Ahad, 16 November 2014

Gerun Masuk Dewan Peperiksaan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Cokelet.

Hari ni dah 16 November 2014. Ada baki 7 hari lagi Lyeen dekat Kuala Lumpur ni sebelum balik bercuti di Sabah. Hooreeeey! Hari Selasa dan Khamis ni Lyeen akan menghadap final exam untuk semester enam ni. Berdebar-debar je rasa. Walapun berdebar-debar tu Lyeen masih ada masa pulak nak update blog ka? Cer scrool balik entry Lyeen tahun-tahun lepas, Lyeen memang aktif menaip entry kalau musim study week. Hahahahha.
Study week juga Lyeen aktif pegang handphone. SMS buah hati. Scrool insta Irene Nadia tengok video Fiska Medina. Whatsapp dengan dak Suri sampai tahap merapu-rapu. Nota aku bacanya sekerat-sekerat je. Sedih. Hahaha. Tapi, takpa yang penting kita tawakal dan berusaha sungguh-sungguh. Lagipun sebelum ni dah belajar kita refresh je semula. Aishehhhhh, ayat klise untuk orang malas buat revision :p
Gambar satu kelas yang baharu semua aku tak sempat transfer lagi. Jadi yang ada semua gambar sekelas yang lama. Zaman semua kecik-kecik cili padi lagi. Apa yang penting, mesej tu sampai. Kami semua mengucapkan "SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNTUK SEMUA GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SELURUH MALAYSIA". Ambik kau ayat skema habis. Hahahaha. Semester ni Lyeen dan kawan-kawan ada dua kertas iaitu Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu dan Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Dua-dua ni kertas berat berkilo-kilo sampai nak jalan pun sarat sangat nak pikul. Nahaslahhhhhhh! Macam nak masuk rumah hantu weiiii...

TIPS PENTING untuk yang nak ambil exam ni, tidur awal, jaga kesihatan, jaga emosi, jangan gaduh-gaduh dengankawan-kawan, jaga makan-minum, jangan makan semut. Ok bai. Taip ni pun rasa berdebar-debar aihhh. Selamat maju jaya semua. Ok bai, Assalamualaikum.

Sabtu, 15 November 2014

Status Dalam Media Sosial Perlu Ditapis.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Skema sangat tajuk entri hari ni. Macam nak buat tajuk jurnal. Hahaha. 

Kita pernah terfikir tak sebenarnya, sedar tak sedar orang sekeliling kita akan selalu perhatikan kita. Dari cara kita makan, minum, duduk, bercakap, berpakaian dan sebagainya. Lumrah kita sebagai manusia ni kita akan suka tengok pada keindahan. Tak kurang juga pada kecacatan seseorang tu lepas tu kita jadikan bahan untuk kita pot pet pot pet kan? Astagfirullahalazim....

Dalam media sosial ni seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi medium sosial yang lain tak lepas dari memperkatakan atau memperihalkan sesuatu tentang orang. Pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati juga sebab ada masanya apa yang kita tulis atau sampaikan tu kena balik dengan diri kita. Maksud Lyeen mudah, awak cakap "dia tu macam ni", "tak suka orang macam tu", "mereka lebih baik macam ni"...dan lain-lain. Tapi, kita tak sedar yang diri kita juga pasti ada kekurangan. 

Kita nak sangat orang yang SEMPURNA untuk kita. Tapi kita ni cukup sempuna? Yakin? Kejap-kejap-kejap-kejap. Satu lagi, wanita ni memang terkenal dengan status emosi dan sentimental sikit berbanding lelaki. Hahaha. Let's say kita tulis macam ni, "Aku nak orang macam ni. Aku tak nak orang macam ni..." Ehem....perlukah kita nak bagitahu seluruh warga media sosial tentang kemahuan kita? Tak perlu, kita doa, minta pada Allah dah cukup.  Orang yang baca pun mesti fikir, "Kalau aku baca ni, dia rasa aku boleh tunaikan tak?" Hahaahha.

Eh, Lyeen dulu pun jenis macam ni juga. Tak puas hati, serang Twitter aku sampai 200 tweet. Hahaha. Tapi, jujur Lyeen cakap, tak da faedah pun. Dapat malu ada. Bila baca balik, kau akan rasa "Eh, sengalnya aku, apalah followers aku fikir bila baca tweet aku ni?Kan? Kan?"  Erm,,,bila dalam media sosial ni kena hati-hati. Tak salah nak kongsi kegembiraan. Sila.Sila. Tak salah nak kongsi rasa tak puas hati. Sila. Sila. Tapi jangan sampai menimbulkan riak. Jangan sampai menimbulkan rasa tak sedap pada orang lain. Contohnya, bila tengok status kita, orang akan cakap. "Amboi, demand sangat.." Hati-hati tau. Sebab cara berfikir manusia ni lain-lain. 

Sebab tu ada yang tak bertegur 24 hari 24 malam sebab media sosial. Sebab yang sorang sentap dengan status kawan yang satu lagi. Ada yang gaduh. Ada yang musuh tak ingat dunia. Alahai...udah-udah lew tew yer anak-anak. Tak kemana kita ni kalau asyik nak jatuhkan orang. Silap-silap kita sama-sama jatuh. Parah. Sama-sama majukan diri. Fikir rasional. Tolak tepi perkara negatif. InsyaAllah, semua yang baik datang dari Allah SWT. 
Nah belanja Cupcake sebiji. Jemput makan. 

