Khamis, 28 November 2013

Impian vs Kenyataan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
Sumber: Google
Cun kan belon-belon ni? Dulu kecik-kecik Lyeen suka main belon sampai tahap Lyeen jadi wakil Tabika untuk acara tiup, lari, duduk dan pecah belon. Hebatnya aku main belon! Tapi, sekarang nak tiup belon pun Lyeen tak nak sebab kadar ketakutan terhadap nisbah belon tu nak meletup dah bertambah.  Ok, see the sweet quotes. Yes, perlahan-lahan rasa sedih sebab perasaan teraniaya itu semakin boleh dilupakan. Semakin luput even masih ada parut yang bernanah. Takpa, kekecewaan ajar kita tentang sabar.

Dulu kecik-kecik, Lyeen selalu berangan nak jadi orang paling bahagia dalam dunia. Dulu kan, Lyeen suka berlakon depan cermin, kadang-kadang jadi tuan puteri, kadang-kadang jadi pembantu rumah, kadang-kadang jadi adik, jadi raja, jadi beruang. Memang Mak cakap, Lyeen memang budak yang suka berlakon depan cermin. I mean, cakap sorang-sorang depan cermin like ada someone yang tengah bercakap dengan Lyeen saat tu. Oh....=_= sengalnya aku. Hahahaha

Naik remaja, Lyeen suka sangat hias rumah. Bilik Lyeen dengan adik-adik kan share. So, Lyeen suka hias-hias sampai adik-adik cakap, "bilik kita ni macam pelamin pun ada..." Pun boleh! Tapi sekarang bilik tu dah tak ada rupa pelamin sebab Lyeen kan duduk KL. Bilik dah berubah habis. Sebab dulu, Lyeen berangan-angan nak jadi Mak Andam, nak ada butik sendiri. Dulu, Lyeen suka make up adik-adik sepupu. Sampai Mak marah bila semua kain-kain dalam rumah bersepah. Selimut Mak buat jadi veil. Kain batik Mak buat jadi gaun pengantin. Lepastu ambil cucuk sanggul nenek untuk buat crown. Sweetnya saat tu. Lyeen jadi pengantin perempuan, adik jadi pengantin lelaki. Esok, tukar pulak. Tapi, paling tak adil bila hari-hari Lyeen yang akan jadi permaisuri. Tamaknya aku, selalu nak jadi watak utama! Hahahaha
Sumber: Google
Now, dah dewasa. Dah 21 tahun. Impian Lyeen nak jadi pengundi dah tercapai. Eh? Yes, masa kecik-kecik dulu teringin sangat nak mengundi. Kau hado? Hahahaha. Erm, sekarang semua dah lain. Sekarang ialah kenyataan, tak boleh main-main dah sebab bila dah dewasa ni kan, Lyeen kena serius sebab takleh dah nak berlakon macam dulu-dulu sebab hidup ni kenyataan yang kita perlu lalui. Pergh, ayat! Lyeen kena terima kenyataan bahawa Lyeen adalah pelajar pendidikan yang kena tamatkan belajar dalam tempoh dua tahun lagi. Tak sabar sangat nak habis study. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan semua kenangan dekat sini laju-laju. Nak jadi cikgu laju-laju. Nak jadi best student. Aamin! Nak jadi orang paling tabah! Aamin! Nak buka butik. Aamin! Impian itu perlu untuk kita jadikan bekalan ketika berdepan dengan kenyataan. Yes! Tak salah nak pasang angan-angan tapi pastikan ada usaha. Kalau takdak, sila berhenti berangan nanti jatuh, sangat sakit.  Sebab Lyeen dah rasa bila pasang angan-angan tinggi melangit, ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.
Nota pink: Impian suatu yang kita kejar dan kenyataan yang perlu untuk kita depani. Sekarang, Lyeen sibuk dengan bisnes online Lyeen. Busy buat novel baru dan busy nak makan-makan. Ok bai.
Assalamualaikum.

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cantik-cantik.
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 
Jom dapatkannya sekarang...
Official Websitewww.oceanlife2u.comFanpagewww.facebook.com/oceanlife2uTwitterhttps://twitter.com/Ephyra2uInstagram : ephyra2uTelefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Ok bai. Assalamualiakum..!

Rabu, 27 November 2013

Wordless Wednesday: Weak & Lost

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam semanis cupcakes cokelet. Ehem, hari ni Lyeen takda benda nak taip sangat tapi Lyeen ada sesuatu untuk kongsikan dalam entry hari ni.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ اَهْلِ الصَّبْرِ عَلَى الْبَلَاء وَالرِّضَا بِالْقَضَاءِ
"Ya Allah, jadikanlah Kami orang yang selalu bersabar atas cubaan-Mu, dan selalu redha dan ikhlas menerima ketetapan-Mu"
Ok bai. Assalamualaikum.

Sakit Hati.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Cupcakes. Salam ukhwah. Salam Kasih Sayang.

Baca title post jangan emo. Hahahaa. Okay, time Lyeen menjelajah alam maya tadi, ternampak satu status dekat page "Aku Islam" . Lyeen terjumpa sesuatu yang berjaya buat Lyeen berfikir sejenak.
Ye, walau sakit macam mana pun hati kita. 
walau terasa macam mana pun. 
walau terluka macam mana pun.
Jangan tunjuk akhlak yang buruk.
Jangan simpan dendam dalam hati, rosak hati tu nnt. 
Hati bukan tempat utk menyimpan perkara-perkara tak enak mcm tu..
Lupakanlah, itu lebih membawa pada ketenangan.
Lupakanlah. Moga ada maaf untuk hari esok.
Lupakanlah. Doakan saja agar dia tersedar atas perbuatannya suatu hari nanti. 

Kita bukan hakim yg adil, tapi Allah sebaik-baik hakim.

— Ruqaiyah Yusof
Lyeen tertarik pada quotes ini  sebab terasa macam kena je dekat jalan cerita. Ehem-ehem. Bila kita sakit hati, memang kita akan rasa terluka sangat-sangat-sangat-sangat kan. Kalau boleh nak menangis dan nak marah semua orang sebab kenapa benda yang menyedihkan dan menyakitkan jadi kat diri kita. Kan? Kan?  Tapi, benarlah bahawa sesungguhnya kemaafan itu adalah perkara terbaik. Hati kita terlalu unik dan istimewa untuk kita isi dengan perkara-perkara tak baik. Husnuzon dalam semua perkara. Pelihara hati kita dari benda-benda tak baik. Yes, Lyeen sedang melatih diri ke arah itu. Bersyukur kerana diberi ujian yang sangat hebat dan menyakitkan kerana yang menyakitkan itulah yang banyak mengajar kita. Kan? Ehem-ehem.
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas."( Hadis Riwayat Baihaqi ). Semoga Lyeen dijauhkan dari penyakit hati ini dna juga semua orang. Aamin. Semua orang pasti akan merasai kecewa, pernah sedih hingga merasa merekalah paling derita. Tapi, marilah kita pujuk sama-sama hati yang terluka itu untuk tersenyum dan bergembira lagi. Kalau terasa diri ini masih lagi bersedih, letakkan tangan didada dan pandanglah langit kemudian katakan, "Allah sentiasa ada dimana-mana untuk aku." Trust me, akan ada sebuah senyuman paling manis yang awak hadiahkan untuk diri awak. Like that  ^_^ Siapa lagi nak pujuk diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan? Kalau Lyeen pujuk diri sendiri Lyeen suka makan, makan dan makan sampai rasa tak mampu dah makan. Makan adalah terapi terbaik..:p
Ok, sekian tazkirah pagi buta ini. Assalamualaikum.

