sedar tanpa diri-ku,
Diri-mu akan lebih bahagia. J 

Nukilan :Saudara Mohd Izzat Illham bin Mustapha 

Nota pink: Untuk classmates saya. Allah maha mendengar segala-galanya. Semoga kebahagiaan milik kalian. Doa senjata mukmin. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan rakan-rakan saya. Semoga capital S itu adalah pemilik hati classmates saya. Ahaks..! Kalau diorang ada jodoh. Kita hantar cupcakes 30 biji. Aamin.Aamin.Aamin..:) Habislah aku kena sepak Isnin nanti. HAHA.

Ok bye. Assalamualaikum.

Selasa, 26 Mac 2013

Cupcakes Red Velvet with Cream Cheese ♥

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cream Cheese 

Hye awak-awak semua. Hari ni Lyeen nak share dengan u olls resepi nak buat cupcakes yang super duper sedap dan mengasyikkan serta menyelerakan. Eh? HAHA. Actually, ni adalah first trial Lyeen buat Cupcakes. Sebleum ni tak pernah buat pun. Hanya beli kat kedai orang. Tapi, beli pun tak makan sebab tak sanggup nak makan sebab comel sangat..T_T.

So, hari ni bagi siapa-siapa nak cuba. Bolehlah study resepi ni okay. Mudah aje! Lyeen beli barang-barang ni kat Mentakab sebab kebetulan Lyeen menghabiskan baucer buku kat sana hari tu. Best sangat! First time juga pergi Mentakab Star Mall tu memang besar dan penat u olls nak jalan-jalan. Lagi-lagi bawa budak-budak ni. Penat Lyeen nak kejar dorang. Dengan belon Upin & Ipin bagai. Terasa diri ini pengasuh sepenuh masa saat itu.



Ok, takmau cerita banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahan. So, u olls bahan-bahan nak buat Cupcakes Red Velvet.

BAHAN-BAHAN (KEK)



♥  2 1/2 cawan Tepung berserbuk penaik sendiri. (Tepung kek). Kalau takda u olls boleh guna tepung gandum biasa dan ayakkan bersama serbuk penaik.
♥ 1 1/2 cawan gula kastor.
♥ 2 biji telur gred A
♥ 1/2 cawan mentega tanpa garam. (Lyeen guna Buttercup)
♥ 2 sudu besar serbuk koko.
♥ 1 sudu pewarna merah. (Pewarna ceri akan hasilkan warna yang lebih cantik)
♥  1 sudu kecil perasa vanilla.
♥ 1 cawan buttermilk.
♥  1 sudu kecil serbuk bikarbonat.
♥ 1 sudu kecil cuka.
* Cara nak buat Buttermilk : 1 cawan susu kotak full cream (Lyeen guna susu Dutch Lady Full Cream) dikacau rata bersama 1 sudu cuka. Adunan ini disediakan sebelum anda mulakan adunan kek. Sebab dia nak biar lama sikit. Dalam 15 ke 20 minit. 

*Cara nak buat Pes Velvet:  2 sudu besar serbuk koko dikacau rata bersama 1 sudu kecil pewarna merah. Campur sedikit  Susu Full Cream untuk memudahkan adunan. Kacau sehingga kesemua campuran menjadi pes. Kalau nak kek lebih lembap lebihkan susu.

CARA MEMBUATNYA





♥  Adun Butter bersama gula kastor hingga adunan menjadi warna putih krim. (Gambar 6)
♥ Setelah itu masukkan telur sebiji demi sebiji.
♥ Kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan Pes Velvet. (Gambar 8)
♥  Masukkan tepung dan buttermilk. Letakkan tepung dan buttermilik bergilir-gilir yang  dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. (Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung)
♥ Setelah adunan rata. Ambil 1 sudu serbuk bikarbonat dan campurkan serbuk bikarbonat dengan 1 sudu cuka. Pastikan serbuk penaik  berbuih terlebih dahulu sebelum dicampur kedalam adunan kek.
♥ Gaul lagi hingga rata.
CARA MELETAK ADUNAN KEDALAM CUP