Ok bai. Assalamuaalaikum.

Isnin, 3 November 2014

Wujudkah Kawan Makan Kawan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes!

“Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Ehem. Hujung-hujung tahun ni galak jer kau update blog kan Lyeen. Okay, takpa. Yang baik kita teruskan dna yang tak baik kita buang jauh-jauh naaaaaaaa. Permulaan entri ni Lyeen nak tanya dekat u olls beberapa perkara...
1. Berapa kali dalam sehari awak doakan kawan-kawan awak?
2. Berapa banyak awak sampaikan yang baik-baik tentang kawan awak?
3. Berapa banyak awak mengumpat kawan-kawan awak belakang dia?
4. Berapa banyak kita minta maaf dengan kawan-kawan kita sepanjang kita sama-sama dengan dia?
5. Apa perkara paling baik kita pernah buat untuk kawan kita?

Jawab. Jawab. Jawab. 
Sebenarnya, tujuan utama entri kali ni sebab terpanggil nak taip entri macam ni. Betullah kata orang, apa yang berlaku di sekeliling kita akan buat kita berfikir. Dan, yes! Lyeen memang terfikir tentang suatu perkara ni. Kawan. Jujurnya, Lyeen jenis manusia yang jarang dapat kawan meskipun aku jenis yang ramah -tamah dengan semua orang dan rajin beri sedekah berbentuk senyuman dekat semua orang yang aku nampak. Tapi, hakikatnya Lyeen memang tak banyak kawan. Bukan sebab tak nak berkawan tapi Lyeen takut dengan istilah 'kawan makan kawan', 'musuh dalam selimut', 'gunting dalam lipatan' dan macam-macam lagi. Bukan Lyeen berprasangka buruk dengan orang lain tapi kita kena hati-hati wei dalam dunia ni, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
Pstt, tudung pun boleh sama tapi hati lain okay! Okay berpatah balik pada kisah kita tadi. Dalam berkawan ni dua benda paling Lyeen takut. FITNAH dan TIKAM BELAKANG. Semua ni lahir dari sikap hasad dengki manusia dna dendam manusia. Astagfirullahalazim, semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat ini. Jangan pernah simpan dendam dan hasad dengki pada orang lain kerana yakin sahaja dengan ketentuan Allah SWT . Mungkin hari ni Dia beri kebahagiaan, kemewahan, kesihatan dekat kawan kita. Tapi, siapa tahu esok lusa kita pula akan dapat kebahagiaan, kemewahan dan kesihatan macam kawan kita? Hidup kita ibarat roda kerana kadang kala kita berada di atas dan kadang kala kita akan merasa berada di bawah sebab Allah SWT maha adil. 

Kesimpulannya, janganlah berlagak sangat bila kita ni dah senang sikit. Jangan bergembira atas kedukaan orang lain. Jangan bergelak atas air mata orang lain. Jangan tabur fitnah pada orang lain. Jangan sampaikan yang buruk-buruk pada orang lain. Ingat! Kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. Kenapa perlu kita nak canang aib orang? Kita dah cukup sempurna? Kita dah cukup baik? Belajar sempurnakan hari-hari kita dan niat kerana Allah SWT. Buat yang baik-baik. Sampaikan yang baik-baik. Tulis yang baik-baik. Buat semua yang baik-baik. Orang senang dengan kita. Hidup kita dunia akhirat pun senang. 
Nota pink: Hakikatnya memang kita sakit hati sangat-sangat dengan orang yang buat kita. Tapi, pujuk hati..."Chill lah wei!". Lyeen dulu pun pernah rasa sakit hati yang sangat-sangat bila orang buat kita macma kita ni takda perasaan kan? Tapi kan..kan...rilekslah beb ...dalam entry Lyeen yang lepas-lepas Lyeen selalu tulis "What u give, u get back!" See? Kita buat baik, kita akan dapat baik. Kita buat jahat, kita akan dapat balasan yang sama jahat dengan kita. Orang lain tak nampak apa kita buat tapi Allah sentiasa nampak...Jaga-jaga!
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 2 November 2014

Review: Radiance Signature Whitening and Glowing Series

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes!