Selasa, 26 November 2013

Risiko bila pakai kaca mata.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam manis-manis sambil kenyit-kenyit mata.

Dalam sehari bila tak update blog ni rasa macam tak complete. Walaupun dah rasa lewat sangat tapi Lyeen tetap gagahkan jari jemari untuk menari-nari diatas papan kekunci. Tap! Tap! Tap *sound ffect. Buat kesekian kalinya, Lyeen terpaksa juga ambil kaca mata dari dalam handbag sebab mata memang dah tak boleh nak tahan sakit nak fokus. Sesungguhnya, bersimpatilah kalian pada manusia yang rabun lagi silau.
Yes, the real rabunnes and silauness! Sebenarnya, Aida pun rabun tapi dia buat-buat tak rabun. Ok bai. Kami selalu tukar-tukar spek bila bosan.
Lyeen menyesal sebab tak pandai jaga mata sejak kecil. Kalau dulu kan Lyeen teringin sangat nak pakai spek, sebab bila pakai spek ni rasa mereka-mereka ni nampak matured, nampak bijak, nampak macam orang hebatlah. Then, bila aku melalui sendiri rasa pakai spek tu. Sungguh, sesal bertimpa-timpa bila aku hanya mampu rasa 'terkilan' saat kawan-kawan aku duduk belakang dekat dewan kuliah. Aku? Jadi student paling baik hati dan berwibawa bila terpaksa duduk depan yang paling depan sajaaaaa. Terpaksa duduk depan sebab bila duduk belakang tak nampak apa pun yang lecturer tunjuk. Sedih. Sangat sedih.

Dulu, Lyeen tak seteruk ni sebab masih boleh guna spek yang biasa-biasa saja. Tapi, ni dah tukar spek kali yang kedua sebab tahap kerabunan dah bertambah. Serius, rimas sangat nak guna spek ni. Rasa macam jadi masalah pulak nak pakai. Kau jangan suruh aku guna contact lens, sumpah sampai mati aku tak nak pakai! Lagi satu bila rabun jauh macam aku ni, selalu tak nampak orang lain. Lepastu, mulalah orang cakap kau sombong walhal memang kau tu tak nampak. Lagi-lagi orang yang malas pakai spek macam aku kecuali time kuliah dan nak baca buku. Ceh, baca buku tu..;p

Punca-punca aku rabun dan silau. Pertama, kecik-kecik dulu aku sangat suka tengok TV dekat-dekat sampai tahap aku nak cium TV. Family selalu tegur aku tapi usaha mereka seperti mencurah air ke daun keladi sebab aku buat dunno je. Kedua, dulu aku kaki novel sampai pukul 4 hingga 5 pagi aku sanggup berjaga untuk habiskan sebuah novel.  Ketiga, dulu Lyeen ke sekolah jalan kaki saja. Di Sabah ni sekolah kebanyakannya dua sesi, so bayangkan sajalah bila nak balik tengah hari tu pukul 12.40 tengah hari. Panas mencurah-curah, sampai berair-air mata jalan balik ke rumah. Dan punca terakhir, aku rasa sebab nawaitu aku dari kecik memang nak sangat pakai spek dan hari ni, padan muka aku bila aku TERPAKSA pakai spek untuk membantu mata aku mengecam benda dengan baik dan tepat!
Yes, memang aku rasa aku matured sangat 100x bila pakai spek! Eh?
Tapi, bak kata orang bila nasi dah jadi bubur apa boleh buat apa dah. Macam tu juga aku yang terpaksa juga guna spek untuk bantu kualiti penglihatan. Alhamdullilah, Allah masih pinjamkan nikmat ini untuk melihat semua keindahan ciptaan-Nya. Syukur, alhamdullilah. Sesungguhnya, masih ramai yang kurang bernasib baik dekat luar sana dari kita. Syukur, syukur, syukur! So, take note buat mereka yang masih memiliki sepasang mata yang sihat walafiat, jaga dan peliharanya sebaik mungkin. Banyakkan memandang benda-benda yang baik, yang memberi keinsafan pada diri kita untuk terus mencari keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya, semua yang kita miliki pada hari ini adalah pinjaman semata dari Allah SWT, maka kita gunakan sebaiknya dan niat hanya kerana DIA.

Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 24 November 2013

Soalan Nenek Yang Buat Sentap!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW serta para sahabat.

Hari ni Lyeen tak penat sangat sebab hari Ahad lebih kepada hari santai-santai bersama keluarga. Tadi, nenek dan mak cik serta pak cik datang ke rumah keluarga Lyeen dekat sini untuk makan-makan. Kami memang selalu buat macam ni dalam sebulan sekali macam tu. Untuk mengeratkan silaturahim. Hahaha. Petang tadi, Lyeen duduk dengan nenek dekat beranda rumah sambil tengok Mak Lyeen dan mak cik petik limau kasturi dekat depan rumah. Perbualan nenek ni tiba-tiba secara tak dirancang. *Sila baca dialog dibawah dengan dialek Sabah bah.

Nenek: Kau ada kawankah di sana?
Lyeen: *sentap
Nenek: Jangan mau menipu, kalau ada tu cakap seja bah.
Lyeen: Ndak adalah, belum ada lagi bah.
Nenek: Betulkah tu?
Lyeen: Ya, kalau ada tu aku kasitahu jugak.
Nenek: Iyalah, kalau ada jangan diam-diam. Kasi betul-betullah. Sekarang ni susah mau cari yang betul-betul bagus. Ndak macam kami dulu-dulu.
Lyeen: Iya.

 *Sentap sekali lagi. Dan perbualan tamat bila Mak Lyeen panggil untuk panaskan air. Thanks mak! Hahaha. Memang nenek aku suka tanya pasal tu setiap kali aku baru balik dari KL. Tapi, aku dah lali sebab orang tua mesti dan rajin sangat  tanya pasal tu kan? Takpa, aku tak ambik hati pun sebab aku dah ready dengan soalan nenek aku. Bhahahaha.
Muka sentap dan muka ready nak jawab soalan dari nenek.

Apapun, dalam berkeluarga ni memang macam-macam ragam kita akan temui. Bila kita buat ni kena tegur. Bila buat tu kena tegur. Kalau dulu, yes! Lyeen memang tak selesa dan selalu merajuk bila Mak selalu marah-marah sampai dah hafal dialog apa Mak nak bebelkan. Eh? Tapi, alhamdullilah berkat Mak bebel dan marah-marah tu aku jadi orang yang betul-betul orang. Tahu nak hormat dan hargai mereka. Thanks mak! Tegur tu tanda sayang, kalau mak aku tak sayang dia tak akan tegur. Dan semestinya aku dah lama hanyut dengan perkara-perkara tak baik. Astagfirullahalazim, semoga dijauhkan.

So, ingat tu adik-adik! Kalau parents marah kita bukan sebab mereka benci kita. Noooo! Tapi, sebenarnya mereka nak kita ni jaga diri dan jadi anak yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Ok, aku tahu aku tulis entry macam tulis esei keluarga bahagia. Pesanan Kak Long kawasan, jadi anak yang baik. Jangan nak melenting bila kena marah. Jangan jadi anak derhaka sebab syurga kita dibawah tapak kaki ibu. Allah murka pada mereka yang derhaka pada ibu bapa. Ingat, ibu bapa takda duanya. Jika kita hilang mereka hari ni, sampai bila-bila kita tak akan jumpa pengganti mereka. =_=

Ok bai. Assalamualaikum.