♥ Susun cawan jarak-jarak agar kek tidak melekat apabila dimasak. Kerana kek akan mengembang.
♥ Isi adunan 1/2 daripada isipadu cup.
♥ Masukkan kedalam ketuhar dengan suhu 130 - 180 selama 15 - 20 minit. (Bergantung kepada saiz cawan yang digunakan.)
♥ Apabila sudah masak biarkan seketika sebelum diletakkan Cream Cheese.

CARA MEMBUAT CREAM CHEESE



Bahan-bahan dan cara membuatnya.
♥ 2 buku Cream Cheese
♥ 2 cawan gula aising
♥ 1/2 cawan Buttercup
♥ 1 sudu kecil perasa vanilla.
♥ Sediakan 2 buku Cream Cheese. (Lyeen guna jenama Philadephia dari Kraft) sebab rasanya smooth san memang sedap!
♥  Gaul 2 buah buku cream dengan 1/2 cawan Buttercup.
♥ Setelah adunan menjadi rata dan berwarna puth krim campurkan dengan 2 cawan gula aising.
♥ Adun lagi dan campurkan dengan 1 sudu perasa vanilla.
♥Adun sehingga adunan menjadi lembut dan ringan.
♥ Letakkan cream diatas cupcakes yang telah sejuk. Pastikan kek telah sejuk sebelum diletakkan cream. Jika tidak cream akan mencair.

 

Taraaaaaaaa!
Cupcakes Lyeen dah siap..♥
Even, kek yang pertama masuk oven tu terbakar sikit. HAHA. 
Lepastu Lyeen belajar dari kegagalan. HAHA.

NOTA PINK : Lepas ni nak study macamana nak tulis-tulis and ukir-ukir atas cupcakes walaupun hakikatnya aku tahu aku takda seni dalam bidang itu. HAHA. Lyeen dapat buat cupcakes semalam dalam 53 biji. Sedap u olls. HAHHA. Puji diri sendiri.;p..Kejap lagi Lyeen hantar satu-satu cupcakes kat u olls ok.
Awak! Awak..Boleh tak tolong LIKE gambar header Lyeen kat SINI. Plisssss...:D
Terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak. Nah, cupcakes 5 biji..:P

Ok bai. Assalamualaikum.


Laporan PBS bersama Nada Cinta.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet.

Ambik kau. Tajuk entry macam tajuk Filem. HAHA. U olls! Lyeen kembali menaip dengan laporan penuh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Tapi, bagi bakal-bakal guru pelatih yang mendaftar program PISMP tu. Mohon u olls jangan tiru habit Lyeen yang perasan muka fotogenik ni! HAHA. Aku rasa gambar aku lagi banyak berbanding gambar nak buat laporan. Huh!


Seperti biasa hari Khamis pakai baju batik. Sekali lagi  barangsiapa nak TUDUNG BAWAL ROSES inbox Lyeen okay. Ahaks!


Time ni kan we olls nak tengok cara guru PJ laksanakan PdP. Kami buat laporan untuk tahap 1. So, we olls pilih untuk Tahun 1 dan Tahun 2 time ni. U olls tahulah kalau tahap 1. Aktifnya, masya-Allah! Memang sukar dikawal. Kau suruh lompat sekali. Dia lompat sepuluh kali. Tapi, memang best. Dan kat sini juga ada student tanya..
"Cikgu, Cikgu ni orang Indon ke?"
"Kenapa awak cakap Cikgu Indon pulak?"
"R cikgu pekat sangat.."
"Cikgu orang Sabah lah!"
"Oooo"

Free-free aku jadi orang Indon. Ni yang susah bila hantar cikgu-cikgu jati Sabah kat Semenanjung ni. HAHA. Tapi, Lyeen suka. Lyeen suka orang semenanjung..:) 