Apa khabar pengunjung Tanah Kedaung Hijau Pink? Ehem, sebenarnya hari ni Lyeen nak kongsi pengalaman sepanjang Lyeen menggunakan produk yang semakin hangat diperkatakan ketika ini. Acececeh! Radiance Signature Whitening and Glowing Series.
Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni merupakan satu produk yang diformulakan sebagai supplement terbaik No. 1 Asia kerana bertindak secara semulajadi dengan menggunakan bahan collagen mahal serta berkualiti tinggi & diformulakan dengan kandungan collagen yang tinggi. Kesan yang dapat dilihat seawal 3 hari bergantung kepada faktor genetik dan hormon badan pengguna Radiance Signature.  Packing yang cukup ekslusif ini memberi keyakinan kepada pengguna bahawa Radiance Collagen ini cukup istimewa & berkualiti tinggi.
Pada mulanya, Lyeen macam tak percaya je dengan produk macam ni. Tapi, Lyeen yakin jer! Salah satu aspek yang kita kena lihat sebelum nak ambil apa-apa produk ni, PASTIKAN produk yang kita ambil mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Malaysia dan ada GMP yang membuktikan produk tu dikilangkan dengan amalan perkilangan yang baik. Barulah beli dna jangan risau sebab dalamRadiance Signature Whitening and Glowing Series ni semua ada. Sebab tu Lyeen yakin!
Sepanjang Lyeen ambil produk ni dah masuk dua bulan, alhamdullilah kesan dia sangat baik. Mula-mula Lyeen ambil memang tak dapat kesan yang ketara sebab setiap orang kesan pengambilan tu berlainan. Pertama kali ambil, Lyeen minum dua paket sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Aspek dalaman memang Lyeen rasa badan lebih bertenaga, tak mengantuk dan tak rasa penat sangat. Kalau nak cakap aspek luaran, Lyeen dapat rasa perbezaan bila masuk hari kelima pengambilan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sebab tompok hitam bawah mata dah kurang dan kulit tu terasa je anjal dan gebu walaupun kau tampar-tampar pipi kau banyak kali. Hahahhaa. Glowing tu tak rasa sangat sebab mungkin kesan pada Lyeen berbeza. Cuma yang Lyeen rasa kulit lebih smooth, anjal dan rasa lembap je sepanjang penggunaan.Haip, apa yang penting bungkusan Radiance Signature Whitening and Glowing Series sangat comel dalam paket kecil je dna tak perlu pun bancuh. Ambil dari kotak, koyakkan dan minum!
Gambar dekat atas ni sebulan selepas Lyeen guna Radiance Signature Whitening and Glowing Series kalau tak silapSelain itu, sepanjang tempoh penggunaan juga Lyeen rasa selesa dan Lyeen hanya pakai krim muka biasa dan bedak asas sahaja. Tak perlu nak make up sungguh-sungguh sebab Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni dah buat muka macam kena make up. Hahahaha. Apapun, tak perlu nak idamkan kulit wajah yang perfect sangat, apa yang penting rajin -rajin basuh muka dalam masa sehari tu sebab cuaca kita sekarang ni tak menentu. Lagi-lagi kalau persekitaran yang penuh dengan habuk daa debu, lagilah tersiksa kulit muka kita. Jadi, ambillah Radiance Signature Whitening and Glowing Series untuk memberikan nutrien, kologen dan vitamin yang lengkap untuk kulit awak-awak semua. 

Lain-lain kelebihan Radiance Signature Whitening and Glowing Series mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima, dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. (boleh letak dalam bag, boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu, sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis, mengandungi ramuan dan kandungi aktif, 100% natural base, tanpa sapuan, tanpa bahan terlarang dan 100% Natural Base. Jadi, apa tunggu lagi? Jom beli Radiance Signature Whitening and Glowing Series yang original dan rasai sendiri perubahan yang berlaku. Di samping itu, boleh rasa betapa enaknya rasa Radiance Signature Whitening and Glowing Series ni sebab tak rasa pun kologen ikan tu. Rasa macam minum jus u ollls! Okay jum beli dan boleh hubungi pengedar sah di sekitar anda atau boleh LIKE pages mereka dekat sini Radiance Signature Malaysia.

Nota pink: Kita akan kelihatan cantik jika dalaman kita cantik. Didik dalaman kita terlebih dahulu untuk jadi wanita yang baik, bersopan santun dan berakhlak mulia. InsyaAllah luaran kita juga akan nampak lebih cantik kerana cantik itu subjektif sifatnya :)

Ok bai. Assalamualaikum.

Dunia Cakap-Cakap

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwbarakatuh
Salam Cupcakes!