Sabtu, 23 November 2013

Rahsia Blogger Emas Putih!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Pstttt! Rahsia tentang blogger Emas Putih!
Hahahaha, thanks Kak Uzu bagi idea untuk Lyeen update blog ya.. Kak Uzu aka Emas Putih memang comel. Ok bai juga. Lyeen tak pernah jumpa dia even kami dari negeri yang sama iaitu Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sweet kan kami kan? Hahahha.

Ok, sekurang-kurangnya aku update blog hari ni. Kak Uzu, Lyeen pun comel kan? Hahaaa, ok bai. :p

Jumaat, 22 November 2013

Pengisian Cuti & Biz Online

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Selamat hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari dan hari yang penuh berkat, InsyaAllah. Cuti ni rasa macam free sangat-sangat sampai tak tahu nak buat apa dah sebenarnya. Makan, minum, tidur, tengok tv, menjahit dan ulang lagi baca dari yang pertama tadi. Hahahaha. Sepanjang sampai Tawau ni, Lyeen tak jalan ke mana-mana lagi sebab tak tahu nak jalan pergi mana pun, kawan-kawan Lyeen pun takda dekat Tawau sekarang sebab semuanya masih dekat tempat pengajian masing-masing. Misni, Yuyuq, Dewi, Farizan, Nabila dan Heni. Sungguh, memang dah lost contact dengan mereka semenjak SPM even merekalah sahabat Lyeen semenjak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6 Rendah dekat SMK.Kinabutan tu. Yang still contact Misni dan Yuyuq saja tu pun tak selalu sebab masing-masing sibuk. Kau percaya contact number mereka pun aku takda! Selama ni contact melalui FB sahaja... =_=
SMK.Kinabutan Tawau. Sekolah Lyeen dari Form 1 sampai Lower 6.
Lyeen ni nama saja orang Tawau tapi sebenarnya aku tak tahu sangat jalan nak pergi mana-mana sebab selama ni Lyeen selalu pergi mana-mana dengan Mak atau dengan Mak Cik. Baiknya aku kan? Hahahaha. Ok, sebab memang Mak aku dulu susah sangat nak bagi aku keluar rumah! Berbalik pada cerita asal, sebab tu aku malas nak jalan pergi mana-mana, Lyeen lagi suka stay rumah sebab boleh masak-masak, boleh kemas-kemas rumah, boleh turun bawah petik-petik buah mangga tepi rumah dan buah betik belakang rumah. Sihatnya aku semenjak balik kampung ni. Apa nak makan main petik-petik saja! Free sebab kebun Abah sejak turun-temurun. Nanti kalau aku ada anak, anak aku pun boleh petik-petik. Eh? Berangan tak sudah...!

Cuti ni, Lyeen fokus sepenuhnya pada perniagaan online aku yang tak online sangat tu! Jual tudung, kalau dulu Lyeen guna pages Cik Lyeen Blogspot Com tu untuk berurus niaga, tapi hari ni Lyeen dah buat satu pages sendirian berhad untuk kes jual-jual tudung ni supaya senang sikit nak handle pages. Taklah pening-pening nak urus apa-apa benda. LIKE sikit pages Le Roses & Tudung Bawal Terkini untuk support Lyeen okey? Hahahaha, cuti ni Lyeen bolehlah bagi sepenuh perhatian dengan tempahan customers, boleh fokus nak menjahit roses tu, boleh fokus gunting sana dan gunting sini dan paling penting supaya Lyeen boleh sibukkan diri untuk lupakan semua benda yang menyakitkan sebelum ini. 

Sungguh, sangat susah untuk melupakan semua yang berlaku sebelum ini. Siapa tak terasa kehilangan bila orang yang selama ni kita sayang tiba-tiba berpaling tadah? Sakit dan sangat-sangat pedih. Kalau ikutkan hati nak berdendam sampai ke mati tapi, siapalah Lyeen nak buat macam tu. Nauzubilahminzaliq! Allah benci pada orang yang mencipta permusuhan ini. Lyeen tabahkan hati untuk memaafkan dan menerima takdir bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang tu teringat juga, menangis juga. Sampai hati mereka mempermainkan perasaan saya kan? Tapi, tolak tepi semua tu dan kata pada diri sendiri, "Lyeen, jangan cuba tolak dan persoalkan takdir yang telah ditetapkan untuk kita." Dan, insyaAllah selepas ini boleh lupa sedikit demi sedikit. Tak nak ingat langsung dan nak buang terus macam mana mereka buang saya. Eh? Buang-buang macam sampah pulak! Cuba sentap sikit ayat kat situ. Hahahahaha.
So, apa tunggu lagi? Jomlah tempah Tudung Bawal Terkini dekat pages terbaru Lyeen iaitu Le Roses & Tudung Bawal Terkini macam-macam ada, Bawal Delisya, Bawal Airis, Bawal Zafrah, Bawal Qaira, Bawal Raniya dan paling special Bawal Fiska yang akan release awal bulan depan! Cun-cun kan nama tudung? Hahahaha, semua tu watak dalam novel sambilan yang Lyeen tengah buat dan yang juga tak pernah nak siap-siap. Doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudakan. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.


Khamis, 21 November 2013

Bertitik Tolak Dari Sini.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Manis-Manis Cupcakes. Alhamdullilah, Allah masih pinjamkan nyawa hari ini. Syukur!

Lyeen tertarik pada satu penyataan Farah Lee dalam blognya Kunfayakun, beliau ada menulis mengenai perihal dirinya yang berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.  Dalam penulisannya juga, beliau ada menyatakan rasa sedih terhadap rakan-rakannya. "Sedih melihat rakan-rakan yang tidak menutup aurat. Saya pernah tidak menutup aurat, tiada yang membahagiakan melainkan penyesalan!" Yes, Lyeen akui tentang itu. Dulu, Lyeen juga pernah tidak menutup aurat dengan sempurna, bertudung hanya pada asasnya tapi bukan dengan perintah-Nya. Asas, hanya menutup helaian rambut. Perintah-Nya, menutup aurat dengan sempurna. Dulu, Lyeen bertudung pun tak sempurna. Kadang-kadang, tudung bawal yang Lyeen pakai nipis hingga menampakkan bentuk leher. Adakalanya, fesyen tudung melampau-lampau sehingga tidak menutup apa yang harus ditutup! Astagfirullahalazim. Lyeen, terbiasa hingga yang biasa itulah sebenarnya salah!