Hadi.
Student paling handsome. Tahun 1 Pintar. Budak ni pendeklah sangat. Tapi, mulut dia memang takleh berhenti. Lyeen masuk kelas dia sebab ada kelas relief. Time tu kelas Pendidikan Seni. Mereka kena buat topeng.
"Kenapa mata dia warna merah?"
"Yang ni butang merah. Kalau Cikgu tekan dia akan bawa Cikgu ke mana sahaja Cikgu nak"
"Warna ungu ni?"
"Warna ungu ni, bila Cikgu makan. Kalau Cikgu tekan. Makan tak akan sepah-sepah."
"Hijau?"
"Bila Cikgu tekan butang hijau, Cikgu akan jadi halimunan"
"Pulak dah. Kenapa banyak sangat butang?"
"Ultraman perlukan butang ni untu bergerak pantas Cikgu.."

Dalam hati.."Khayalan semata-mata dak kecik ni!" Tapi, serba canggih. Kadang-kadang bila kita tak dapat kawal dunia budak-budak ni. Mereka boleh blame kita semula. Mereka akan kata.."La, ini pun Cikgu tak tahu?" Sebab tu lecturer selalu pesan. "Cikgu kena tahu semua!"


Lyeen rasa, Lyeen adalah manusia paling tak faham perasaan sendiri hari Jumaat lepas. Sebab, bila loceng terakhir bunyi jer. Hati Lyeen rasa dup-dap-dup-dap. First, sedih tinggalkan budak-budak tu. Kedua, bahagia sebab dah habis PBS. Susah u olls nak jadi Cikgu..Kena cekal jiwa dan raga.

Sebelum balik, Lyeen dengan dak Suri tu masuk kelas Tahun 4. Sampai kelas je time tu baru habis waktu rehat. Ramai lagi tak masuk. Tiba-tiba ada dua tiga dak perempuan.
"Cikgu, sinilah"
"Kenapa?"
"Tadi kan, kawan saya cakap muka Cikgu sama dengan Nada Cinta"
"Siapa tu?"
"Si Nada."
"???"

Lepastu, yang sorang kat belakang lagi panggil.
"Cikgu!"
"Yer?"
"Cikgu tengok ni.."
Sambil tu dia keluarkan gambar yang berjuta-juta lemon banyaknya.
"Siapa ni?"
"Si Nada. Samakan dengan Cikgu..?"
Tengok kejap..Aikk?
"Yer ker?"

Balik rumah terus search "NADA CINTA"


Jumpa ni.
NADA CINTA
Saya lagi cool!
HAHA. 
Sumpah tak sama!

Apapun SK. Karak memang terbaik. Gemilang! Tak tahu nak cerita sebab terlalu banyak pengalaman sepanjang ada kat sekolah tu. Tu baru seminggu u olls! Tapi, dah cukup buat Lyeen rasa betapa besarnya tanggungjawab nak jadi Cikgu.

NOTA PINK : Time PBS bolehlah nak fotogenik sangat. Kalau dah Praktikum. Rasanya kamera pun tak reti nak guna. Tu sebab pulun memory dalam kamera. Bukan selalu pun. Sekali untuk satu semester. HAHA.

Ok bai. Assalamualaikum. 


Sabtu, 23 Mac 2013

MINI GIVEAWAY AISYAH HUMAIRA'

Assalamualaikum Niera..:)
Salam Cupcakes paling comel dalma dunia..:)

Penat Lyeen tunggu GA ni. Tapi, takpa, jawab call dari suami tercinta itu wajib.
So sweet Niera..:)
# tiba-tiba terasa macam nak kahwin. Eh?#


Sesiapa nak join. Mohon klik banner!

Semoga diriku tergolong dalam kalangan mereka yang suka mem'promote'.
Sedih sebab tak dapat jadi sebahagian dari sponsor-sponsor itu.

Good luck untuk smeua yang join!

Assalamualaikum.