Betullah dalam hidup kita, kita perlu berani. Berani dalam hal-hal yang positif. Sama juga halnya dengan Lyeen. Mula-mula dapat sms Bhen untuk masuk team debat Semester 6 ni, nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Sebelum ni pun memang inilah team debat kami, dah serasi, sebati dan sejiwa nak berkongsi idea dan pendapat.Cuma bila dah semester 6 ni masing-masing dah sibuk dengan dunia masing-masing. Shahrul, Kak Nadia dan Bhen. Tak sampai seminggu pun kami berlatih. Kali terakhir kami jumpa dalam team debat ni dua tahun lepas.
Ada tiga kali bersidang. Lyeen masuk sidang 2. Fuhhhh! Malam sebelum bersidang tak baca apapun sebab sibuk dengan I-Fiest. Lepas tu pagi-pagi ada kuliah. Format debat pun dah tak ingat. Memang aku pulun je cakap sesuka hati aku. Hahahaha. Tapi dalam dunia cakap-cakap kena banyak "positif" kalau tak semua benda kau rasa salah. Pertandingan Debat Piala Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu ni adalah piala pusingan. Pertandingan kali ni adalah pusingan kedua. pusingan pertama  pada tahun 2012 dan dengan bangganya Lyeen nak bagitahu team kamilah yang rasmi  piala pusingan tu! Tahun 2012 team kami johan u ollssss!
Dan tahun ini, kemenangan tak berpihak pada kami sebaliknya berpihak pada team yang kami lawan dua tahun lepas juga. Hahahaha. Team debat semester 8. Sungguh, mereka ni hebat-hebat belaka. Buka mulut jer, berjuta-juta fakta yang keluar. Hebat! Lyeen pun berazam nak jadi hebat seperti mereka, lagi-lagi hebat macam Abang Paizal Sanek. Sangat mantap cara dia berdebat. Dia ada ciri-ciri pendebat terbaik iaitu bila dia berbicara kita mampu berfikir jauh dan terpengaruh dengan apa yang dia cakap. 
Usul untuk pertandingan akhir tu bertajuk, : Dewan ini mencadangkan penubuhan Kementerian Bahasa Melayu". Banyak pro dan kontra yang boleh dapat. Malam sebelum pertandingan siap perah otak nak fikir, buat carian dekat internet. tak cukup dengan tu tanya pula pendapat kawan-kawan. Terasa diri aku berilmiah sangat ketika itu. Sebab biasanya aku malas :p Hahahahhaa.
Alhamdullilah, team kami dapat tempat kedua dan Kak Nadia dipilih menjadi pendebat terbaik!Dia memang the best! Boleh jadi YB nanti. Apapun, kejayaan hari ini berkat doa mak abah yang jauh di mata. InsyaAllah semoga kejayaan demi kejayaan sentiasa menghampiri kita. Aamin.

Tahniah team debat yang hebat, baik, sempoi, cool dan gojes! Kamu adalah team terbaik dan sangat bijak. Terima kasih sudi berkongsi ilmu dan bersama-sama menelaah perlbagai sumber maklumat. Tahun depan jumpa lagi. Tapi, aku jadi pengurus ja la.. Hhahahaha

Nota pink: Banyak bercakap takpa! Apa yang penting, biar apa yang kita cakap tu berfaedah dan memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang yang mendengarnya. Jangan pernah bercakap benda yang sia-sia kerana awak tak dapat apa-apa walau sekecil habuk pun. Take note okay!

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 19 Oktober 2014

Mingguan Wanita: Cik Lyeen Mahu Bentuk Generasi Kelas Pertama.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Coklat.

Apa khabar buat semua pengunjung Tanah Kedaung? Alhamdullilah sekian lama menyepi disebabkan tugasan yang melimpah-limpah dan menuntut Lyeen untuk lebih fokus pada dunia belajar Lyeen di IPG. Sehinggakan hari lahir Lyeen pun Lyeen boleh terlepas pandang 9 Oktober lepas. Nasib baik ada orang yang tolong simbah Lyeen guna air mineral tepat pukul 12.00 malam, barulah sedar yang Lyeen dah 22 tahun. Hahahha. Tak sangka aku dah 22 tahun. Aduh!

Tapi, tahun ni Lyeen dapat hadiah istimewa sebagai penghargaan untuk diri Lyeen sendiri.  Tadaaaaa!
Mula-mula, rasa tak percaya juga bila tengok muka sendiri dalam majalah Mingguan Wanita Bil 17 Oktober 2014 tadi. Dulu kecil-kecil selalu pasang angan-angan nak masuk majalah, nak masuk televisyen dan akhirnya hadiah hari lahir Lyeen tahun ni sangat-sangat buat Lyeen rasa bersyukur sebab salah satu impian dah tercapai :) Alhamdullilah.

Jujurnya, Lyeen rasa rendah sangat kalau nak dibandingkan dengan blogger lain untuk dicalonkan oleh blogger Halim Brothers dan ditemu ramah oleh Kak Shema Abas dari krew Mingguan Wanita tapi Lyeen yakinkan sahaja diri untuk jawab semua soalan-soalan cepumas dari Kak Shema. Kadang-kadang rasa macam soalan final exam pun ada. Hahahha. Perkara pertama yang Lyeen ingat bila nampak wajah Lyeen dalam majalah ni ialah kedua mak abah Lyeen di Sabah. Tanpa mereka, mustahil Lyeen ada di tempat Lyeen sekarang. Mereka inspirasi Lyeen yang paling kuat! Dan juga budak kecik pakai songkok tu. Yang handsome tu dan satu-satunya adik lelaki yang aku ada.
Cik Lyeen mahu bentuk generasi kelas pertama? Insyallah andai Allah beri ruang dan peluang untuk Lyeen mencapai kejayaan dari masa ke semasa. Manusia mana tidak mahu berjaya? Semua orang di dunia ini mahu berjaya tak kira dalam bidang apa pun. Macam tu juga Lyeen, Lyeen berharap sangat suatu masa nanti Lyeen mampu bentuk generasi yang serba boleh dan kukuh jati dirinya dalam pelbagai aspek. Aamin.
Apapun, untuk jadi berjaya pasti banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kita lalui dengan tenang. Sama-sama kita berdoa semoga kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Terima kasih juga untuk kawan-kawan sekelas yang sentiasa beri Lyeen sokongan saat Lyeen putus harapan. Dan semestinya untuk yang teristimewa, 'kau' yang selalu beri motivasi dan selalu  ingatkan Lyeen pasal kehidupan masa depan. Terima kasih semua. Semoga kejayaan hari ini akan lebih bersinar untuk hari esok dan selamanya. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 12 Oktober 2014

Apa ada pada ZYFON?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelate!