Lyeen pernah terfikir semua ni sebelum tu, tapi Lyeen cuba buat tak tahu. Bagi Lyeen, "Buat apa aku nak kisah? Aku bertudung ni dah kira baik." Erm, dulu pakaian Lyeen pun adakalanya membalut aurat dan bukannya menutup aurat. Sungguh, semua itu mendatangkan beribu-ribu sesalan dalam diri betapa Lyeen rugi masa, rugi pahala dan sangat-sangat rugi bila yang bukan mahram juga melihat aurat kita. Ya Allah, malunya! Sebelum ni juga Lyeen ada suarakan pandangan pada sahabat Lyeen, Aida. Lyeen tanya dia, "Geng, aku nak berubah. Tapi, aku sangat-sangat takut kalau aku tak mampu nak istiqomah." Yes! Itu adalah masalah orang yang nak berubah. Sebab nak berubah itu mudah tapi nak istiqomah itu sukar. Lepastu Aida cakap, "Kau berubah sikit-sikit dulu geng, mula dari yang kecik-kecik. InsyaAllah, boleh tu.." Lyeen sedikit terbuka pintu hati. Kalau aku tak cuba, macamana aku nak tahu? "Tapi geng, aku harap kau tegur aku kalau aku salah. Ingatkan aku kalau aku lupa." Time ni kan, cakap sambil sedih-sedih. Poyo kan? Hahaha.
Kesimpulannya kat sini, kalau kita nak pilih sahabat kita kena pilih  yang benar-benar boleh tolong kita. Sentiasa ada bersama-sama kita tak kira ketika kita susah, senang, sihat ataupun sakit. Sahabat yang sedia bantu kita saat kita perlukan, sentiasa memberi nasihat untuk kita dan menegur kesilapan kita. Ohhh, tapi sekarang Lyeen masih seperti dulu cuma Lyeen maju setapak sahaja ke arah yang lebih baik. Pakai tudung mengikut syariat Islam bukannya kehendak fesyen! Doakan Lyeen untuk terus istiqomah. Itu sahaja yang Lyeen selalu harapkan. Jauhkan dari perkara-perkara mazmumah. Kepada yang hendak berubah, kita mulakan dari yang kecil-kecil dulu okay! Lyeen bukanlah nak tunjuk yang Lyeen ni baik, takkkkk! Tapi, Lyeen tahu dekat luar tu ramai yang nak berubah tapi takut untuk berubah. Kan? Kan? So, why not we start with the small thing first? Sikit-sikit lama-lama jadi bukittttttt. 

P/S: Lyeen dah delete semua gambar-gambar Lyeen yang tak menutup aurat dengan sempurna dekat facebook. Mohon juga kepada yang tag Lyeen dalam FB dan aurat Lyeen tidak tertutup dengan sempurna, Lyeen mohon sangat untuk tolong hapuskan gambar tersebut. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Kalau juga ada dalam blog ni entry-entry yang lepas, mungkin Lyeen terlepas pandang. tegur-tegurlah. Lyeen sedia menerima teguran sebagai penambah baikan untuk diri Lyeen. InsyaAllah.


Rabu, 20 November 2013

What you give, you get back!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam manis-manis dan salam penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, line broadband ni seakan-akan memberi ruang dan peluang untuk Lyeen update blog sehari sekali. Sekurang-kurangnya ada juga benda boleh Lyeen share untuk pembaca blog ini. Taklah, tiap masa tekan url blog ni asyik keluar benda yang sama kan? Hahahahah. Sebenarnya, sekarang ni pun Lyeen tengah tunggu blogger Nabila Medan tak busy untuk edit blog Lyeen ni lagi. Lyeen ni orang yang suka tukar-tukar selera tu sebab blog ni dah banyak kali tukar wajah. Blog jer i tukar-tukar u ollls! Benda lain tak nak tukar-tukar sebab Lyeen setia orangnya. Eh? Huh...! Hahahahaha.
Sepanjang balik dekat Sabah ni banyak yang Lyeen buat. Tolong Mak, tolong Abah, tolong Mak cik, tolong Pak Cik. Baiknya aku kan? Biasalah, cuti ni Lyeen cuba manfaatkan sebaik-baiknya sebab Lyeen takut bila balik KL nanti susah dah nak balik Tawau. Hari ni, Lyeen tolong Mak Cik buat laporan kewangan sementara mak Lyeen pergi melawat nenek Lyeen dekat Kampung Tanjung Batu. Searchlah guna GPS... ehem! Sepanjang balik ni juga kan, hari-hari Lyeen jadi tukang masak. Bestnya, lama sangat tak masak sampai dah lupa skill nak masak. Eh? Semalam masak, Ikan Putih Masak Sos dan Sayur Sawi. Petang semalam pula buat kuih donut u olsss. Bahagianya hidup aku bila mak aku puji yang kuih tu sedap. Ehem, rasa macam nak tanya.."Mak, boleh kahwin sudaaaaaa?" Krikkk...krikkk..krikkkk..!
Semalam, bagi hint nak cerita pasal apa entry selepas ni. Yes! Apa pandangan korang pasal ni? Bagi Lyeen, sejauh mana kita nak mainkan perasaan orang ni kan, suatu masa orang akan  mainkan perasaan kita semula. Serius gua cakap sama luuu! Eh? Ingat tak pada pepatah Inggeris, "What you give, you get back!" Kau bagi madu, kau dapat madu semula. Bila kau bagi racun, kau akan dapat racun juga lah kan? Hidup ini suatu yang adil dan saksama sebab kita semua sama. Bila kita mainkan perasaan orang ni kan, memang kita akan rasa puas dan kita akan rasa, "Wah, hebatnya aku dapat mainkan perasaan dia tu! Padan muka kau...!" Tapi, you should know yang suatu masa awak akan rasa menyesal sangat-sangat dan rasa nak putar balik semua jam yang ada dekat muka bumi ni supaya awak dapat kembali pada masa tu. But, trust me yang awak sebenarnya membuang masa.

Kesimpulannya, kita tak mau aiihhh mainkan perasaan orang nanti suatu masa kita akan kena balik. Takmau! Takmau! So, kita berjanji pada diri sendiri yang kita tak akan buat jahat dekat orang supaya orang lain juga tak buat jahat kat kita. Tapi, kalau kita buat baik je, orang akan pijak kepala kita. No..! Buat baik berpada-pada, baik tapi tegas. Baik tapi serius. Baik tapi berpaksikan niat. Baik biar pada landasannya. Jangan baik tak bertempat sampai orang lain boleh ejek-ejek dan kenakan u ollls! Kita baik tapi biar orang hormat kita. Macamana? Tegas dan sayangi diri, bila kita sayangi diri kita. Kita tak akan biarkan siapa-siapapun aniaya kita walau sedikit pun! 

Ok, takat ni aje. Bai. Assalamualaikum.

P/S: Jum join SEGMEN Lyeen untuk dapat Tudung Bawal Delisya percuma! Masih berlangsung dan jangan lewat!


Isnin, 18 November 2013

Segmen: "Saya Blogger Baharu"

Assalamualaikum Waramatullah Hiwabarakatuh.
Salam sejahtera dan salam senyum-senyum sambil kenyit mata.

Alhamdullilah, Lyeen dah sampai Tawau, Sabah dengan selamatnya pukul 5.20 petang semalam. Flight delay 20 minit sebab masalah cuaca dan buat Lyeen rasa tersengguk-sengguk dalam kapal. Sebab kapal berhenti terbang sekejap. Duk diam-diam kat tengah-tengah langit. Tengok awan berkepul-kepul. Best! SubhanAllah hebat sungguh ciptaan-Nya.
Seperti yang dirancang dalam flight, Lyeen tidur, tidur, tidur dan tidur. Sebelah Lyeen ada sepasang suami isteri orang putih-putih. Hahahaa. First dia nak duduk tu, "Hai." Katanya dan Lyeen pun senyum kat dia. Lyeen duk dekat tingkap supaya senang nak keluarkan tangan capai awan. Eh? Hahahaha. Semalam, perjalanan flight memang cool sebab tak banyak kali langgar awan, mesti pilot dia handsome ni. Khusyuk jer tidur semalam sebab takda langgar-langar awan. Haahhaa.

Okay, Lyeen nak buat satu SEGMEN untuk mereka yang rajin, rajin nak meng'copy' dan meng'paste'. Hahaha, kalau lecturer Fonetik dan Fonologi aku nampak aku buat ayat macma ni, sah-sah aku kena ketuk pakai cangkul! Okay, bloggers! This is for u...
Segmen "Saya Blogger Baharu!"