Peplum & Baju Pengantin 2013

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes bersusun-susun.

Hari ni Lyeen dah jatuh cinta dnegan satu pages butik yang super duper awesome u olls!
Takmau taip panjang lebaq. Meh kita cuci mata sambil buat jiwa kita meronta-ronta nak baju macam ni!

Sesuai sangat untuk majlis akad nikah.
Putih itu suci.
Putih itu sweet..
Baju kurung moden.


Pink memang comel!
Buat ni untuk baju sanding.
Dengan lampu neon..okey!


Baju ni untuk baju bertandang ke rumah mak mertua.
Ok. Confirm mak mertua sayang ketat-ketat.
HAHA.


Ni nak pakai majlis bertunang pun cantik.
Peplum yang ada ekor-ekor.
Sangat cantik!


Lyeen cop baju ni untuk majlis tunang boleh?
Tapi kapan?
HAHA. Lyeen memang jatuh cinta berkali-kali dengan peplum ni. Kemas sangat. Tambah pulak ada lace baby pink. Tahukah anda Lyeen peminat tegar seluruh dunia lace-lace ni. Lain kali nak cuba buat cupcakes lace. Eh?

Lagi sesuai untuk mereka yang nak bertunang or kahwin musim cuti ni. Untuk baju raya pun sangat ok. Mesti u olls adalah diantara mereka yang sangat elegen dan mempesonakan!
Tahun ni kita dapat lihat warna tema lebih kepada baby pink, baby blue dan torqoise kan? Lebih kepada pastel colour sebab nampak sweet, smooth dan cool.

So, apa tunggu lagi jum ke Pages QAMRAA BOUTIQUE.
U olls pasti tak menang mata nak tengok.
Harga pun berpatutan.
Harga mampu milik!

Nak tengok tudung-tudung yang sesuai untuk majlis-majlis? Jom KLIK SINI

"Kecantikan dan keanggunan akan kekal abadi bermula dari hati setiap wanita."

Ok bai. Assalamualaikum.

Segmen Template Siapa Paling Cantik

Assalamualaikum.
Salam Cupcakes!


Jom join!

Template paling sweet adalah template yanga da cupcakes. HAHAH.eh. Eh.eh..!

Ok bai. Assalamualaikum.

The 2nd Simple Giveaway By Mimi

Assalamualaikum.
Salam cupcakes!


Klik banner!


Mega Topup Giveaway by Incik B & SS

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Coklat.


Klik Banner!



CONTEST HEADER PALING SEMPOI 2013 BY NABILA MEDAN

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Orange.


Klik banner kalau nak join okies?


Header Lyeen memang manis maca cupcakes kan?
Pliss iya kan aje...:p

"KEMANISAN HIDUP MILIK MEREKA YANG PERCAYA PADA KEMANISAN CUPCAKES!"

Ok bai. Assalamualaikum.






"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Hazelnut.


Penaja baik hati..:)
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan


Rakan Tagging..:)

Ok bai. Assalamualaikum.



Segmen Sabtu by Pn.Qaleshya & Emas Putih

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cherry.
Hari ni nak buat segmen simple yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menambah follower, meningkatkan pageview, dan lain-lain.. Caranya simple. Dijemput semua join segmen ini.



Syarat

1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu by Pn.Qaleshya & Emas Putih

2. Follow blog ini dan blog Emas Putih

3. Like fanpage ini Permata_Hati

4. Copy paste code entry di dalam di bawah ke ruangan HTML post.

Cara nak copy paste coding entry 1. Klik Html , 2. Copy paste coding 3. Tekan compose, Publish