Alhamdullilah, Lyeen muncul lagi hari ini. Menaip dan terus menaip seolah-olah hari-hari Lyeen menaip. Lyeen minta maaf sebab berkurun lamanya sudah Lyeen meninggalkan Tanah Kedaung ini tanpa disentuh sedikitpun. Selesai je praktikum, Lyeen memang sibuk dengan dunia teater yang akan dipentaskan pada 14 Oktober 2014 nanti.


Teater kanak-kanak Zyfon adalah gabungan 19 tenaga kerja dari Produksi Gen Alpha yang sekian lama mencipta idea baharu untuk menghasilkan satu jalan cerita yang snagat menarik. Bukan mudah Lyeen dan rakan-rakan produksi nak kumpul skrip, pilih skrip, buat prop, buat latihan, buat promosi, buat macam-macam benda untuk memastikan teater ni berlangsung dengan jayanya nanti.

Apa menariknya teater ZYFON ini? Lyeen nak berkongsi sedikit tentang teater ini merupakan sebuah teater yang penuh dengan pengembaraan, perjuangan, kasih sayang, jenaka,sikap bantu-membantu dan penerokaan! Lyeen tak nak lah cerita panjang lebar sebab Lyeen nak ajak semua yang baca entry ni untuk datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai untuk menyaksikan sendiri teater ini. Bawa anak-anak, adik-adik, kakak, abang dan semuanya!


Teater ini akan dipentaskan pada 14 Oktober 2014, pada pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Za'ba, IPG Kampus Bahasa Melayu. Bagi pengguna GPS boleh menggunakan carian nama "INSTITUT BAHASA" sebagai petunjuk. Kami dari Produksi Gen Alpha sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Sesiapa yang nak datang tu boleh berhubung dengan mana-mana krew kami. Jum Lyeen kenalkan dengan krew-krew Produksi Gen Alpha untuk Teater ZYFON ni :)




















Kami ada 19 krew semuanya. Jangan malu-malu nak tanya. Kami sedia membantu. Sebarang makluman terbaharu kami akan update di pages rasmi iaitu Teater Kanak-Kanak ZYFON Jangan lupa! Kami tunggu kedatangan anda! Masuk adalah PERCUMA!


Ahad, 21 September 2014

Tamatlah sudah. Selesailah sudah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Coklat Hazenut berkrimkan Strawberry.

Alhamdullilah, Lyeen dah selesai menjalani Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, Tanjong Karang, Selangor. Rasa sedih, rasa nak nangis lama-lama bila terpaksa melangkah keluar dari sekolah tu. Bayangkan je la, dua bulan Lyeen bersama-sama  budak-budak tu, tiba-tiba terpaksa berpisah. Kira sedih yang macam putus cinta tu ;p

Lyeen tak beritahu diorang yang Lyeen akan tamat praktikum minggu tu sebab tak nak diorang emosi lebih. Tapi, mereka tahu bila guru besar buat pengumuman dekat tapak perhimpunan yang guru-guru praktikum dah habis tempoh praktikum. Bila Lyeen masuk kelas je, semua pakat-pakat buat muka sedih. Tapi, Lyeen buat muka poyo je sambil mengajar. Hahahaha. Malulah weii bila cikgu touching lebih depan students!


Praktikum kali ni lebih sedih sebab masa kita lebih lama dengan murid-murid dalam kelas. Lyeen mengajar Bahasa Melayu untuk kelas 2 Bijak dan Pendidikan Jasmani untuk kelas 4 Bijak. Kelas 2 Bijak tu dalam seminggu, empat hari Lyeen masuk kelas mereka. Memang struktur tahi lalat dekat muka Lyeen mereka dah kenal, bunyi tumit kasut pun mereka dapat cam. Hari Jumaat yang terakhir dekat sekolah tu, Lyeen belanja mereka makan-makan dalam kelas, Lepas je makan-makan, semua bagi hadiah dengan Lyeen siap peluk-peluk. Tipulah kalau Lyeen cakap air mata tak menitis jatuh. Sedih sangat. Tak sangka anak-anak kecil ini punya rasa sayang yang begitu menggunung untuk aku. Ya Allah, semoga ilmu yang aku berikan sepanjang 2 bulan bersama mereka menjadi ilmu yang bermanfaat untuk mereka dunia dan akhirat.