Apa yang perlu awak buat?
Hanya Follow blog Lyeen dan Like pages Lyeen (ada kat  sidebar, klik aje)
Buat entry bertajuk, Segmen "Saya Blogger Baharu!"
Letak banner dan backlink ke entry ini.
Bagi pengguna FB, tolong like dan share gambar INI secara PUBLIC kemudian komen pada ruang gambar "DELISYA"
Tag blogger yang paling rajin komen dekat blog awak. Hahaha. Done!
Lastly, letak link entry dalam ruang komen entry ini okey.

Tarikh tutup segmen: 28 November 2013
Lyeen tak publish dulu senarai peserta hingga 28 November 2013 nanti untuk bertindak secara adil dan saksama. Takda motif. Ehem-ehem! 

Ganjaran?
..........Tauke tudung memang hadiah tudung saja kan? Ok, Tudung Bawal Delisya menanti peserta bertuah! Jemputlah join kawan-kawan lain okey!

PS: Hanya official jika penyertaan lebih 20 yer..

Ok bai. Assalamualaikum.

UPDATED!! (06.12.2013) Segmen ini tak official disebabkan penyertaan tak sampai 20..Huhhhuhu..:') Thanks yang join.InsyaAllah ada rezeki boleh buat lagi.


Simple GA - 3D Puzzle

Klik Banner untuk Join.

Ahad, 17 November 2013

Sebelum saya fly!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW dan para sahabat.

Alhamdullilah, entry sebelum ni buklanlah entry terakhir kan? Semalam nak update blog selepas balik dari teman pakcik Lyeen menjelajah kat KLCC, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Mid Valley. Tapi, Lyeen balik jer semalam memang sumpah penat, rasa macam nak menangis jer time balik tu. Dahlah balik semalam Lyeen punggah 30 biji roti gardenia tu sorang-sorang. Rasa macam nak call mak suruh cari calon suami untuk Lyeen cepat-cepat supaya ada yang tolong jaga dan tolong angkat roti. Eh? Hahahahha. Semalam, Lyeen dah packing semua barang siap-siap. Nak balik u olls, sehari sebelum nak fly I dah packing! Semangat!
Lyeen bawa berpuluh-puluh roti untuk adik-adik makan. Yes, memang dekat Sabah roti ni takda. Tu sebab pukal banyak-banyak untuk bawa balik Sabah. Roti ni lah yang buat aku menangis nak angkat semalam. Nasib baik aku ni cekal dan tabah orangnya. Tadi, dari asrama Lyeen gerak pukul 9.20 pagi dan terus naik teksi dari depan asrama ke KL Sentral. Tak suka dengan pacik teksi tu sebab saja ambik jalan jauh yang buat Lyeen kena bayar RM 9.30 okay! Walhal, biasa Lyeen bayar RM 5.00 ke RM 6.00 jer. Saja nak kenakan orang yang forever alone ni! Takpa...
Sedih tinggalkan bilik ni tadi. Bilik yang punya banyak kenangan untuk Lyeen. Mula-mula kenal rumate kat sini. Mula-mula bercinta. Mula-mula putus cinta. Eh? Semualah! Hahahahhaa. Sebelum balik tadi sembur pewangi sikit supaya cikgu-cikgu yang kursus tu suka masuk bilik kami. Hahaha. Tak tahu kenapa bila nak tutup pintu bilik ni terus jatuh air mata. Sedih, sebak. Ya Allah, banyaknya kenangan dalam bilik ni. Semoga tahun depan aku balik, aku dah lupa semua benda-benda yang buat aku sedih-sedih ni. Lap air mata kejap. 

Dan paling tak boleh nak tahan, Lyeen terpaksa tinggalkan Bear. Lyeen tak boleh bawa dia balik sebab Tangan dah tak cukup nak bawa. Tadi, 1 bagasi, 1 beg laptop, 1 beg tangan besar dan 1 lagi beg tangan kecik. Kalau bawa Bear pun nak letak mana? Taip entry ni pun menangis! Ish... Mula rindu dengan beruang pink yang juga tempat Lyeen lepas geram, lepas rindu dan paling penting kalau aku marah, kadang-kadang  aku akan buang Bear dan sumbat dia masuk laju-laju bawah katil sampai aku tak nampak. Kadang-kadang juga, Lyeen akan cerita dengan Bear even aku tahu aku macam sengal cakap dengan benda tak bernyawa. Hahahaha. Kata orang. yang penting kau happy sudah!
Sungguh, Lyeen dah rindu dengan Bear. Time nak letak Bear dalam stor tadi, sekali lagi air mata jatuh. "Bear, sorry aku tak dapat bawa kau. Jumpa tahun depan, Bear.." Lepastu terus tutup almari stor. Tak sampai hati nak tinggal tapi terpaksa juga tinggal. Ermmmmmmmm. Dalam bas ke KLIA tadi, bila bas dah semakin jauh tinggalkan bandar KL maka Lyeen semakin sedih (Hipotesis). Hahahhahha. Okay, sekali lagi menangis. Aku perasan macam tengah buat video klip lagu sedih-sedih dan aku sebagai watak utama. Sungguh! Nasib baik tak ramai orang dalam bas tu. Hanya ada 6 orang penumpang sahaja dan depan aku duduk sorang Bangla yang sesat. Maybe umur dia dalam 15 ke 20 tahun sebab dia kecik lagi dan comel-comel lagi. Ehem! Dia nak ke Kota Raya tapi dia salah jalan. Lyeen nak tolong tapi tak dapat sebab dia tak pandai cakap Melayu dan English. So, macam kucing cakap dengan ayam. Tak faham satu sama lain. Alih-alih dia suruh aku cakap dengan kawan dia dalam fon. Menggeletar jugak Lyeen. Tapi, niat kerana Allah. Nak tolong orang dalam kesusahan.

"Cik boleh tolong kawan saya? Dia sesat. Dia baru sampai Malaysia. Saya suruh dia pergi Kota Raya."
"Saya nak tolong macam mana? Bas ni menuju ke KLIA dan kawan awak tak reti cakap Melayu dan saya memang tak faham apa dia cakap."
"Alamak! Takpa cik..takpa..."

Lyeen bagi fon kat dia balik. Akhirnya, pemandu bas tu yang tolong dia. Bawa dia KL Sentral semula. Erm, nampaknya Lyeen kena kursus bahasa Bangladesh. Ok fine! Malaysia sekarang memang ramai dah warga asing. Sampai kita pulak yang seram sejuk dalam negara sendiri. Tutup kes! Bila sampai KLIA tadi, Lyeen nampak dia macam nak ucap terima kasih. Tapi, i know he dont know how to speak. So, dia mengangguk jer. Lyeen pun senyum. Kesian kat dia. Nak datang Malaysia kenalah belajar cakap Melayu, abang oiiii! Ni, Lyeen nak tolong pun tak reti sebab memang tak faham satu pun apa yang dia cakap. Nak mengorat pun tak jadi. Eh? Eh? Eh?
Now, Lyeen dah sampai kat KLIA sejam tadi. Makan kat KFC dulu sambil menikmati line percuma kat sini dan disebabkan tu Lyeen update blog sebab takut tak menyempat nak update nanti. Tak tahu ada masa ke tak sebab Lyeen perlukan masa dna ruang untuk bebas dari dunia maya dalam tempoh cuti ni. Nak fokus pada family sepenuhnya dan Lyeen harap Lyeen dapat lupa semua benda-benda yang menjadi masalah jiwa sebelum ni. Semoga Allah mudahkan. Aku confirm, bila dah fly nanti aku akan menangis lagi dan rasanya itu yang last  untuk hari ni dan tahun ni. Hahahahaha. Air mata terakhir di Kuala Lumpur. Nice!
30 minit lagi Lyeen akan fly. Sebelum balik tadi, Lyeen dah mesej semua orang yang terdekat. Minta maaf kat mereka. Macam aku ni tak balik KL dah lepas ni kan? Hahahaha. Kita kena balik kampung dengan tenang baru best cuti. Kalau cuti marah-marah orang ni  cuti pun jadi nak stress je. Hahaha. So, ehem-ehem jumpa di entry seterusnya u olls! Wish me safely arrive ok. Mak Lyeen tak tahu lagi Lyeen balik hari ni hanya abah yang tahu sebab abah yang jemput kat airport. Sweetnya ada anak macam aku kan? Ok, last... semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya di dunia mahupun di akhirat. In shaa Allah. Aamin.