Copypaste coding entry dicetuskan oleh Mialiana.comhttp://www.mialiana.com

5. Done? Hantarkan link anda ke ruangan komen.

Tarikh Segmen bermula 23 Mac 2013/3 Petang sehingga 24 Mac 2013/11:59 malam
HadiahTop up RM10 x 1Top Referral Top up RM5 x 5 blogger bertuah by random
Segmen Sabtu ini dicetuskan bersama oleh Puan Qalesyha dan Emas Putih
Mudah kan? Sambil bersegmen sambil peluang menang topup. Tak rugi pun join.
Siap tahu tuah anda. Di jemput join semua. Jangan lupa ping entry anda untuk merebut peluang menjadi
top referral. Semoga segmen ini mengeratkan hubungan sesama blogger.
Salam sayang dari Puan Qalesya dan Emas Putih .
Assalamualaikum :)




Jumaat, 22 Mac 2013

Tamat.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Blueberry.


"Alhamdullilah, semuanya berlangsung dengan sangat baik...
Semoga Allah SWT merahmati perjuangan ini. Aamin.."



Rabu, 20 Mac 2013

MY CAREER PHOTO CONTEST

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Coklat Susu.

Alhamdullilah, entry hari ni Lyeen mulakan dengan join contest Cikgu Fik.  Yeah..! Tadi tengah blogwalking terjumpa satu contest yang super duper hebat ni. Macam tahu-tahu jer Lyeen tengah buat PBS sekarang dan tahu jer la bila buat PBS memang bersepahlah gambar kan.


Sebelum tu, kita letak banner dulu. Kalau u olls rasa nak join, sila klik banner.

 

Saya bakal cikgu. Cikgu Lyeen. Ahaks!

Okay. Lyeen mempunyai karier sebagai seorang guru pelatih. Sekarang Lyeen dalam Program Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk Fasa yang ketiga. Hari ni lah. Hari ni dah masuk tiga hari kat Sekolah Kebangsaan Karak, Pahang. First time buat PBS dekat sekolah area semenanjung sebab kan u olls sebelum ni yakni Fasa Pertama dan Fasa Kedua Lyeen buat dekat Sabah.

Nak cerita pasal pengalaman tu, memang sangat hebat. Ada orang kata "Alah, awal-awal ni memang awak sukalah jumpa bebudak. Comel bagai. Tengok dah lima ke enam tahun nanti. Memang dah malas nak ngajarnya pun". Erm, tak suka. Tak suka dengan statement macam ni. Sepatutnya, mereka kena beri motivasi dekat bakal-bakal guru macam we olls ni untuk lebih  bersemangat nak ngajarnya pun. Bagi Lyeen maybe juga kita akan rasa perasaan macam tu one day. Tapi, harap-harap Lyeen dijauhkanlah dari perasaan bosan untuk mendidik. Sebab kita dilatih dan dididik untuk mendidik. Takmau aihh bosan-bosan.

"Kita memegang etika kerja. Kita juga telah berikrar. Gandakan hasil dan pembangunan. Berkhidmat bakti berjasa!" - Petikan Lagu Perkhidmatan Awam.

See. Semoga diriku ini dijauhkan dari sifat-sifat tak baik. Sifat bosan untuk mengajar. Semoga semangat yang ada hari ini akan terus mekar, subur sampai kapan pun. HAHA.

Ok bai. Assalamualaikum.



Selasa, 19 Mac 2013

Cara Memohon Atas Talian PISMP


Assalamualaikum.
Salam Cupcakes.

Berminat nak jadi cikgu? Yeah..

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang 
berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan 
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman 
sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 
2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi 
mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta 
kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar
sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan 
menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)


NOTA PINK : Silalah isi borang dan doa-doa dapat IPG Kampus Bahasa Melayu. Sesungguhnya IPG tempat lyeen study sekarang adalah IPG yang sweet. We olls ada bangunan baharu u olls.!

Ok bai. Assalamualaikum.

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan April & Mei by Cik Anna

Assalamualaikum.
Salam Cupcakes.


Klik Banner untuk join.

Hye tuan segmen, Lyeen datang support awak.



JOM TUKAR LINK.

Assalamualaikum.
Salam Cupcakes Strawberry.
\

Klik banner.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...