InsyaAllah, ada jodoh, ada masa, ada rezeki kita jumpa lagi ye anak-anak. Belajar rajin-rajin dan jadi anak yang baik. Sungguh, Lyeen rasa bertuah sangat diamanahkan untuk menjadi sebahagian daripada golongan pendidik yang ada di didunia ini. Biarlah sekeliling mengkeji dan mengata kerjaya ini, tapi Lyeen tetap berbangga dengan tanggungjawab ini kerana Lyeen tahu penat lelahnya mendidik manusia yang ini menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat.
Nota pink: Esok dah mula kuliah. Selama dua bulan aku jadi cikgu. Hari ni aku jadi pelajar semula. Esok mula dengan kuliah! Mula dengan nota-nota, mula dengan kuliah ganti, mula dengan latihan teater dan mula dengan segala macam perkara yang tidak dijangka. Oh penatnya!
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Seronoknya Sekolah Kampung!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Hai. Hai. Hai. Hai. Hai. Ehem, lama sangat dah tak update Tanah Kedaung Lyeen. Rasa macam dah berpuluh-puluh tahun,  pengunjung pun makin hari makin turun je graf stats. Sebeb tu hari ni terbuka pintu hati nak update Tanah Kedaung walaupun sebenarnya tengah berdepan dengan tugasan yang kena submit esok sebelum pukul 2 petang. 

Sekarang ni Lyeen duduk Kuala Selangor sebab tengah praktikum fasa dua untuk tempoh dua bulan. Selama dua bulan ni Lyeen terpaksa  berdiri atas kaki sendiri sebab duduk jauh dari kawan-kawan lain. Tempat baru untuk Lyeen, suasana baru. Semua baru. Paling penting, rumah baru yang cantik sangat, terasa macam orang kaya duduk rumah sendiri. Hahaha.


Pengalaman mengajar dekat kawasan kampung nyata lagi seronok berbanding mengajar dekat kawasan bandar. Sebab murid-murid dekat kampung ni baik-baik je, bukanlah cakap murid kat kawasan bandar tak baik. Tapi, murid bandar dan murid kampung memang ada bezanya dari aspek sikap, sifat, pengetahuan semasa dan macam-macam lagi.Sebab tu IPG bagi guru-guru pelatih macam kami ni rasa sendiri mengajar budak-budak yang macam-macam ragam sebenarnya untuk berdepan dengan situasi sebenar nanti.

Lyeen mengajar kelas tahun 2 Bijak. Dalam kelas ni, Lyeen ada murid kembar. Selalu jer tersilap marah, tersilap panggil, tersilap pulangkan buku, tersilap bagi soalan sebab muka memang tak boleh beza langsung. Seorang nama Amin dan sorang lagi nama Amin. Kaki buli Lyen juga sebab diorang tahu Lyeen tak dapat bezakan diorang, pandia je nak kenakan Lyeen. Duduk pulak sebelah menyebelah. Lagi cikgu pening!

Masuk hari ni dah sebulan lebih duduk Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, Tanjong Karang ni. Cikgu-cikgu dia pun super duper baik, peramah dan tak pun sombong pun dengan kami. Selalu jer bagi pendapat dan idea dekat kami. Lagi-lagi guru pembimbing Lyeen yang sangat cool, Cikgu Suraya dengan Cikgu Rosdi. Bila kena selia memang bergegar juga kepala lutut, tapi alhamdullilah Lyeen masih hidup juga sampai hari ni. Haahhahaha.

Kerja yang paling 'seronok' buat sebab kena buat sampai enam muka surat sehari. Setiap minggu kena beli tiga batang pen biru dan satu batang pen hitam. Banyak koleksi pen aku.

Okay, cukup setakat ni. Nanti balik KL, Lyeen update lagi Tanah Kedaung ni sebab sekarang assignment tengah memanggil-manggil nak kena siapkan hari ni juga. Ingatkan nak jadi cikgu ni boleh rileks dah, tapi dalam masa yang sama kena jadi student juga. Dalam masa yang sama kena jadi cikgu dan pelajar sekali. Dua-dua dapat rasa. Yeahh!
Nota pink: Esok sekolah buat Program 1 Murid 1 Sukan dan Lyeen jadi guru pembimbing untuk Bola Jaring bahagian gerak kaki walaupun sebenarnya Lyeen hanya pernah main bola jaring dua kali je dalam hidup ni. Takpa, esok Lyeen ajak murid-murid main gerak-gerak kaki jer. Hahahaha.
Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 29 Jun 2014

AIDIJUMA : RAMADHANFITRI SALE

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Ramadhan Pertama.

Alhamdullilah, dah menginjak ke bulan Ramadhan kita tahun 2014 ni. Pejam celik, pejam celik dah puasa kan? Rasa macam baru jer sambut tahun baharu. Okay, sementara tunggu waktu terbuka, Lyeen nak kongsikan mengenai tudung bawal pelbagai gaya yang semakin hangat diperkatakan sekarang. Kalau dulu oarang taknak pakai tudung bawal ni sebab payah aihh nak bentuk, nak iron lagi. Baik pakai tudung ekspress! Okay, Lyeen angkat tangan bahawasanya Lyeen bukan peminat tudung ekspress sebab muka Lyeen memang tak sesuai dengan tudung ekspress. Kena pakai tudung bawal juga. Sebab tu, kita bawal lovers. Hahahaha.