Sabtu, 16 November 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW.
Dua hari Lyeen tak update blog kan? Rasa macam tak complete je bila tak update blog sebab biasanya kerja tengah-tengah malam buta ni akan update blog dulu sebelum tidur. Tapi, semalam packing dengan rumate tercinta sambil mengumpat dan menangis beregu dengan meletakkan Bear kat tengah-tengah. Hahahhaha. 
Rumate saya dah balik Tawau petang tadi, sumpah rindu dia sangat-sangat. Sebab kan u olls, semenjak  dua menjak ni kami jadi rapat sangat-sangat. Memang kami dah sebilik hampir dua tahun tapi sebelum ni dalam bilik dia dengan hal dia dan Lyeen dengan hal Lyeen. Hahaahhaha. Lagipun kami tak  classmates. Kadang-kadang jumpa waktu malam jer tu pun malam nak tidur. Tapi, semester ni kami jadi rapat sangat sebab banyak masalah dia luah kat Lyeen. Lyeen luah kat dia. Sweet kan? Nangis sama-sama. Gelak sama-sama. Lompat sama-sama. Makan sama-sama. Delivery Pizza Hut dan KFC sama-sama sambil mengorat yang tukang delivery! Hahahaha. Kemas bilik sama-sama tapi bab menyepah aku buat sendiri. Rumate Lyeen seorang yang teratur sebab memang payah nak tengok dia menyepah. 
Senior searas kami selalu silap antara kami berdua. Kadang-kadang saya jalan-jalan. Tiba-tiba, "Mash!" Sambil sentuh bahu saya. "Blablablablabla...." Cerita kat saya. Lepastu dengan selamba saya akan cakap..."Kak, saya Lyeen. Mash dalam bilik." Hahahhha. Kata orang, bila selalu sama-sama ni kan automatik je muka jadi sama. Hahaha. Ok, tamat cerita pasal rumate saya yang gojes. Saya doakan dia sentiasa tabah, kuat, cekal dan dalam lindungan Allah. Dia selalu nasihatkan saya untuk jadi kuat dan saya juga akan jadi kuat bila dengan dia. Bila kami kami sedih, kami akan makan sampai lupa benda yang sedih tadi. Petua!
Petang tadi, saya forever  alone pergi KL Sentral untuk tukar flight saya. Sebenarnya, Lyeen memang nak balik 1 Disember 2013 nanti, tapi abang Lyeen tetiba call dan suruh Lyeen balik Sabah terus sebab Mak Lyeen tak sihat sangat. Lyeen rasa macam nak menangis saja saat tu! Kau bayangkan je la, dengan tiket dah siap beli. Nasib baik sempat tukar tadi. Alhamdullilah sangat walaupun kena tunggu sehari lagi. Dahlah tunggu que tadi banyak sangat. Banyak orang nak tukar flight kot! Hahaahha. Pstttt! Tapi kan family Lyeen tak tahu yang Lyeen sampai Tawau lusa. Saja nak bagi kejutan! Mesti mak aku terharu. So, siapa yang baca entry ni jangan memandai bagitahu mak aku! Hahahaha. Tiket rasmi saya! Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!
Kuala Lumpur ke Tawau. Rasa nak menangis je baca. Senior saya kata, "Sekarang baru merasa kan hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.". Tapi, saya kata kan. "Saya ambik emas dinegeri orang lepastu saya bawa balik ke negeri saya!"...Hahahahahaha.  Lepas je urus tiket tadi terus call Pak Cik saya yang baru sampai dari Sabah. Pak Cik saya minta tolong saya bawa dia jalan-jalan. Call la kan..."Jumpa di mana pacik?"..."Pacik di Serdang ni. The Mines." Sentap kejap. The Mines??? Kenapa perlu dekat sana? Nak nangis double. 
Sampai sana ja terus rindu. Sebak. Dulu aku selalu datang tempat ni berdua. Tengok ikan sampai aku rasa  ikan tu dah cam muka aku. Sekarang, aku rasa macam nak racun ikan-ikan tu! Eh? Tetiba. Hahahaha. Pacik saya tanya, "Bestnya kau. Selalu kau datang sini?". "Eh, ndaklah pacik. Pernahlah datang." Sambil senyum-senyum walhal dalam hati aku "Aku dah champion jalan dekat sini!". Aku kan selalu dating sini zaman kegemilangan dulu! Gelak sambil kesat air mata. Hahahaha. Apapun, kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain kan? Aku selalu main dengan ikan-ikan kat sini sampai aku kena marah dengan guard sebab macam aku tuan ikan kat situ!
Berbalik pada cerita pacik aku. Letih sangat jalan-jalan tadi. Dari The Mines tu ke Masjid Jamek lepastu ke Sogo lepastu ke KL Sentral. Skru lutut saya macam nak tercabut. Esok nak teman lagi pacik pergi Petaling Street, Pasar Seni dan terus pergi KLCC sebab lusa saya dah balik Sabah. Rasa bersalah pula kalau tak dapat bawa mereka jalan-jalan dulu walaupun aku tak tahu jalan sebenarnya! Hahahaha. tadi pakcik tanya saya, "Pacik mau pergi Dataran Merdeka tu bah. kau tahu jalan ke sana?" Lepastu, saya diam-diam. Fikir kejap. "Pacik, aku tahu di mana. Aku pernah pergi tapi ikut rombongan IPG kami. Tapi, mau pergi sana tu aku tak tahu lagi". Hahahhaa...Dalam hati rasa sengal juga sebab tak tahu jalan ke sana. "Rugilah kan kalau lama-lama di sini ndak tahu jalan...." Sentap! Aku berazam, semester depan aku nak ambil lesen memandu lepastu aku round satu KL!

Balik tadi kan, lepas makan, solat. Lepastu aku tidur sampai tak sedar diri. Lupa call mak. Mak SMS, "Mamak cakap kalau sampai asrama, call kan? Kenapa tak call? Mamak risau." Baca SMS tu terus call mak, first kena ceramah free dulu. Hahahaha. Padan muka aku. So, sekarang teman BFF, Floe packing barang sebab esok dia balik Sabah dah. Lagi double aku forever alone! Nasib baik, aku ni tabah. Jaga diri tahu kawan-kawan, mesti aku rindu korang nanti! Jumpa tahun depan dengan muka dan fikiran yang lebih matang. Eh?  Tengah fikir, nak bawa Bear balik Sabah ke tak? Erm, sebab sekarang aku dah biasa tidur sambil letak dia atas kepala dan tutup muka aku. Walaupun hakikatnya subuh-subuh Bear dah jatuh terlingkup kat bawah katil. Hahahahaha.
Apapun, sampai Sabah nanti Lyeen tak tahu boleh online ke tidak sebab broadband ni aklau dekat Sabah mulalah dia nak buat hal! So, pasrah jer la. Kalau blog ni tak berupdate sebulan lebih means memang  broadband Lyeen buat hal. Doakan perjalanan Lyeen selamat sampai ke kampung halaman. Doakan juga Mak Lyeen cepat sembuh dan doakan semoga semua urusan ini dipermudahkan. Doakan juga saya sihat sejahtera dan tak sedih-sedih lagi. Sebab bila Lyeen sedih korang pun akan sedih baca entry Lyeen kan? Hahahahha. Ok, saya pun doakan mereka yang baca blog ni akan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna dan sentiasa meletakkan Allah tempat teratas dalam hati. In Shaa Allah. Aamin.

Salam rindu. Salam sayang. Salam nak balik Sabah. Ok bai. Assalamualaikum.


Khamis, 14 November 2013

Mr. Arrogant & Mr. Perfect

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar  Rasullulah SAW dan para sahabat.

Asyik tadi godek-godek search "Tempahan Edit Blog", tiba-tiba jumpa link blog Jia. Sungguh, cantik sangat-sangat akak tu edit blog rasa macam nak buat sepuluh blog lepas tu nak dia edit semua sebab tamak nak semua design. Hahahahahaha, geram sangat tengok doodle tu sampai rasa nak gigit-gigit sampai gigi berlapis Lyeen ni jadi tak berlapis dah! =_=
Doodle asal Lyeen ambik dari pages Jiakreatifelt dan Lyeen dah PM admin dia untuk ambil doodle ni. Tetiba rasa nak main edit-edit tengah-tengah malam ni kan? Betullah ilham dan idea ni selalu datang mencurah-curah time awal-awal pagi sokmo. Eh? Lyeen pun tak percaya Lyeen boleh jadi rajin hari ni. Ehem-ehem. Kalaulah anak-anak aku baca blog aku ni 20 tahun akan datang mesti mereka bangga ada Mak yang rajin macam aku. Sampai tahap tu! =_=

Kita cerita sikit makna disebalik quotes dekat gambar tu. Okay, dalam hidup kita Allah sudah tentukan yang kita akan hidup berpasang-pasangan dan Allah sudah menjanjikan pada kita bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Firman Allah SWT,  “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26). So, dekat sini kita tak payah nak demand sangat nak cari calon suami yang kaya, yang baik, yang handsome macam Mr. Arrogant dan perfect macam hero-hero dalam novel. Kita selalu berangan nak jumpa lelaki yang terbaik untuk kita tapi kita pernahkah terfikir untuk perbaiki diri kita dari semasa ke semasa? See, berbalik pada janji Allah tadi bahawa kalau kita nak yang baik kita kenalah jadi baik juga. Okay sis? 

Lagi satu kalau sis harapkan handsome saja. Tak cukup. Nanti dah tua handsome dah hilang, kasih sayang pun akan hilang bersama wajah yang handsome tu. Di sini, kita kena buat garis panduan apa yang kita perlukan? Bagi Lyeen apa yang penting adalah pastikan dia letakkan Allah tempat teratas dalam hatinya. Kerana apa? Sebabkan sis, andai dia letakkan Allah tempat paling agung dalam dirinya maka percayalah yang dia tak akan sekali-kali persiakan kehidupan kamu. Kerana dia takut pada murka Allah, dia takut pada dosa. Andai semua perbuatan yang kita lakukan di dunia ini nawaitu kerana Allah, pasti tiada bentuk kekejaman yang berlaku detik ini kerana garis panduan yang Allah sediakan untuk kita cukup sempurna sis..! Lyeen pernah bercinta, pernah merasa sakitnya dikecewakan dan ditinggalkan, pernah punya rasa sayang yang mendalam bak kata orang-orang dahulu setiap masa hidup macam dalam taman-taman bunga yang mekar mewangi. MasyaAllah, maha pengasih dan pemurahnya Allah kerana mengurniakan perasaan itu pada kita tapi kita letakkannya pada jalan yang salah.  Astagfirullahalazim. Tapi, alhamdullilah kerana Allah turunkan ujian dan bermacam-macam dugaan kerana Allah ingin beri Lyeen dan dia sedar dari mimpi dan insaf serta bertaubat dari kesilapan yang lalu. 

Kalau nak Mr. Arrogant minta pada Allah.
Nak Mr Perfect. Mohon pada Allah.
Kalau nak hero-hero lain pun boleh. Doa pada Allah.
Allah maha mendengar, jangan mengeluh dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita cuma kita yang jarang menyedari kehadiran-Nya disebabkan kita terlalu alpa dengan duniawi. Tadah tangan dan berdoa dan ceritakan pada Dia semua yang terbuku dalam hati, pasti kamu akan rasa tenang sangat-sangat. Pastikan juga hati kamu bersih dari dendam dan iri hati, tak mau dendam-dendam aihh, benci-benci orang lain. Tak mau. Tak mau. Allah tak suka. Kalau kita nak minta bantuan Allah kita kenalah tinggalkan benda-benda yang Allah tak suka. Okay? Deal sis? Good...
Lyeen menulis dan berkongsi bukan bermakna Lyeen ni baik tapi menjadi kewajipan kita untuk berkongsi apa yang kita ada. Barulah ilmu meluas dan berkembang. 
Ok bai. Assalamualaikum.


Rabu, 13 November 2013

Wordless Wednesday: Fragile

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam untuk Rasullulah SAW dan para sahabat.

Ehem-ehem, kat sini Lyeen nak share satu benda alah yang Lyeen jumpa dekat facebook.


A : Cuba jatuhkan pinggan yang awak pegang tu.
B : Ouh okay...
A : Pecah kan ?
B : Ha'ah pecah ..
A: Baik awak minta maaf dekat pinggan tu cepat ..
B : Sorry ..
A : Dia bercantum semula tak ?
B : Mestilah tak awak oi ..
A : Macam tu lah hati manusia. Sekali pecah, tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal. Jadi, janganlah kita memainkan hati dan perasaan seseorang tu sesuka hati. Walaupun dah minta maaf tapi tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal. Ingat tu!

Hari ni packing barang siap-siap dah. Saya ada kejutan besar untuk family. Ehem-ehem.
Ok bai. Assalamualaikum.


Wordless: Friend

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Dear friends,

Isnin, 11 November 2013

Untuk Terakhir Kali.

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, tadi kertas terakhir untuk peperiksaan semester ni. Plan nak lambung-lambung nota kan? tapi, tak jadi sebab soalan tu susah sangat tadi sampai rasa nak menangis nak jawab.  Lap air mata. Orang berlagak memang Allah akan bagi pengajaran on the spot. Padan muka aku.  BMM 3108 Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu. Nak tahu apa benda alah ni? Sila search kejap lagi. Tapi, tadi siap 20 minit sebelum masa menjawab tamat. Tahu sajalah kalau dah duk sorang-sorang dan sunyi sepi dalam dewan peperiksaan tu, macam-macam nak buat, Toleh kiri, toleh kanan, toleh depan lepas tu toleh belakang. Semua khusyuk! Nak kacau kawan-kawan lain pun takut kena sepak sisi. So, diam-diam macam budak baik sangat-sangat.
Ni sebenarnya slip peperiksaan. Belakang kertas ni kosong, tapi bila dah habis exam kertas ni dah tak rupa kosong dah. Hampir jadi komik. Hahahaha. Cun kan? Rugi KPM tak tawarkan major Pendidikan Seni Visual dengan aku dulu-dulu. Hahaha. Apapun, syukur alhamdullilah sebab semua dah selesai dan semoga usaha selama ini membuahkan hasil dan semoga pointer semakin bertambah bilangannya. Aamin. Lepas je tamat exam tadi tiba-tiba rasa sebak. Saya cuba cari kelibat seseorang sebelum keluar sebab kan saya tahu lepas ni saya tak mungkin akan pandang wajah dia lagi. Searching....... Tap! Ok, jumpa. Pandang wajah dia. Wajah yang dulu selalu ada untuk saya. Wajah yang selalu buat muka poyo saat saya buat hal. Wajah yang selalu beli makanan untuk saya. Hahahaha. Dan paling penting, wajah yang buat saya gelak bila saya rasa nak marah. Sebab saya selalu paksa dia supaya buat saya happy. "Awak, saya tengah marah. Tolong buat saya gembira." Hahahahaha. 