Ini adalah salah satu kedai yang menjadi pilihan Lyeen untuk beli tudung bawal. Apa yang menariknya AIDIJUMA ni ialah satu tudung boleh pakai banyak kali sebab tu AIDIJUMA terkenal dengan jolokan nama TUDUNG BAWAL TEKNIK PUSING PAKAI sebab satu tudung boleh buat macam-macam design. Semalam, 28 Jun 2014 AIDIJUMA buat sale ramadhanfitri sempena awal ramadhan. Harga tudung yang biasanya RM49.00 menjadi RM29.00 sahaja untuk Black Label. Istimewanya sale semalam ialah terdapat tiga belas design yang dikeluarkan sekaligus. Tak kau menipis dompet!
  1. Tone Ribbon
  2. Tribal Tone Turqoise
  3. Dustyred
  4. Tone Blue Polka
  5. Tone English Flower
  6. Fullprint Greenpink
  7. Blue Orange
  8. Blue Angle
  9. Fullprint Small Kerawang
  10. Purple Fruit
  11. Seashell
  12. Flower Button
  13. Lotus Tone
Bila buat list ni mesti akan pilih mana satu paling gojes? Bagi Lyeen semua gojes, tapi bila buat soal jawab dekat group Aidijuma semua pakat-pakat pilih AIDIJUMA Flower Button paling lawa seab bunga dia tu nampak timbul. Tak hairanlah Flower Button antara design yang pertama habis dekat semua consept store semalam. Bagi zoom sikit design Flower Button. 
Cantik kan? Selain Flower Button ni, design English Flower, Lotus Tone dan Dusty Pink merupakan hot item untuk design yang release semalam. Siapa yang tak berkenalan lagi dengan AIDIJUMA, silalah berkenalan dan Lyeen yakin anda akan puas hati dengan design dan material tudung. Kain bawal walaupun tebal tapi tak panas dan mudah dibentuk. Ada yang kata material kain AIDIJUMA keras sikit, tapi insyaAllah kalau dah basuh, starch dia hilang dan material kain jadi macam bawal biasa. Cubalah! Boleh beli online dekat www.aidijuma.com ataupun boleh beli sendiri dekat consept store seluruh Malaysia.
Selain Flower Button, Blue Angle dan Dusty Pink ni juga antara design yang cepat sangat SOLD OUT semalam. Bila tengok real pun, Dusty Pink ni sangat cun sebab warna dia seakan sama dengan Pink Polka yang bidang 60' hari tu. So, sesiapa yang tak sempat grab Pink Polka boleh grab Dusty Pink yang ni pulak.
Dan, semestinya pilihan Lyeen ialah Tone English Flower yang super gojes ini! Ramai yang meletakkan Tone English Flower ini sama tarafnya dengan Garden Old Season tu. Yerlah, dah pun english theme kan. Sweet je.  Untuk design kali ni, AIDIJUMA lebih memilih warna bertone untuk semua design dan membuat setiap design tu lebih exclusive. So, apa tunggu lagi? Jom grab! Tapi, sebelum tu pastikan yang original 100%  dari Aidijuma. Say NO to clone!
Kiri sekali tu lah TONE LOTUS yang super gojes tu. Okay, next nanti Lyeen review lagi pasal tudung bawal AIDIJUMA ni okay. Eh...eh...bukan setakat Aidijuma, nanti yang lain-lain pun Lyeen review sebab Lyeen tahu Tudung Bawal tetap kekal sepanjang zaman. Acececeh....:) Lagi satu jangan risau tentang harga sebab AIDIJUMA sentiasa menawarkan harga mampu milik!
NOTA PINK: Orang selalu kata, tak payah beriya sangat nak beli sesuatu benda. Tapi, ini bukan hal beriya-iya! Tapi ini kes minat dan hobi. Macam orang lain juga, masing-masing ada hobi. 
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 18 Jun 2014

Kerja Dalam Cuti Semester

Assalamualaikum Wraahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry.

Akhirnya berjaya juga aku update tanah kedaung walaupun cuti dah nak habis sebenarnya. Minggu depan dah balik semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian aku untuk semester yang keenam. Tup tap tup tap dah semester enam aku dekat IPG yer! Sungguh tak aku sangka. Benarlah kata orang, jangan diingat dan dikira-kira masa yang kita tunggu tu. Semakin dikira semakin lambat rasanya. Bila tak kira rasa macam cepat je kan! Lol.