Lepastu saya kalih pandang. Istigfar banyak-banyak."Kalau Engkau jadikan perpisahan ini adalah ruang untuk aku dan dia memperbaiki diri, Redha aku terima." Bisik dalam hati je tak cakap kuat-kuat. Ehem! Bila dah selesai part emo-emo terus sapu mata. Eh? Jalan pergi kantin dan makan. Sedih-sedih pun kena makan nanti sakit lagi takda orang nak. Hahahaha. Alhamdullilah, semua dah selesai walaupun kadang kala saya masih rasa pelik, rasa sakit, rasa bengang dan rasa sengal. Tapi, saya cepat-cepat istigfar supaya saya dijauhkan dari hasutan syaitan yang durjana itu! Sebab, awak semua kena tahu syaitan ni paling suka dekat dengan hati-hati manusia yang tengah bersedih ni, sebab kan dia senang nak goda kita untuk buat benda-benda tak baik. Nauzubilahminzaliq! Rajin basahkan diri dengan wuduk supaya kita sentiasa dalam lindungan-Nya.
Kami dah bebas dari Semester 4! Alhamdullilah! Like sikit! InsyAllah semoga dipanjangkan usia untuk menimba ilmu lagi pada Semester 5 tahun depan. Rasa macam nak habis je cepat-cepat supaya saya boleh tinggalkan KL ni laju-laju. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair.
Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 10 November 2013

Wordless Sunday: Love

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Love.
Love.
Love.
Merdeka!

Sabtu, 9 November 2013

3 Perkara Yang Awak Perlu Tahu!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam untuk baginda Rasullulah SAW dan para sahabat.

Ehem-ehem. Hari ni ada peluang update blog sebab paper habis awal, so sempat nak menekan papan kekunci ni dengan jayanya. Tap! Tap! Tap! Semalam tidur lewat sebab pulun study, biasalah kan study last minit ni macam best. Hahaha, tapi untuk yang tak ada keyakinan yang tinggi toksah ikut cara ni. Bahaya! Paper tadi ialah paper BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Terasa jadi tokoh Linguistiknya diri ini masuk dewan exam pagi tadi, nampak muka kawan-kawan pun semua macam tokoh falsafah. Sungguh!
Semalam saya tidur pukul 3 pagi. Bangun pukul 6 pagi. Mata saya macam sama dengan Bear saya kan? Hahaha. Bila jumpa kawan-kawan minggu ni, ramai kata muka saya pucat. Jumpa junior semalam pun cakap macam ni.."Kak Lyeen sakit ka?". Err. Muka aku muka macam sakit yer? Sedih. Hahaha. Memang minggu lepas dan minggu ni mood saya sedih-sedih, tapi alhamdullilah hari ni saya dah ceria semula macam Bear saya juga. Balik bilik tadi terus peluk Bear sambil cakap.."Bear, kau tahu tak soalan tadi senang je. Tak rugi aku berjaga sampai pukul 3 pagi tadi kan." Bear saya baik sangat. Pendengar yang setia. Ok fine, macam sengal aku buat statement macam tu. Hahahha.

Ehem, Tiga perkara yang awak perlu tahu hari ni untuk Lyeen kongsikan.
Kita tak perlu bersedih lama-lama andai kita kehilangan cinta. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kita hingga kita rasa tawar hati nak bercinta lagi. Tapi boleh jadi mungkin esok atau lusa Dia anugerahkan pula rasa cinta yang lebih segar dalam hati yang setepatnya untuk kita. Mungkin semalam kita berjalan tak hati-hati hingga tersungkur jatuh. Aduh, sakitnya! Maka, hari ini dan esok cuba jalan elok-elok jangan jatuh lagi bak kata Saidina Umar, "Waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata."

Hidup kita ada fitrah dan kita tidak dapat lari dari fitrah menginginkan sesuatu. Tapi, jangan pula fitrah itu diberatkan hingga menjadi kemudaratan buat kita. Carilah ketenangan sebab sebenarnya kita tahu ketenangan itu di mana, dari mana ia datang tapi kadang-kadang kita alpa hingga mencari di tempat yang salah. Kalau kita jatuh, bangkit! Jangan bila kita jatuh kita taknak bangun dah. Rugi, sebab bila Allah bagi ujian tu pada kita sebennarnya Allah nak kita dekat pada Dia. Allah dah bagi sms kat kita supaya call Dia. Kerana apa? Mungkin selama ni kita lupa call Dia, asyik bagi miscall jer. Tapi, yakinlah bila kita dah berkomunikasi dengan Dia, direct Dia akan bagi kita kredit. Free! Lyeen harap u olls faham maksud yang Lyeen nak sampaikan. Biasalah, aku kan orang Linguistik. Hahahahha.
Nota pink: Kita beringat sama-sama yer. Kongsikan ilmu kita sebab bila kita berkongsi sesuatu yang kita tahu, boleh jadi orang tak tahu. Kita dapat pahala. Kan? Esok, hari terakhir exam. Macam best kan exam hari Ahad? Memang best sebab esok last paper. Lepas exam terus MERDEKA! Rasa macam nak baling-baling nota je. Hahahhaa. Asatgfirullahalazim. 
Ok bai. Assalamualaikum.


Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E.

Assalamualaikum.
Hari ni tetiba rasa nak join GA bila empunya GA invite dekat FB. Thanks taw awk..:)
Terharu sangat bila owner GA invite. Ehem..!

Kebetulan pula, tengah main-main dengan photoscape maka rajinlah nak edit-edit bagai. Hahahaha. Macam esok takda examnya saya. Baiklah, dengan sukacitanya Lyeen maklumkan Lyeen join GA ni secara rela hati. Mohlah kta join yer..:)
This is banner GA yang comel ini. Klik banner untuk join GA.
Dalam sebuah persahabatan apa yang kita perlukan? Sebenarnya kita perlukan ksih sayang yang jitu. Kita perlukan kesetiaan yang utuh. Kita perlukan kepercayaan yang tak pernah rapuh. Tapi, asasnya adalah niat kerana Allah SWT yang satu. InsyaAllah, andai persahabatan dibina atas nama Allah, kita tak akan pernah persia sahabat kita kerana kita percaya bahawa Allah hadiahkan kita sahabat yang baik. Dalam Surah Al-Hujurat yang membawa maksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara". Ukhwah fillah.
Ayuh sahabat!
Rajinnya saya tempak banner saya. Hahaha. Mohon owner GA terima seikhlas jiwa dan raga. Doakan Lyeen jawab exam dengan mudah esok taw. Esok Lyeen paper last ni sebelum balik kampung. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...