Okay, sepanjang cuti tiga minggu ni terlalu banyak aktiviti sampai aku tak tak dapat nak kira. Kalau Lyeen senaraikan, rasanya jenuh tangan nak scroll. Mula sampai Karak ni Lyeen sibuk berniaga sebab Lyeen kan berlagak nak jadi CEO dekat Le Roses & Tudung Bawal Terkini tu, Lyeen sibuk uruskan order customer yang bertindih-tindih. Alhamdullilah, rezeki Allah bagi dapatlah menabung duit nak buka semester baharu ni kan? Bukan setakat urus order bahkan nak jahit roses kecik-kecik tu mak aihhhhh, letih jari-jemari ni nak tarik benang.
Nasib baik ada budak ni tolong Lyeen nak menjahit beratus-ratus roses tu. Tiap malam kami beregu tengok movie sambil menjahit. Dia ni adik Lyeen yang study dekat UIA tu, nasib baik cuti dia sama dengan Lyeen. Kalau tak, memang tak bernafaslah aku duk buat kerja sorang-sorang. Eh, kejap-kejap, gambar kat atas ni kan, ambil dekat rumah mak mertua abang Lyeen dekat Bentong, Pahang. Sangat cantik kan? Suasana kampung yang super duper cun dan terus buat Lyeen rasa macam dekat Sabah :p
Selesai semua order pos dengan customer. Lyeen tutup order sekejap untuk bagi rehat badan. Sepanjang rehat tu Lyeen minta bantuan pakcik google untuk ajarkan Lyeen buat Rainbow Cookies ni. Sangat sedap sebab guna buttercup. Rasa buttercup tu buat biskut ni smooth je nak masuk mulut. Tapi, buat biskut ni susah sangat sebab terpaksa nak paipkan satu-satu warna ni sampai habis. ALhamdullilah, berbaloi juga :p Cuti ni memang Lyeen manfaatkan dengan masak-masak dan jahit-jahit. Sampai tahap anak-anak buah Lyeen dah bosan tengok tepung gandum sebab mak cik diorang hari-hari buat kuih entah apa-apa. Sedap tak sedap aku paksa diorang telan depan magta aku!
Dak Aiqal dan Aishah ni yang selalu teman Lyeen dan adik Lyeen tiap hari sepanjang cuti sekolah. Aishah selalu tolong matchkan warna bunga dengan tudung dan Aiman pulak selalu tolong ambil roses dan simpan dalam tin sebagai simpanan pribadi beliau, lol. Selalu je roses aku kurang. Bila tanya jujur jer dia cakap ada dengan dia. Baik hati anak buah aku :) Ada sorang lagi dak Aiqal tu yang mulut dia pot-pet-pot-pet. Yang tu kalau sekali dapat bercakap memang tak habis. Minggu ni diorang dah mula sekolah rasa sunyi je rumah pagi-pagi sebab diorang takda. Nanti balik KL mesti lagi sedih :p
Nota Pink: Cuti dah nak habis. Bnayak cerita. Banyak pengalaman. Suatu masa nanti mesti akan rindu suasana macam ni sebab bila dah dewasa sangat-sangat takda masa dah nak seronok macam ni. So, hargai masa yang ada dan tak mau sedih-sedih dah. Cukup-cukuplah sedih tu. Kalau sedih tak bawa ke mana pun, muka makin tua, adalah! Lol.
Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 4 Jun 2014

Cuti Minggu Pertama

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan salam Cupcakes Hazelnut Cokelet.

Alhamdullilah boleh taip entry hari ni. Sebenarnya,sekarang dah mula cuti. First week. Kawan-kawan Lyeen ramai yang dah balik kampung masing-masing dan Lyeen pula terpaksa balik ke kampung orang lain. Hal ini berpunca daripada kelalaian Lyeen tengok tarikh balik, alih-alih aku tak dapat beli tiket murah nak balik Sabah! So, aku duduk Pahang ni sambil berniaga! Hahahaha.
Rindu nak pergi kuliah pulak. Lol. Waktu kuliah nak saja balik awal. Apapun,cuti ni Lyeen manfaatkan dengan urusan berniaga tudung supaya Lyeen boleh kumpul duit nak beli tiket awal-awal untuk balik Sabah raya nanti. Ok bai.

Selamat bercuti semua!

Rabu, 21 Mei 2014

Hukum Menghukum?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Pink.

Sebenarnya sekarang tengah study. Tapi, rehat kejap dan terus buka dashboard untuk taip short entry malam ni. Tajuk entry rasa macam senstif je. Apa yag dihukum? Apa yang menghukum? Sebenarnya tengah belajar hukum diterangkan dan menerangkan dalam bahasa melayu. Puas belek-belek Kamus Tatabahasa Dewan hari ni sampai tertidur dengan kamus. Memang kita study satu semester ni tapi engkau tahulah anak-anak zaman sekarang ni mudah jer lupa. Kena refresh balik. 

Kata Tunggal.
Kata Terbitan.
Kata Majmuk.
Kata Ganda.

Tak masuklah lagi dengan imbuhan siap ada morfem kosong, tak kosong, fleksi dan berbagai jenis. Itu untuk paper esok. MORFOLOGI. Part yang lusa lagi berasap. Nak analisis ayat. Siap sedia dengan peluru. Hahahahahaha. Paper SINTAKSIS yang terkenal dengan jolokan nama "Subjek Berhantu"...Hahaaha, Dulu mintak kursus ni ingatkan senang. Alih-alih nak belajar mak aihhhhhhh. Rasa macam besarnya bahasa Melayu. Patutlah kena study lima tahun setengah. 
Teringat dulu dekat sekolah, ada senior selalu panggil Lyeen, "Kamus Dewan bergerak" sebab dia selalu tanya Lyeen maksud sesuatu perkataan. Lepastu, bila tolong dia akan belanja Lyeen makan roti canai dekat kantin. Hahahhaa.Sekarang ni, nak belajar pun sampai pening. Nanti aku jadi cikgu aku nak PAKSA student aku hafal Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan ni. Hahahaha.

Okay, esok paper MORFOLOGI, pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Be nice please. Please. Wish me luck! Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...